Assalamualaikum...
Orang tua-tua kata, jika kita dizalimi oleh seseorang, hendaklah kita membaca doa Nabi Yunus, dan itulah yang menjadi amalan saya setiap selepas solat.. Apabila saya membacanya ketika hati saya gundah gulana atau dalam keadaan sedih, dengan bacaan doa tersebut dapat membuatkan hati saya tenang semula...
Siapa yang masih ingat lagi kisah Nabi Yunus A.S. ditelan seekor ikan Nun, kerana Nabi Yunus A.S. berputus asa dan berperasaan marah serta sedih untuk terus berdakwah pada kaumnya.. Semasa Nabi Yunus A.S. berada di dalam perut ikan tersebut, Nabi Yunus sedar akan kesalahannya kerana meninggalkan kaumnya dari terus berdakwah agama Allah dan setiap hari Nabi Yunus bertasbih kepada Allah SWT dan selalu menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah SWT mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah SWT menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT...
Saya pernah mengalami kesusahan satu ketika dulu, dan tasbih inilah yang menjadi amalan saya setiap selepas solat dan jugak setiap doa yang saya bacakan.. Insha Allah ianya akan menjadi amalan saya hingga ke akhir hayat saya... Kalau awak semua berasa gundah gulana, bacalah doa ini, Insha Allah, awak akan tenang semula dan airmata yang keluar akan terhenti daripada mengalir.. Dan percayalah yang apa jua berlaku pada diri kita semuanya perancangan daripada Allah, sentiasalah bersangka baik dengan Allah, pasti Allah ada rancangan yang lebih baik buat kita, kerana Allah mengenali kita lebih daripada kita mengenali diri sendiri....
Assalamualaikum...
Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati ada makanan di sisinya. Zakaria bertanya; “Wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini?” Maryam menjawab; ”Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab”
Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.
Diceritakan dalam al-Quran: Ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”
Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu. Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”
Allah berfirman kepadanya: “Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”
Kemudian Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”
Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.
Firman Allah bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.
Doa Nabi Zakaria. a.s.

Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.
Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Ini kami petik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran – Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)

Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.
Sumber daripada : http://www.mudahhamil.com/blog/doa-dan-amalan-dapat-zuriat/amalan-dan-doa-nabi-zakaria-untuk-dapat-zuriat/
Selamat hari lahir Wan Ahmad Naqiuddin Bin Wan Ahmad Khairul Na'im... Ummie Nur harap Naqiu membesar menjadi anak yang soleh, Ummie Nur mendoakan agar kehidupan Naqiu dilindungi,dirahmati dan diberkati oleh Allah, Ummie Nur juga mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk Naqiu...
Tanggal 10 Ogos 2013 lahirlah seorang lagi khalifah kecil di bumi Allah dan kini genap anakanda Naqiu berumur 2 tahun..Secara kebetulan pulak bulan kelahiran anak sedara sulung saya nie berkongsi dengan saya sendiri, hehehe...nanti Insha Allah,jika ada masa terluang kami akan meraikan bersama-sama.. Kejap saja masa berlalu kan, masih teringat-ingat semasa dia di zaman baby lagi, ada saja keletah yang mencuit hati, paling saya suka menyakat bila dia asyik menonton tv, saya saja nak menyakat dia dengan cuba menutup penglihatan dia daripada tengok tv, apa yang dilakukan adalah dia menepis tangan saya daripada menghalang dia tengok tv.. paling dia suka bila ada rancangan upin ipin, lagilah tak berkelip matanya untuk melihat tv... hehehe Naqiu...Naqiu... cucu sulung dalam keluarga kami setelah lama menanti dan kini saya pun masih menantikan cahayamata penyeri rumahtangga, Insha Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)


Social Icons