Jadi, apakah yang perlu dilakukan jika sejarah perbualan Whatsapp anda tiba-tiba lesap?
Selalunya, isu mesej Whatsapp hilang terjadi akibat perkara-perkara berikut:
1. Tidak sengaja memadam sebahagian atau semua perbualan
2. Menyahpasang aplikasi Whatsapp daripada telefon
3. Bertukar ke telefon pintar baru
4. Reset telefon pintar
Cara restore untuk sebab 1 dan 2:
1. Nyahpasang aplikasi Whatsapp daripada peranti anda.
2. Muat turun dan pasang sekali lagi Whatsapp pada peranti.
3. Buka aplikasi. Anda akan diminta
untuk memasukkan nombor telefon. Pastikan anda memasukkan nombor telefon
yang sama seperti yang digunakan sebelum ini.
4. Whatsapp akan mencari sekiranya
terdapat backup kepada mesej anda. Jika ada, skrin anda akan memaparkan
mesej “Message backup found! Would you like to restore your message
history from backup?” Klik Restore.
5. Mesej-mesej yang terkandung dalam backup terakhir Whatsapp anda akan dipaparkan semula.
1. Sebelum mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru, pastikan anda membuat backup secara manual pada telefon lama.
2. Hubungkan telefon lama anda kepada
PC. Melalui PC, cari folder Whatsapp pada storan telefon, kemudian salin
(copy) folder tersebut dan simpan di PC anda.
3. Muat turun dan pasang aplikasi Whatsapp pada peranti baru. Jangan aktifkan dahulu.
4. Pergi ke File Manager dan cari folder Whatsapp. Namakan semula folder tersebut kepada apa-apa nama lain.
5. Melalui sambungan kepada PC, masukkan folder Whatsapp yang lama ke storan telefon baru anda.
6. Kini anda boleh mengaktifkan
Whatsapp pada telefon baru. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang
sama dan tekan Restore apabila Whatsapp menjumpai fail backup anda.
Lebih baik jika fail-fail backup anda turut disalin ke PC atau ke storan awan (cloud). Rasa leceh sedikit tak mengapa, lebih baik beringat sebelum kena!
Social Icons