Alhamdulillah, keja MPK dan fail meja akhirnya siap jugak...jenuh jugak nak menyiapkannya dan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.... Sekarang nie, kena fokus pada SKT untuk tahun nie dan macam biasalah kena isi dalam HRMIS.. Fail meja dah lama siap tapi kena edit sikit-sikit jea, cuma MPK saja yang perlu diubah secara keseluruhannya sebab norma kerja yang berlainan dah sekarang jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya...

Tadi, masa saya menjenguk fanpage facebook pembantu perpustakaan malaysia, mereka bercerita mengenai keputusan memangku S22, jadi saya nak ucap tahniah pada rakan-rakan yang berjaya untuk pemangkuan nie... saya pulak cuma tunggu KUP saja sebab tahun nie kalu ikutkan saya memang dapat KUP, cuma kena tunggu tarikh lantikan saya jea... Saya start keja pada Oktober 2002 dan sekarang nie dah 13 tahun saya berkecimpung dalam bidang kepustakawanan... hehehe hobi membaca nie memang memberi banyak manfaat kepada kita dan ianya tak rugi membaca... sebab banyak benda dan perkara yang memerlukan kita membaca walaupun perkara tue perkara kecik...
Hehehe hari nie saya nak kongsi sikit tentang tips untuk memenangi hati wanita, jadi para suami semua, harus peka dengan suma nie agar rumahtangga kita menjadi harmoni dan aman...
- Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
- Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
- Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
- Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
- Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
- Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
- Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, Jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
- Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
- Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
- Akui perasaannya bila dia merasa marah.
- Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
- Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
- Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
- Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
- Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
- Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
- Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
- Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia.
- Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
- Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
- Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
- Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
- Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
- Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
- Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
- Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
- Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
- Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
- Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
- Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
Kebenaran
Apa yang diberitahu kepada anak mestilah
perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak
tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa
kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada
perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab
tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara
sebenar.
Bercakap terus terang dan tepat
Apabila kita bercakap dengan anak, kita
mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak
berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan
kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan
yang mengelirukan. Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar
tetapi hari panas, kita terus menjawab , "tidak boleh nanti dikejar
anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas"
dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.
Sentiasa konsisten dan tepat
Apa saja yang kita terangkan kepada
anak-anak atau mengajar mereka, mestilah dilakukan dengan konsisten dan
tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat
pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.
Rangsangan
Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat
Harapan
Wujudkan perasaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak.
Gunakan bahasa yang jelas untuk bercakap dengan anak.
Berulang-kali
Anak-anak suka sesuatu yang
berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih
kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan
perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.
Jangkaan
Ajar anak supaya boleh membuat penentuan
atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku.
Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan
seronok.
Disiplin/ Undang-undang
Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau
ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada:
maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang
dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan
Kegembiraan
Dilakukan dengan penuh kemesraan dan
kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang
menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu
pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih,
sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain.
Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan
melakukan banyak perkara yang berguna.
Kecewa
Anak perlu mengalami kekecewaan dalam
hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa,
kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak.
Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak
mengatasi kekecewaan itu.
Teladan
Teladan daripada ibu bapa dan orang lain
dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik
akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan
hidup dan kewibawaan anak.
Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangat anak)
Jangan pukul, cubit dan menghina anak.
Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak
boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang
marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.
Konsep Expansion vs Replacement (Pengembangan lawan Pengambilalihan)
Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri
Sumber: Pengerusi Institut
Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury, Datuk Dr Noor Laily Abu
Bakar, Bengkel Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-kanak anjuran
Institut Kefahaman Islam (Ikim).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons