Awak suma pernah berbekam tak? Dulu masa saya tinggal di Kuala Terengganu, tempat kelahiran saya, saya selalu jugak berbekam, tapi bila dah duduk kat Salak Tinggi nie, saya tak lagi berbekam... Niat di hati memang nak berbekam tapi selalunya tak kesampaian, hehehehe... Insha Allah satu hari nanti saya nak pergi berbekam jugak, rasanya kat Puchong ada satu klinik homeopati yang boleh berbekam, dan tempat tue memang islamik sikit, bukan tue saja, kita boleh jugak nak mencuba teknik akuapuntur... okey, hari nie saya nak kongsi sikit mengenai fakta berbekam...
Jenis Bekam
Bekam Kering
Bekam Kering
Bekam
kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa
mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum
atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang
dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga
hari.
Bekam Basah
Bekam Basah
Bekam
ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam.
Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali
proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit.
Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih.
Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas
berbekam.
Waktu Berbekam
- Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.
- Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.
Alat Bekam
1. Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
2. Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.
Larangan Berbekam
- Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.
- Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.
Kebaikan Berbekam
1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Hari Terbaik Untuk Berbekam
Hari ke 17, 19 dan 21 setiap bulan Hijrah adalah hari terbaik untuk berbekam.
Hari yang dinyatakan diatas adalah di antara hari yang terbaik
untuk berbekam dan disarankan oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya.Dari
'Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari
ke 17, 19 dan pada hari ke 21" .......(Shahih Sunan at-Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka
dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit"
...........(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud).
Walaupun begitu , selain dari tarikh ini pun...tidak ada masalah
kecuali elakkan berbekam pada hari RABU kerana hari itulah diturunkan penyakit
KUSTA di dunia ini.
Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah
kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas
bin Malik r.a. menceritakan bahawa: “Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah
pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21.”
(HR Ahmad).
Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk
menjaga kesihatan terhadap penyakit. Adapun untuk rawatan penyakit, maka harus
dilakukan bila-bila sahaja diperlukan. Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan
bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.
Imam as-Suyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam
keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat
kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak memakan
makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa
berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari
segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19,
dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)
Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa
berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam
pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad,
sanad sahih)
Dari Ibnu Abbas r.a., beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda:
“Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami
hipertensi yang dapat membunuh kalian.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil
Bazar, karya al-Haitsami (III/388))
Musim demam denggi, itulah yang berlaku kat dalam negara kita sekarang.. Terlalu ramai yang terkorban akibat virus yang berbahaya nie, awak suma ambik pencegahan tak camne nak elak daripada demam denggi? Jom kita tengok apa tue demam denggi dan camne nak mencegahnya agar kita dan keluarga tak diserang demam denggi...
Apa itu Denggi?
Penyakit denggi adalah suatu
penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa
terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan
nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan
kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
Jenis-jenis penyakit denggi
-
Demam denggi klasikal
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever' -
Demam denggi berdarah
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal (selama 2 hingga 4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera
Agen Penyebab Penyakit Denggi
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat empat jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit.
Pembawa Agen Penyakit Denggi
Nyamuk
aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk
merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang
lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4
mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali
dengan tanda belang hitam dan putih di kaki. Terdapat dua jenis nyamuk
aedes yang membawa virus denggi iaitu :
-
Aedes Aegypti
Ciri-ciri : Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala. Nyamuk Aedes Aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah. -
Aedes Albopictus
Ciri-ciri: Garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
Cara Jangkitan
Manusia
dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini
hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa
pengeraman selama 8 hingga 10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul
di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus
membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina
menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi
yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia.
Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi
virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan
menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.
Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.
Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.
Tanda Serangan Denggi
-
Demam kuat secara mengejut dan berterusan
-
Ruam pada kulit
-
Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
-
Hilang selera makan
-
Muntah-muntah
-
Sakit Perut
-
Pendarahan pada badan, hidung dan mulut
Rawatan
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
-
Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu, mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku -
Rawatan Demam Denggi Berdarah
-
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
-
Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
-
Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.
-
Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.
-
Tempat Pembiakan
Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
- Di dalam rumah
Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
Perangkap semut. -
Di luar rumah
Di dalam tayar buruk.
Saluran air hujan.
Tin-tin kosong atau botol.
Bata bangunan atau kawasan pembinaan
Cawan getah
Lubang pokok
Tunggul buluh
Ketiak daun seperti -pandan dan nenas
Langkah Kawalan Denggi
-
Sistem pemantauan
-
Semburan asap
-
Pemeriksaan premis untuk mencari dan memusnahkan jentik-jentik
-
Menggalakkan penggunaan abate
-
Mengedarkan risalah dan pemberitahuan mengenai langkah pengawalan pembiakan nyamuk aedes
-
Meminta kerjasama pengetua dan guru besar bagi menggerakkan pelajar bersama memeriksa halaman dan dalam rumah.
Biasanya kita mengetahui tarikh penting yang selalu kita ingat, contohnya bila hari kemerdekaan dan sebagainya, tapi adakah kita suma mengetahui tarikh penting dalam sejarah Islam?... Apa kita nak jawab generasi anak-anak kita yang mungkin ingin nak tahu mengenai sejarah Islam?.. Well, info kali nie saya nak kongsi sikit mengenai tarikh penting dalam sejarah Islam dan dapat manfaat daripadanya...
ZAMAN RASULULLAH SAW
20.4.570M
12 R/awwal
Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah
575M
Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman
586M
Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Sayyidatina Khadijah
6.8.610M
17 Ramadan
Turunnya wahyu pertama di Jabal Nur - Iqrak
Peristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu mengesahkan bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya. Beliau meneruskan pertapaan di gua Hiraq.
613M
Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi terus bertahannut di Gua Hirak sehingga di satu malam baginda melihat wajah asli Jibril di gua Hirak dan pulang ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu turunya wahyu kedua “Ya ayyuhal muddatsir” - nabi mula berdakwah secara sembunyi.
614M
Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi mengalahkan ahlil kitab.
616M
Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr (15) …Fasda’ maatu’mar…..maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah secara terang dengan berdiri di Bukit safa dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa …
618M
Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum
620M
Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif dan dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT
621M
Perjanjian Aqabah I - 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
622M
Perjanjian Aqabah II - 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
Peristiwa ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu.
10.9.622M
Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai oleh seorang iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu turun ayat 30 surah al taubah/al anfaal wamakaru wamakarallah…
12.9.622M
1 R/awwal 1H
Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah - Permulaan Rasmi Era Kaum Muslimin
8 R/Awwal 1H
Nabi tiba di Qubak selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Qubak.
24.9.622M
12 R/Awwal 1H
Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.
623M 2H
Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini disebabkan orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW kerana bersembahyang menghadap Baitul
Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain.
624M 2H
Yaumul Furqaan - Peperangan Badar - nabi vs musyrik Makkah. Nabi menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai kemenangan
625M 3H
Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah. Kaum Muslimin mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit Rumah (Bukit Pemanah)
Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabenor Rom di Syam bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.
625M 3H
Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut 300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.
627M 5H
Peperangan Khandaq/ Ahzab - nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi. Kaum musyrikin
bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh Allah SWT.
627M 5H
Peritiwa Yahudi bani Quraizah menikam kaum muslimin dari belakang yang mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang lelaki dan menghalau saki bakinya dari kota Madinah.
628M
Zulkaedah 6H
Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian Hudaibiyah - Perjanjian damai ini memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah.
630M 8H
Fathul Makkah - kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah telah
memungkinkan Nabi menakluki Makkah.
630M 8H
Peperangan Tabuk - Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir
630M 8H
Peperangan Muktah -Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid
632M
25 Zulkaedah 10H
Nabi melaksanakan Haji Wadak
6.632M
12 R/awwal 11 H
Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons