Assalamualaikum,
Hari Jumaat sudah tiba dan macam biasalah kegiatan aku dan pegawai aku untuk pergi ke Alamanda.. Tapi hari ini aku terasa amat letih sangat disebabkan kerja-kerja di pejabat...
Kerja di library? yang itu memang sudah menjadi asam garam kehidupan aku, yang aku maksudkan adalah sistem HRMIS, susah betul hendak melihat web tersebut, apa yang ada hanyalah pesanan ralat..ralat...ralat pada skrin komputer... Sampai letih aku dibuatnya, jadi hendak membaca buku pun sudah tidak larat lagi...
Jadi aku mahu tidur awal...biarpun selalunya malam Sabtu aku jarang tidur awal disebabkan melayari internet...hehehehe....
Okeyy, time to sleep...Oyasumi, minna-san...
Soalan cepumas yang selalu orang tanyakan, apakah azam di tahun baru ini? Sebenarnya aku tidak ada azam di tahun baru ini kerana dikhuatiri tidak terlaksana.. Apapun niat untuk teruskan kehidupan sentiasa ada dan niat untuk menjadi seorang muslim, yang taat sentiasa semat di hati ini, Insya Allah...
Semalam aku telah memuat turun aplikasi dalam android aku, ianya adalah sebuah e-diary dan daripada situ aku dapat bercerita tentang diriku tanpa menggunakan bahasa baku, kalau di dalam blog ini aku terpaksa gunakan bahasa baku sebab berkemungkinan (entah ada atau tidak) ada orang tidak faham akan bahasa Melayu pasar...
Jadi, hari ini adalah permulaan baru untuk memulakan kerja mingguan, hehehe... Rasa seperti baru bekerja, walhal sudah lama aku berkecimpung dalam bidang kepustakawanan ini... hehehe...
Apa-apapun azam tahun baru anda semua, diharapkan agar kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai azam kita itu dan diharapkan juga kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada tahun lepas...
okeyy, time to sleep...oyasumi, minna-san...

Selamat
tinggal 2012 dan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua rakan-rakan...
Ke mana arah tujuan dan matlamat hidup anda di tahun ini? Semoga kita
semua lebih bersemangat dalam kehidupan ini dan jangan sesekali
berputus asa dalam menjalani kehidupan kita ini... Walau sesusah mana
dan sesukar mana kehidupan kita sekalipun, kita perlu menghadapi
dengan lebih tenang dan sabar kerana itu semua adalah ujian daripada
Allah... Allah sememangnya Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, sebab
itu DIA memberikan pelbagai rintangan dan ujian kepada hambaNya...
Kita patut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di
bumi Dia ini kerana semuanya MILIK ALLAH SEMATA-MATA...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons