Assalamualaikum wbt..
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep belajar sendiri..? Ianya adalah proses di mana seseorang pelajar itu memperoleh ilmu pengetahuan baru secara sendiri. Proses pembelajaran sendiri ini sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada kehendak diri untuk mengembangkan kemahiran dan sikap yang membolehkan mereka memberikan yang terbaik.
Sumber bahan pembelajaran pula boleh didapati melalui pembacaan terutama buku teks, buku latihan, nota yang diberikan oleh pihak sekolah dan juga pelayar internet untuk mencari bahan rujukan agar minda bebas untuk berkembang dan kemampuan untuk belajar secara bebas.
Dengan beberapa tip ini mungkin dapat membantu para pelajar untuk membuat pembelajaran secara sendiri ini...
Guna gajet untuk belajar - Gajet yang ada digunakan secara bermanfaat. Pelajar boleh melayari internet untuk mencari bahan rujukan. Kesannya, pembelajaran kendiri ini akan menjadi lebih seronok. Penggunaan gajet ini dapat membantu perkembangan minda pelajar dan memudahkan sesi interaksi bersama rakan-rakan terutama ketika tempoh pandemik.
Mengikuti kelas tuisyen - Pelajar juga boleh mengikuti kelas tuisyen kerana di situ mereka berpeluang untuk mempelajari teknik dan teori baru dalam pembelajaran, ini kerana lain guru lain caranya. Sekurang-kurangnya pelajar dapat mengikuti suasana pembelajaran lain daripada kebiasaan serta mendapat kawan-kawan baru sehingga mereka mampu untuk mencapai objektif di dalam pembelajaran.
Sedia kelengkapan khas untuk anak-anak - Sebagai ibu bapa yang prihatin tentang kepentingan dalam menuntut ilmu di kalangan anak-anak, wajarlah untuk menyediakan semua kelengkapan khas untuk mereka. Antara kelengkapan yang boleh disediakan termasuklah bilik yang selesa, gajet dan bahan sokongan lain seperti buku rujukan atau buku latihan yang bersesuaian. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh membeli buku-buku secara dalam talian untuk anak-anak.
Belajar berkumpulan di rumah - Pelajar boleh mengadakan pembelajaran bersama adik beradik di rumah. Suasana sebegini akan dapat menyuburkan minat di kalangan anak-anak untuk menelaah pelajaran. Ibu bapa juga perlu sentiasa menyokong hasrat ini setiap kali anak-anak sedang belajar. Inilah yang dinamakan teknik dan kaedah terbaik daripada ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menempuh cabaran sukar sepanjang tempoh pandemik.
Belajar di perpustakaan - Belajar sendiri juga boleh dibuat di perpustakaan bersama rakan-rakan (ini adalah merujuk kepada situasi di luar tempoh pandemik). Sebagai contoh, pelajar boleh mencari tempat yang bersesuaian untuk belajar seperti di perpustakaan, pondok, perkarangan masjid ataupun taman riadah. Ini sekaligus akan mewujudkan kelainan suasana belajar dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan.
Semoga dengan tip ini dapat memberi manfaat pada semua yang belajar..
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, kebanyakan negeri kita telah memasuki Fasa 4 PKP dan kini kebanyakan kedai-kedai dah mula dibuka untuk orang awam.. Walau apapun, kita perlu menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan KKM, dan yang paling penting sentiasa pakai pelitup muka semasa keluar daripada rumah...
Sekarang niepun panggung wayang telah dibuka, jadi pada awak yang rindu pada suasana panggung wayang, bolehlah tempah tiket dan tontonlah filem yang awak suka..
Sebut pasal panggung wayang, ada satu panggung wayang mudah alih telah menjadi panggung wayang tertinggi di dunia, iaitu pada ketinggian altitud 3,524 meter dari aras laut... Panggung wayang yang terletak di Ladakh, India ini boleh memuatkan seramai 120 orang dengan suhu di dalamnya boleh diselaraskan mengikut keselesaan penonton.
Menurut syarikat yang memperkenalkan panggung wayang ini, PictureTime Digiplex, inisiatif ini dilakukan bagi memberi peluang kepada penduduk di Ladakh untuk merasai pengalaman menonton wayang. Mengikut kata pemilik syarikat ini, Sushil Chaudhary, panggung wayang ini adalah merupakan panggung wayang mudah alih yang pertama di dunia dan mereka merancang untuk mendirikan lebih banyak panggung wayang mudah alih di wilayah ini serta tempat lain termasuklah di negeri Arunachal Pradesh.
Wah, mesti orang-orang di sana berasa seronok apabila merasai pengalaman menonton wayang, yang mungkin pengalaman pertama kali bagi penduduk di situ... Hihihi macam saya sendiri, percaya atau tak, sepanjang hidup, saya belum pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang... hihihi awak pula camne..? Ada yang sama macam saya...?
Assalamualaikum wbt...
Mintak maaf banyak-banyak sebab dah lama saya tak update jurnal nie.. Oleh kerana kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dah memasuki Fasa 4, akhirnya berita yang telah lama saya tunggu telah tiba..
Baru-baru nie saya ada berkongsi cerita tentang pengubahsuaian rumah, tapi oleh kerana kita berada dalam fasa PKP, projek pengubahsuaian rumah terpaksa ditangguh buat sementara waktu.. Tapi apabila berita tentang kawasan saya telah memasuki fasa 4, akhirnya saya menerima berita yang menggembirakan.. Pada 20hb yang lepas, saya menerima satu sms daripada LPPSA yang mengatakan bahawa permohonan pinjaman pengubahsuaian rumah telah diluluskan, setelah 2 kali ianya dikuiri akibat tak cukup syarat...
Kini saya berada di fasa membuat surat perjanjian pembelian hartanah, surat perjanjian penjualan hartanah, surat hibah, borang gadaian dan lampiran (hak individu) dan lain-lain borang yang akan disediakan oleh peguam... Insha Allah,setelah saya selesai untuk tandatangan semua borang ini, maka akan bermulalah pengubahsuaian rumah...
Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya dapat merealisasikan impian untuk buat satu ruang workstation + mini library.. Ini adalah dua contoh yang berkenan di hati tapi tak tahu mana satu yang betul-betul sesuai...
Awak rasa yang mana satu?
Sebenarnya saya nak buat satu lagi ruang solat tapi memandangkan bajet tak mencukupi jadi saya perlu lupakan seketika hasrat ini.. Insha Allah satu hari nanti impian tue akan tercapai.. Kita tunggu dan lihat hasilnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)



Social Icons