Showing posts with label Cerita Seram Mistik. Show all posts
Showing posts with label Cerita Seram Mistik. Show all posts
Assalamualaikum wbt...
Rasanya lama saya tak bercerita tentang kisah seram mistik... Kali nie, suami pula yang mengalami kisah seram mistik...
Kisah nie berlaku pada bulan November tahun lepas... Nak dijadikan cerita....
Suami saya nie merupakan seorang penjual durian.. Selalunya dia sendiri akan pergi mengambil stok buah durian di mana-mana peraih yang dia kenal seperti di Sungkai, Raub, ataupun Selayang... Suami pula memang akan mengambil stok buah durian sebaik saja dia habis meniaga dalam sekitar jam 11 malam, dia akan balik rumah sekejap, mandi, makan dan terus dia akan keluar untuk mengambil stok buah.. Saya memang tak ikut suami memandangkan esoknya saya bekerja.. Suami pula lebih senang untuk pergi sendirian atas sebab dapat memuatkan banyak stok buah durian dalam kenderaan triton..
Satu malam, dia bagitau pada saya yang dia akan ke Sungkai untuk mengambil stok buah dan akan balik pada hari yang sama. Saya mengiyakan aje dan pada jam 10 malam, dia pun bergerak ke Sungkai..
Kemudian, dalam pukul 3 pagi, suami menghantar gambar serta video dalam whatsapp.. Mula-mula saya hanya tengok sekali seimbas saja memandangkan suami memang selalu akan hantar gambar atau video di mana lokasi dia berada... Lepas tue, bila saya tengok status whatsapp, saya jadi pelik dengan caption yang tertera... Bila diteliti, Allahu Akbar...
ADA YANG MENUMPANG DALAM TRITON TUE....
Suami selamat sampai di rumah selepas waktu Subuh tapi saya tak bertanya hal tue memandangkan saya sedang bersiap untuk pergi kerja...
Malamnya tue, barulah saya bertanya apa yang terjadi masa tue...?
Suami bercerita....
Masa tue dia dah dalam perjalanan balik ke Sepang pada jam 2.30 pagi.. Bila dia tiba dekat sekitar jalan RNR Rawang, secara tiba-tiba dia terasa mengantuk sangat, jadi dia pun berhenti di RNR Rawang untuk merehatkan diri sekejap.. Setelah rehat dalam 15 minit, suami pun teruskan perjalanan, masa tue dia terasa pelik, setiap kenderaan memberi high beam padanya.. Tapi selalunya suami dah tau dah tentang hal tue, tapi bila terdetik hati untuk melihat cermin pandang belakang, suami pandang antara percaya atau tak.. Dia pun cuba snap gambar dan video untuk memastikan apa yang dia lihat tue betul-betul kenyataan..
Sangkaan dia tepat..
ADA YANG MENUMPANG DALAM TRITON..!!!
Pada mulanya suami cuak tapi dia tenangkan hati sebab dia teringat pesanan saya untuk tidak terus pulang ke rumah andai ada yang menumpang..
Sambil membaca surah lazim dan ayat Kursi, suami pun berkata pada makhluk itu, supaya untuk tidak ikut dia balik ke rumah.. Kata suami lagi, dia akan berhenti di satu RNR dan dia minta untuk makhluk itu turun di RNR tue dan jangan ganggu manusia lain...
Bila sampai saja di RNR Dengkil, suami pun berhentikan kenderaan dan berkata, "turunlah kau dekat sini dan jangan ikut aku balik."
Suami berada di situ dalam masa 15 minit dan dia pun beransur untuk balik.. Alhamdulillah, triton yang tadinya terasa berat masa dalam perjalanan kini dah menjadi ringan balik...
Tapi setibanya di perkarangan rumah, suami tak terus masuk dalam rumah... Biasanya dia akan tunggu dalam kenderaan dalam beberapa minit sebelum masuk...
Itulah pengalaman suami yang berlaku pada tahun lepas...
Adakah awak nampak dalam gambar tue...? Jelas kan... Untuk pengetahuan awak, dalam triton tue memang takde apa-apa yang tergantung sebab biasanya suami akan muatkan stok durian sekali dekat bahagian belakang penumpang..
Assalamualaikum wbt..
Kisah nie berlaku dua kali dalam jangka masa yang pendek, selang 3 bulan camtu.. Tak tahu sama ada ianya cuma salah dengar, khayalan ataupun sememangnya ada 'sesuatu'...
Kisah pertama nie berlaku di library saya, yang berlaku pada bulan April lepas.. Macam biasa, jika saya duduk di pejabat, saya akan balik selepas Maghrib kerana tak mahu nak hadap trafik sesak.. Seperti kebiasaan, jika saya balik pada lewat waktu, saya akan memasang MP3 Al-Quran dan salah satu surah kegemaran yang saya perdengarkan adalah Surah Al-Baqarah.. Jadi saya akan buat kerja katalog buku seperti kebiasaan dan apabila masuk waktu Maghrib, saya akan solat kat surau yang cuma bersebelahan dengan library saya.. Selesai solat, saya meneruskan kerja-kerja katalog dan masa tue saya ambik keputusan untuk keluar pejabat pada jam 8 malam.. Sedang asyik dengan kerja, tetiba saya terdengar ada orang memberi salam dan saya pun menoleh pada pintu utama library sambil menjawab salam tersebut.. Anehnya takde orang dekat pintu tue, jadi saya pun bangun daripada kerusi dan terus menuju ke pintu untuk melihat sama ada jika ada staf yang masih stay back... Selalunya jika ada staf atau pegawai bomba yang stay back, pasti akan melalui koridor library untuk pergi ke surau tapi ternyata takde orang, lalu saya menjenguk kepala untuk melihat ke arah surau, tapi sepasang kasut pun takde... Pelik dengan keadaan itu, saya pun meneruskan kerja hinggalah selesai waktu yang saya tetapkan.. Tapi dalam hati masih tertanya-tanya, siapa yang bagi salam tue...?
Kisah kedua pula berlaku pada beberapa hari lepas.. Selepas solat Isyak, mata saya tiba-tiba terasa mengantuk sangat dan saya ambik keputusan untuk melelapkan mata sekejap... Setelah buka telekung kepala, saya pun terus baring atas katil, tapi masih memakai kain telekung.. Baru lima minit saya terlelap, tiba-tiba saya terperanjat kerana terdengar seseorang memberi salam.. Dalam berkeadaan mamai, saya pun menjawab salam tapi lepas tue saya sambung tidur semula.. Saya ingatkan hubby yang bagi salam, sebab tue saya sambung tidur balik.. Tapi bila saya bangun dalam sekitar pukul 10.30 malam, alangkah aneh rasanya, rupa-rupanya hubby masih belum balik kerja lagi.. Bila dia balik, saya pun tanyalah dia, sama ada dia ada balik sekejap ke tak selepas Isyak, tapi katanya dia takde balik pun... Terkedu saya kejap.. Habis tue, siapa pula yang bagi salam tadi...??
Dah dua kali perkara nie berlaku, saya memang dengar dengan jelas suara memberi salam.. Adakah makhluk Allah ini setakat singgah sementara ataupun saya cuma salah dengar..
Wallahualam..
Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya saya sendiri pun tak pasti samada ianya adalah realiti atau cuma ilusi... Kisah nie baru saja berlaku pada hari Jumaat lepas, sewaktu saya nak pulang daripada tempat kerja...
Kisahnya begini...
Saya sememangnya akan balik lambat pada hari bekerja, ini kerana saya tak suka nak menghadap jalan yang sesak... Tambahan pulak, saya selalu mengalami microsleep masa memandu yang terlalu panjang dan memenatkan.. Jadi, demi keselamatan diri, saya akan balik selepas waktu maghrib..
Nak dijadikan cerita, pada hari kejadian, saya balik agak lambat, iaitu dalam sekitar jam 8.30 malam tapi sebenarnya masih ada lagi yang bekerja, memandangkan opis saya nie hanya bersebelahan dengan Balai Bomba Dan Penyelamat Presint 9, Putrajaya..
Selepas saya punch card, saya pun turun ke aras B1 untuk ke tempat letak kereta dan kawasan tue adalah kawasan lapang yang biasa, ada cahaya lampu yang terang daripada tempat binaan dan jugak kawasan tempat letak kereta tue sendiri..
Setelah saya start enjin kereta, secara tiba-tiba saya terasa nak mengambil gambar di depan saya... Hajat di dalam hati saya nie, saya nak buat status di dalam whatsapp untuk menikmati cahaya malam... Kemudian, saya pun mengambil gambar pemandangan di depan saya nie dengan menggunakan kamera telefon dengan mode biasa...
Masa saya nak upload di dalam status, tiba-tiba saya terasa nampak sesuatu pada sekitar kawasan pokok di dalam gambar.. Saya cuba zoom pada gambar tue dan saya berasa tak puas hati.. Jadi saya pun sekali lagi mengambil gambar pemandangan di depan kereta saya dan kali nie saya menggunakan mode malam untuk kelihatan lebih jelas...
Apa yang saya tertangkap di dalam gambar pertama tue, kali nie lebih jelas di dalam gambar kedua...
Setelah saya mengambil gambar tue, secara tiba-tiba ada seekor kucing jalanan yang sememangnya selalu berada di dalam kawasan opis saya nie, naik di atas dashboard depan dan kucing tue merenung ke arah depan.. Gaya kucing tue seolah-olah cuba melindungi saya, lantas saya pun membaca ayat Kursi beserta dengan selawat.. Setelah habis saya membacanya, saya pun secara spontan berkata, "duduk jea kat situ, dan jangan ikut aku balik.. Kau jugak makhluk Allah seperti aku, dan aku hanya takut pada Allah SWT.." Pada kucing tuepun saya berkata dengan spontan, "ummie takde apa-apa, kamu turun lah dari kereta nie, Insha Allah, Allah akan jaga ummie,".. Sabaik saja saya berkata demikian, kucing tue memandang pada saya, mengiau dan mula turun dari kereta..
Kemudian, saya pun mula memandu keluar daripada petak dan sekali lagi saya melihat ke arah pokok tue dan ianya telah menghilang...
Adakah awak pun nampak apa yang saya nampak...?
Adakah ianya realiti ataupun ilusi...?
Assalamualaikum wbt...
Kisah seram mistik, mungkin ada di kalangan daripada kita yang mengalaminya dan ada jugak yang tak percaya apa yang kita alami.. Apapun, sebenarnya kita sememangnya berkongsi dengan makhluk Allah yang lain juga dan apa yang berlaku pada kita sebenarnya adalah di atas keizinan Allah SWT jua...
Jika sebelum nie, saya hanya melihat, kali nie saya mendengar dan boleh dikatakan setiap minggu saya mendengar kejadian yang sama berulang kali...
Nak tau apa yang saya dengar!!?
Kedengaran bunyi kompang dimainkan seolah-olah ada kenduri kahwin dilangsungkan pada jam 12 malam...
Ceritanya bermula pada 4 tahun lepas dan sehingga sekarang ianya masih berlaku.. Kisahnya bermula semasa saya membersihkan sangkar kucing yang berada di belakang rumah.. Jika hari bekerja iaitu hari Isnin sampai hari Khamis dan hari Ahad, saya akan membersihkan sangkar dalam sekitar jam 9 malam.. Untuk hari Jumaat dan Sabtu pula, saya lebih suka membersihkan sangkar kucing dalam sekitar jam 11 malam dan ke atas kerana takde nak kejar masa untuk pergi ke tempat kerja hari esoknya...
Tapi yang menjadi pelik, perkara ini terjadi hanya pada hari Jumaat setiap minggu... Bunyi kompang tue jelas kedengaran daripada halwa telinga saya dan bukan itu saja, saya juga turut mendengar seperti ada muzik sama seperti majlis kenduri kahwin dilangsungkan...
Mula-mula saya ingatkan ada persatuan kompang kampung sedang menjalani latihan bermain kompang sebab kawasan rumah saya nie berdekatan dengan kampung... Tapi pelik jugak di hati kerana kompang ini dimainkan hanya pada hari Jumaat dan waktunya pun pelik jugak...
Takkanlah diorang mulakan latihan pada jam 12 tengah malam...??
Dan saya jugak ada dengar seolah-olah ada majlis kahwin dilangsungkan.. Takkanlah setiap minggu ada aje majlis perkahwinan dilangsungkan dan ianya memang bermula pada jam 12.45 tengah malam setelah kompang dimainkan... Memang riuh gilerr masa tue...
Tapi lama kelamaan saya dah biasa mendengarnya, walaupun ada masanya dalam hati nie terdetik rasa hairan..
Kita berkongsi dunia dengan makhluk Allah SWT dan janganlah kita berasa takut selain daripada Allah SWT... Mintalah perlindungan daripada Allah SWT daripada segala gangguan..
Assalamualaikum wbt...
Bila dengar tentang cerita-cerita mistik, pasti kita akan berasa seram dan bulu roma meremang.. Cerita mistik yang diperkatakan oleh setiap peringkat umur tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, pasti selalunya berlaku pada waktu malam ataupun paling awal berlaku adalah pada waktu senja..
Daripada Jabir RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama ALLAH kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tapi apa yang berlaku pada diri saya sendiri boleh dikatakan agak pelik kerana perkara mistik nie berlaku pada waktu petang...
Ceritanya begini...
Selalunya saya akan balik lambat daripada ofis kerana menyiapkan kerja-kerja di pejabat dan satu lagi saya tak suka sangat nak mengadap jemmed.. Sesiapa yang selalu gunakan laluan jalan menghala ke Dengkil - Kota Warisan - Salak Tinggi, pasti akan faham pada waktu puncak ketika balik kerja iaitu sekitar pukul 5.00 petang ke atas...
Satu hari tue, saya balik daripada kebiasaan iaitu sekitar pukul 4.30 petang memandangkan saya datang kerja pada pukul 7.30 pagi.. So, nak dijadikan cerita, saya pun balik awal... Sesiapa yang biasa lalu di Pintasan Dengkil By Pass, kita akan nampak ada satu tasik dan ianya adalah bekas lombong pasir satu ketika dulu sebelum ditutup sepenuhnya... Warna airnya agak biru kehijauan dan saya tak pasti kat situ samada ada ikan ataupun tidak...
Hari kejadian, saya cuma memandu kereta sekitar 70km/jam kerana tak banyak kereta dan saya pun tak mengejar masa... Semasa saya melalui Pintasan Dengkil By Pass, di situlah bermulanya kisah mistik dan ianya berlaku beberapa kali dari pengamatan saya...
Awak tau apa yang jadi..?
Saya ternampak satu pulau kecik yang macam sebuah pulau di tengah laut..!!!! Pulau tue kecik jea, cuma muat untuk seseorang berdiri tanpa boleh duduk... Tapi yang menjadi pelik tue adalah pulau tue ada rimbunan rumput, pokok yang renek dan sebatang pokok persis mini pokok kelapa..!! Pokok kelapa tue kan berada di tengah-tengah pulau tue...
Pada pertama kali saya melihat kelibat pulau itu, saya hanya fikirkan cuma sebuah ilusi semata-mata, tapi bila saya ternampak beberapa kali, saya menjadi pelik.. Yang lagi pelik sebabnya saya memang melalui jambatan itu hari-hari untuk pulang ke rumah tapi bukan setiap hari saya nampak kelibat pulau itu.. Bila saya tanya hubby, dia berkata yang dia tak nampak sebarang pulau kecik di situ... Perkara nie saya tanyakan jugak pada kawan-kawan saya tapi tak seorang pun yang nampak apa yang saya nampak...
Jadi, apa yang sebenarnya berlaku...??
Betul ke apa yang saya nampak...?
Wallahualam...
Aina, Mila dan Fifi memulakan semester baru kuliah di salah sebuah kolej swasta di pekan yang terletak berdekatan dengan kampung mereka. Biasanya mereka diberi hostel yang disediakan oleh pihak kolej. Tetapi, untuk semester kali ini mereka perlu mencari rumah sewa memandangkan hostel yang mereka duduki itu sedang diperbaiki.
Pencarian mereka berakhir dengan mendapatkan sebuah rumah yang terletak agak terpencil dan berdekatan dengan sebuah ladang. Memandangkan kesemua mereka mempunyai kenderaan jadi takde masalah untuk mereka tinggal di situ. Lagi pula sewa pun berpatutan dan sesuai dengan bajet mereka yang masih belajar. Mereka mula berpindah masuk, semuanya berjalan lancar sehinggalah ada jiran yang datang menegur dan memberitahu bahawa belakang rumah mereka adalah kawasan perkuburan Cina. Mereka tergamam seketika mendengarnya, tapi mereka fikir dah takde masa untuk mencari rumah yang lain.
Malam menjelma, untuk hilangkan rasa sunyi kerana jarak antara jiran agak jauh, mereka memasang televisyen dengan kuat. Tapi masing-masing memegang telefon bimbit di tangan sambil memakai fon kepala. Sedang mereka semua asyik melihat telefon bimbit, tiba-tiba televisyen yang dipasang terpadam secara tiba-tiba. Mereka bertiga tersentak dan memandang antara satu sama lain. Rasa seram sejuk datang menjelma tapi mereka kuatkan semangat dan membaca ayat-ayat Al-Quran yang mereka tahu. Tiba-tiba kedengaran pula bunyi dari bilik air di bahagian belakang. Itu lebih membuatkan Aina, Mila dan Fifi ketakutan. Mereka bertiga lari ke dalam bilik. Masuk sahaja di dalam bilik, mereka duduk dekat-dekat dan saling berpelukan. Ketiganya cuba lelapkan diri walaupun dalam ketakutan. Sebelum tidur, mereka sempat mendengar salakan anjing sahut menyahut.
"Eh, korang berdua dengar tak bunyi anjing tue? Orang kata kalau bunyi macam nie, ada makhluk halus yang berdekatan," Mila tiba-tiba bersuara.
Apa yang diperkatakan Mila membuatkan mereka semakin takut. Semua surah yang mereka tahu dibaca bersama sehinggalah mereka berjaya lelapkan mata. Seminggu selepas itu, tiada lagi gangguann buat mereka. Tidur mereka tidak terganggu dan dapat tinggal dengan aman. Sehinggalah pada suatu malam Jumaat yang sangat dingin, hujan turun renyi seakan-akan tidak mahu berhenti dan ini menambahkan lagi suasana sunyi di kawasan kediaman mereka.
Seperti malam-malam biasa, televisyen dipasang untuk memeriahkan suasana yang sepi. Tiba-tiba kedengaran sesuatu dari arah dapur.
"Bunyi apa tue?" tanya Aina.
Tanpa menjawab, ketiga-tiga kawan ini jalan beriringan ke dapur. Sampai sahaja di dapur, alangkah terkejutnya mereka apabila melihat susuk tubuh yang memakai pakaian putih yang comot dan berambut panjang mengurai yang sedang berdiri di satu sudut. Ketiga-tiganya menjerit ketakutan dan lantas berlari masuk ke dalam bilik. Mereka mengunci pintu dengan harapan makhluk tersebut tak dapat masuk. Namun itu tidak seperti yang mereka harapkan. Masuk saja ke bilik, mereka dapati makhluk yang sama rupanya turut berada di dalam sambil mukanya mengadap dinding. Bagai tak cukup tanah mereka bertiga berlari meninggalkan rumah sewa itu dan meluru ke rumah jiran yang berdekatan.
Mereka ditenangkan oleh jiran mereka iaitu seorang makcik yang mula-mula datang menegur pada hari pertama mereka pindah. Ketiga-tiga kawan nie mula demam ekoran kejadian yang menakutkan itu. Mereka dapat tahu rupa-rupanya rumah tersebut pernah didiami oleh seorang wanita dan menurut cerita makcik tersebut, wanita berkenaan mati akibat bunuh diri. Selepas kejadian itu, Aina, Mila dan Fifi berpindah terus dan kali ini mereka mencari rumah sewa yang berdekatan dengan kolej. Mereka tak kisah walaupun bayaran sewa agak mahal asalkan perkara yang menakutkan tidak lagi menghantui kehidupan mereka.
*sumber cerita daripada Mingguan Wanita
Berpeluang mengajar di sekolah kawasan pendalaman merupakan impian Sarah sejak mula melangkah kaki ke institusi pendidikan perguruan. Selepas tamat pengajian, Sarah ditempatkan di sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan kampung. Selepas selesai semua urusan di Kuala Lumpur, Sarah bertolak ke kampung tempat dia bakal mengajar. Tanpa ditemani ibu dan bapa, Sarah cuba berdikari demi tak menyusahkan orang tuanya. Dia memandu kereta ke kampung itu yang terletak di utara tanah air.
Perkara utama yang ingin Sarah lakukan ialah mencari rumah sewa dan berdoa supaya dia berjaya mendapat rumah sewa pada hari itu juga. Ini kerana dia bakal mengajar pada keesokan harinya. Selepas melaporkan diri di sekolah, Sarah mendapatkan bantuan seorang guru untuk pergi mencari rumah sewa. Guru yang bernama Cikgu Maimunah memberikan tunjuk arah ke sebuah rumah sewa yang letaknya kira-kira 20 minit memandu kereta dari sekolah. Cikgu Maimunah yang berkulit putih dan kala bersalam dengannya, Sarah merasakan tangan cikgu itu sungguh sejuk. Sarah gembira kerana rumah itu masih lagi kosong tanpa penyewa. Selepas membayar duit deposit kepada tuan rumah yang dikenali sebagai Nenek Kamisah, Sarah terus membersihkan rumah itu.
Malam itu, Sarah cuba lelapkan mata namun dia mulai berasa sesuatu yang kurang enak. Bulu roma tengkuknya asyik meremah dan telinganya dapat menangkap bunyi-bunyi yang menakutkan. Kemuncak ketakutan Sarah ialah apabila dia mendengar suara wanita merintih di bahagian ruang dapur rumahnya. Tak mampu bertahan lagi, Sarah terus mengambil kunci kereta lalu memecut kereta tanpa tahu hendak ke mana. Disebabkan hanya tahu lokasi sekolah, Sarah terus ke kawasan sekolah. Dia bertemu dengan Pak Ramli yang bertugas sebagai pengawal keselamatan. Melihat keadaan Sarah yang dalam ketakutan, Pak Ramli cuba membantu menenangkannya. Daripada cerita Pak Ramli, Sarah dapat tahu bahawa rumah kecil yang disewanya itu memnag keras sebenarnya. Seorang lelaki yang bergelar ustaz pun tak tahan diganggu oleh suara wanita merintih saban malam.
Nenek Kamisah yang Sarah temui sebelum ini sebenarnya dah lama meninggal dunia. Manakala suara wanita yang merintih itu sebenarnya suara cucu Nenek Kamisah. Cerita itu memang telah lama tersebar di seluruh kampung. Sebagai orang lama di kampung itu, Pak Ramli mengakui kisah itu memang berlaku. Keluarga Nenek Kamisah dikatakan mengamalkan ilmu hitam dan disebabkan itulah roh mereka mengganggu sesiapa saja yang berada di kawasan kampung itu. Selepas selesai bercerita, Pak Ramli bertanya bagaimana Sarah boleh menyewa di rumah itu. Sarah menceritakan tentang Cikgu Maimumah yang mendakwa dia ada rumah sewa di kawasan itu. Pak Ramli tercengang kerana setahunya tiada cikgu yang bernama Cikgu Maimunah di sekolah tersebut.
Sehingga ke hari ini, selepas setahun mengajar di sekolah tersebut, Sarah tak mendapat jawapan siapakah gerangan Cikgu Maimunah yang berkulit putih dan tangannya yang sejuk itu.
*Sumber cerita daripada Mingguan Wanita
Yasmin tidak pernah tinggal di asrama. Sejak kecil dia duduk dengan kedua-dua ibu bapanya di kampung sehinggalah tamat persekolahan. Tapi setelah diterima melanjutkan pengajian di sebuah kolej jururawat rutin hidupnya mula berubah. Sebagai seorang pelajar di kolej itu, Yasmin perlu tinggal di asrama. Asrama itu adalah sebuah bangunan rumah kedai yang telah diubah suai menjadi tempat penginapan semua pelajar di kolej tersebut. Setiap unit telah diberikan nombor bagi memudahkan urusan pihak kolej.
"Bilik 310," ujar pelajar senior kepada Yasmin ketika dia mendapatkan kunci bilik asramanya.
"Terima kasih," balas Yasmin.
"310 maksudnya tingkat tiga, bilik nombor 10. Ini bilik hujung sekali sebelah bilik mandi," ujar senior itu.
Dalam hati Yasmin berkata-kata. Bilik sebelah bilik mandi? Adui, mendengarnya saja sudah seram bulu roma.
Yasmin melangkah berhati-hati menaiki tangga ke tingkat tiga. Agak payah dia mengheret beg yang sarat dengan pakaian dan barangan keperluan lain. Asrama yang ditinggalkan bersempena cuti semester yang agar panjang membuatkan keadaan agak berhabuk.
Kini sudah dua minggu Yasmin bergelar pelajar di kolej di sini. Cuti sempena Awal Muharram membuatkan tiga rakan sebilik Yasmin bercuti. Yasmin yang tinggal agak jauh membuat keputusan untuk tidak pulang kerana tempoh cuti yang agak singkat. Senja itu Yasmin baru pulang daripada berjoging. Dia mengambil tuala dan peralatan mandian lalu bergegas ke bilik mandi di sebelah biliknya kerana azan Maghrib akan dilaungkan tak lama lagi. Dia perlu cepat untuk menunaikan solat Maghrib. Kala langkahnya hampir sampai ke muka pintu bilik mandi, satu suara mengejutkannya dari belakang.
"Nak, boleh makcik tau di mana bilik nombor 411?" tanya seorang wanita tua yang berpakaian baju kurung Kedah dan berkain batik sambil membawa sebunjut kain batik yang biasanya berisi pakaian.
Yasmin agak terkejut dengan teguran wanita tua itu. Apatah lagi dengan keadaan wanita tua itu yang berkeadaan agak pelik. Namun, Yasmin cuba menyembunyikan perasaan gugupnya itu.
"Sini tingkat tiga makcik. Bilik 411 berada di tingkat empat," ujar Yasmin.
"Boleh hantar makcik ke sana? Makcik nak berjumpa dengan anak makcik," kata wanita tua itu.
"Oh, boleh. Marilah," kata Yasmin sambil meletak barang mandiannya di atas meja di tepi bilik mandi itu.
Yasmin berjalan mendahului wanita tua itu. Dia yang kelihatan sedikit uzur itu berjalan perlahan-lahan di belakang Yasmin. Menoleh ke belakang dan melihat wanita tua itu berjalan lambat, Yasmin memperlahankan sedikit langkahnya. Di anak tangga, Yasmin membantu wanita tua itu untuk menaiki satu persatu anak tangga. Yasmin berasa terkejut kerana tangan wanita tua itu sejuk bila takala dipegang. Namun dia cuba berlagak biasa. Hari semakin gelap. Yasmin melangkah mencari bilik nombor 411 seperti yang dikatakan oleh wanita tua itu. Kala dia sampai di hadapan bilik 411, ternyata bilik itu adalah bilik mandi yang turut menempatkan tandas.
"Makcik, betul ke bilik anak makcik 411? Ini bukan bilik asrama tapi bilik mandi dan tandas," ujar Yasmin.
"Ya, memang betul bilik 411. Anak makcik yang beritahu makcik nombor biliknya," kata wanita tua itu.
"Siapa nama anak makcik tue? Mana tahu saya kenal. Mungkin dia tersalah beri nombor bilik. Tapi sekarang nie ramai pelajar cuti," balas Yasmin.
"Nama anak makcik adalah Ayu Sakinah. Dia memang duduk di sini. Ha, tue suara dia ada tue. Dia panggil makcik," kata wanita tua itu sambil berlalu berjalan perlahan masuk ke dalam bilik mandi dan tandas itu.
Yasmin terkedu. Sekaligus giginya terasa sejuk dan bulu roma tengkuknya meremang. Terdengar azan Maghrib dan kelibat wanita tua itu hilang daripada pandangannya. Yasmin berlari menuju ke biliknya di tingkat tiga.
Dah seminggu Yasmin demam. Dia sungguh berasa terkesan dengan kejadian yang menimpanya minggu lalu. Barulah Yasmin tahu yang Ayu Sakinah merupakan bekas pelajar kolej itu yang meninggal dunia di bilik mandi kerana tergelincir. Kejadian itu berlaku pad musim cuti namun Ayu Sakinah tak balik kampung kerana cuti yang singkat dan kampungnya pula jauh di Sabah. Ibunya di kampung terlalu sedih dengan kejadian itu lau meninggal dunia tak lama kemudian. Sejak kejadian itu, memang selalu kelihatan kelibat wanita tua yang mencari anaknya di bilik mandi tempat kejaidan tersebut berlaku, terutama pada waktu cuti. Bilik mandi di tingkat empat itu memang jarang digunakan oleh pelajar kolej tersebut.
Mulai hari itu, Yasmin selalu pulang ke kampung jika ada cuti walaupun singkat. Dia dah tak berani duduk sendirian di bilik asrama apatah lagi jika waktu cuti. Kejadian ini turut menjadikan Yasmin lebih berhati-hati di bilik mandi agar tidak tergelincir kerana malang tak berbau.
*sumber cerita daripada Mingguan Wanita
Assalamualaikum...
Baru boleh update blog arinie, gara-gara tengah meng'update' blog library punya pasal, ada slideshow hilang, kena buat semula...adoii penat seyhh tapi seronok walaupun penat...
Kita nak sembang pasal kisah seram..awak suma penah alami kisah-kisah seram yang pernah berlaku pada diri awak? Well, ada di kalangan kita dipilih oleh Allah atas sebab tertentu, penah alaminya, tak terkecuali saya sendiri...
Yang paling saya takleh lupa tentang kisah seram nie ialah semasa saya pergi ke kem bina semangat anjuran pengurusan sumber manusia bomba, bertempat di Felda Tekam Residence di Jerantut,Pahang... Mula2 sampai di felda tue pada waktu malam dan serentak dengan tue, kami terus pergi ke kaki gua Kota Gelanggi untuk aktiviti jungle trekking... Masa tue la kisah seram saya bermula...
Nak dijadikan cerita, kami berpecah kepada 6 kumpulan dan kumpulan saya terdiri daripada 8 wanita 3 lelaki.. Kami berjungle trekking pada waktu tengah malam hanya dibekalkan dengan sebatang lilin yang telah dinyalakan api, dan kami tak dibenarkan membawa lighter,mancis atau torchlight.. berpandukan pada peta dan cahaya lilin serta cahaya bulan, kami meredah hutan belantara dan kaki gua untuk sampai di destinasi yang ditetapkan... syukur Alhamdulillah takde apa2 yang berlaku..setelah aktiviti jungle trekking selesai, kami semua balik ke dorm untuk beristirehat dan saya pun dah bersiapsiaga nak tido... tiba2 saya mendengar seperti suara bisikan, pada mulanya saya ingat kawan sebilik berbisik tapi kawan saya dah tido nyenyak..mula bersangka baik, saya lelapkan mata semula, tapi suara bisikan tue makin jelas di telinga, saya tak jadi nak tido dan mula memasang telinga, saya jenguk di tingkap, mana tau kalau2 ada kawan2 yang lain memanggil...awak tau saja lah, kem bina semangat nie kadang2, kita hanya sempat tido 2 jam aje sebelum dikejutkan untuk aktiviti seterusnya... tapi kat luar saya tengok takde apa2 yang berlaku...dengan perasaan malas dan mengantuk saya kembali ke katil untuk sambung tido tapi suara tadi makin lama makin jelas, seperti menyuruh saya hantar mereka balik... tapi saya tak layan sangat dengan mainan perasaan, dan dengan bacaan surah2 lazim, akhirnya saya dapat tido..
Keesokkan harinya, saya ingatkan ianya memang mainan perasaan, tapi suara yang saya dengar semalam kembali terdengar, meminta saya menghantar 'mereka' pulang...dek tak tahan dengan suara2 tue, saya bertanya kepada jurulatih di situ, sebab semalam dia ada berpesan kepada kami semua, sekiranya kami 'nampak' atau 'bau apa2 yang pelik' jangan ditegur...saya bagitau apa yang saya dengar dan jurulatih tue bertanya, kami perlu hantar 'mereka' ke mana... kemudian saya mendengar sayup2 suara mengatakan kami perlu hantar 'mereka' pulang di mana kami bermula, maknanya di gua Kota Gelanggi.. Secara kebetulan pada petang tue, aktiviti seterusnya adalah menjelajah gua Kota Gelanggi, dan saya dapat rasakan yang 'makhluk Allah' itu mengikut kami... setelah itu, saya dah tak dengar apa2 suara lagi... suara tue jelas mempunyai dua tona suara, iaitu suara seorang lelaki dan seorang perempuan... apakah makhluk Allah itu? hanya Allah saja yang tahu... memang tak dinafikan kita berkongsi dengan makhluk yang lain, dan kita perlu percaya dengan kewujudan mereka, cuma janganlah kita mintak bantuan daripada mereka sebab mereka pun makhluk seperti kita, tak kebal, cuma hayatnya dipanjangkan hingga hari kiamat... minta bantuan daripada Allah andainya kita menghadapi apa2 masalah dalam kehidupan...
Jaa nee
Subscribe to:
Posts (Atom)





Social Icons