Panduan untuk memulakan perniagaan

Monday, August 02, 2021


Assalamualaikum wbt..
Sebelum nak mula perniagaan, kita perlu memastikan bahawa perniagaan kita itu didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

LESEN DAN PERMIT

Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Peniaga perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi yang ingin dijalankan perniagaan.

FRANCAIS

Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri iaitu dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu 'bentuk' perniagaan tapi merupakan satu kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais ini tertakluk di bawah Akta Francais 1998.

SISTEM FRANCAIS

Merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih  orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais, peniaga perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.

PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN

Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk perniagaan kita. Lebih baik lagi jika peniaga mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah yang dimaksudkan dengan pelan perniagaan? Salah satu faktor kegagalan dalam peniagaan adalah kebanyakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan. 

Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan serta aliran wang tunai sebuah syarikat.  Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan peniagaan untuk jangka waktu tiga hingga lima tahun yang akan datang.

Ramai peniaga tersalah faham dalam aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan yang mereka usahakan itu adalah kecil saja. Sebenarnya, tak kisahlah kecil ke besar ke perniagaan itu, pelan perniagaan perlu ada dan perlu dirancang dengan teliti dan teratur.

PERCUKAIAN

Di Malaysia, semua pendapatan syarikat atau individu yang diperolehi dikenakan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berfungsi untuk memberikan perkhidmatan penaksiran, pentadbiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai-cukai yang tertakluk di dalam bidang kuasa LHDN. 

PENGURUSAN KEWANGAN

Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin-disiplin tertentu, untuk menguruskan dengan baik, sumber-sumber pendapatan, serta aset seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah dan manfaat yang optimum. Ianya dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorang itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen kewangan yang mampu diselesaikan.

Semoga dengan panduan ini akan dapat memudahkan pada awak yang ingin menjalankan perniagaan.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



11 comments

  1. good sharing. musim pandemik ni ramai yang dah mula berniaga. semoga entri ni dapat dijadikan panduan

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni rabia jd dropship shaklee
    Bulan jun daftar jd ahli
    Cg rabia daftarkan belanja jd ahli tu
    Rabia pun terus jd bisnes partner dgn cg rabia. Sebelum ni pun rabia consume produk shaklee . nnti2 kak berminat with any produk boleh wasap rabia ya

    ReplyDelete
  3. kite pengusaha seller online je sekrng ni, hihi..

    ReplyDelete
  4. Kalau ada duit boleh buat francais. Tak payah pening kepala nk meniaga apa tp apa pun kena ada modal dan ilmu

    ReplyDelete
  5. bab nak prepare business plan idea smeua tu memang bisa bikin pecah kepala nak buat.

    ReplyDelete
  6. Nice sharing kak shikin, semoga perkongsian ni dapat bantu orang ramai yang nak mulakan perniagaan.

    ReplyDelete
  7. Bagus share. Aien buat dropship main terjah ja. Haha

    ReplyDelete
  8. Business plan... Huhuuu memeningkannnn

    ReplyDelete
  9. Btw thanks for the sharing kak shikin, sebagai panduan mereka yang baru nak memulakan bisnes

    ReplyDelete
  10. Good sharing. Bagus ni sebab skrg ni ramai yg meniaga boleh refer sini

    ReplyDelete
  11. Terimakasih atas perkongsian ini kak shikin. semoga bermanfaat buat yang lain juga :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧