Buat video pendek untuk BDR

Sunday, August 08, 2021


Assalamualaikum wbt..
Okey, jadual kerja yang baru dah keluar dan hasilnya saya masih lagi BDR penuh, tapi saya dibenarkan untuk datang ke pejabat bagi mengambil tugasan untuk dibawa balik ke rumah.. 

Seperti yang awak tahu, saya kerja di dalam bidang kepustakawanan dan salah satu tugasnya adalah membuat cataloging buku dalam sistem.. Memandangkan ada buku yang memang tak dibolehkan untuk dibawa balik, saya terpaksa tinggalkan kerja tue. Tapi sebenarnya untuk pinjaman buku, semua buku berjaya dimasukkan data dalam sistem.. 

Sistem apa yang kami pakai..? Kami mempunyai sistem buku secara web based iaitu sistem S-LIB V5001-w dan ianya juga mempunyai sistem OPAC atau dalam bahasa melayu sistem pencarian buku dalam talian.. 


Memandangkan semua kerja tak boleh dibawa balik, saya terpaksa tinggalkan kerja tue untuk seketika. Tapi mujur juga salah satu kerja hakiki saya yang perlu saya lakukan adalah mencari keratan akhbar dan masukkan ke dalam blog library.. So, dalam masa 2 minggu sekali, saya akan datang ke pejabat untuk mengambil keratan akhbar dan terus scan keratan akhbar tue.. Kat rumah memang ada scanner tapi saiznya hanya cuma A4, jadi saya kena scan kat mesin fotostat di pejabat. 

Mungkin ada yang perasan kat jurnal saya nie ada list blog saya yang lain, antaranya blog library yang sememangnya di bawah jagaan saya, (amboiii jagaan.. hihihi) 


Sedikit sejarah blog library... Ianya bermula pada tahun 2011, iaitu selepas kelahiran jurnal saya nie... Masa tue, saya dengan ex-boss duk fikir macamana nak kekalkan keratan akhbar agar kekal lama dan boleh dibaca pada setiap masa.. Kalau mengikut cara tradisional, kita cari keratan mengikut isu semasa, gunting, tampal dalam A4 dan buatkan dalam bentuk binding books. Tapi biasalah, kalu bentuk binding nie, kadang-kadang ianya tercabut dan seterusnya berlaku kehilangan kertas keratan tue.. 

Dalam masa duk cari idea tue, saya teringat pada blog memandangkan masa tue saham blog sememangnya tengah naik.. Jadi saya pun mengutarakan idea nie kat ex-boss dan akan dibincangkan dengan penolong pengarah tentang perkara nie.. 

Akhirnya, kami berjaya untuk hasilkan blog library, dengan pemantauan daripada unit ICT, tapi seratus peratus design dan susun atur di dalamnya adalah daripada saya sendiri.. Bayangkan dengan tak tahu apa-apa coding blog, main try and error jea masa tue... hihihihi akhirnya saya dapat siapkan blog library dalam masa sebulan...  






Hihihi tengok lah mula-mula buat blog, masa tue saya jumpa widget yang comel-comel.. Ada yang ingat tak widget-widget yang comel tue, macam jam, banner yang bergerak-gerak.. ? 

Akhirnya seiring dengan peredaran masa, blog library kini telah naiktaraf untuk menjadi lebih korporat, so takdelah widget-widget tue.. Bila dah selesai create blog, saya pun ditambah tugasan dalam SKT saya, iaitu mencari keratan akhbar dan upload di dalam blog library..

Wah, panjang pulak citer lain padahal tajuk citer lain...Hihihi

Okey, memandangkan saya masih lagi BDR, saya ditugaskan untuk membuat video pendek dan upload di dalam Youtube channel libary kami... Oh ya..! Sedikit sejarah, channel library nie baru create pada awal tahun nie... Jadi, sudi-sudikanlah subscribe channel library kami nie yea... 


Kali nie, saya dapat siapkan 8 video pendek, yang berkongsi pelbagai tips..









Okey tak...? Saya tak berapa kreatif sangat nak edit, so nielah jea yang mampu buat.. Saya create video nie menggunakan CANVA... Kat situ ada macam-macam lagi design yang boleh awak buat, macam nak buat resume, label, Youtube video, flashcard dan macam-macam lagi.. 

Esok, saya akan masuk ke pejabat sekejap untuk mengambil keratan akhbar untuk tugasan seterusnya...

Jaga diri semua..  


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



18 comments

  1. Bagus guna cara baru untuk simpan keratan akhbar.
    Pengalaman untuk Shida buat video pendek untuk YouTube.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih.. 😊saya cuba yang terbaik..

      Delete
  3. tahniah kak
    nnti rabia tgk video pendek kak buat tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Rabia.. nanti jangan lupa subscribe yea..

      Delete
  4. wah tahniah kak shikin! memang terbaik lah dapat siapkan 8 video pendek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😊Terima kasih AO.. hihi pening jugak nak fikir design satu² slide tue😂

      Delete
  5. Menarik video nya.. byk juga tu 8 video..

    ReplyDelete
  6. Seronok kan Shida kalau kerja tu memang kita minat. Tahniah Shida berjaya siapkan sampai 8 video. Moga makin mahir. Selamat menjalankan tugas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi tadi kak NA pun salah bagi nama.. nama saya Shikin kak Salbiah..😅

      Delete
  7. Banyaknyaaaa video kena buat! Saya nak buat 1 pun pening tau kak shikin hahaha >.<
    Nanti saya tengok video videonya kak shikin :)

    ReplyDelete
  8. Ohh patut la saya tengok story whastapp kak ikin dok scan newspaper.

    Alhamdulillah semoga usaha dan hasil tangan kak ikin ni akan diguna sampai bila-bila. Bestnyaaa dapat curah idea bernas.

    Widget2 comel! Mesti lah ingat haha. siap letak lagu lagi dalam blog. kemahinnn kikiki

    ReplyDelete
  9. 8 video sekali? Mau juling mata.. Haha Tahniah kak. Pat yourself sebab dah berjaya buat. Heee bangga pulak rasa. Haha

    ReplyDelete
  10. Oh buat video pakai canva? Kreatif! Tak pernah terfikir untuk buat video di Canva. Boleh try nanti!

    Hehe zaman2 widget comel.. buka blog ada salji turun, ada lagu2.. kemain dulu kan...

    ReplyDelete
  11. Mama x reti Canva tapi boleh try nanti.mahir shikin buat video

    ReplyDelete
  12. All the best kak shikin. always asah bakat yang ada hee

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧