14 cara untuk mencipta bahagia dalam kehidupan

11:12 AM


Assalamualaikum wbt,
Camne kita  merasa bahagia dan kebahagiaan yang camne yang kita cari selama ini? Bahagia bersama keluarga, kawan-kawan atau bahagia bila melihat anak-anak kita membesar ataupun bahagia bila dapat memberi kebahagiaan kepada orang yang disayangi. Malah memang tak dinafikan setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk mencipta dan mencari kebahagiaan.

Jadi, saya nak berkongsi tips camne nak mencipta bahagia dan semoga ianya dapat memberi ilham kepada awak yang sedang mencari kebahagiaan hidup..

Memberi – Awak yang sua memberi adalah adalah awak yang suka membahagikan kebahagiaan. Bukan sekadar memberi dalam bentuk material tapi juga bersedia untuk meluangkan masa, ambik berat dan mempunyai rasa hormat pada orang lain.

Jujur – Bersikap jujur bukan sekadar mengatakan perkara yang betul tapi berusaha untuk tak berbohong pada diri sendiri ataupun pada orang lain.

Maaf – Semua orang tak sempurna. Semua orang mempunyai kekurangan dan pernah melakukan kesalahan. Jadi, mulai hari ini, cuba untuk berhenti menyalahkan diri dan cuba untuk memaafkan diri sendiri.

Diam dan dengar – Bila orang memperkatakan sesuatu tentang kita terutama perkara yang mengaibkan kita, dah tentu akan timbul perasaan marah dan tak puas hati dalam diri kita. Adalah lebih baik kita diam dan renungkan kembali apa yang diperkatakan oleh mereka agar kita dapat menjadi lebih baik.

Seimbang – Keseimbangan adalah kunci kepada kehidupan untuk kita merasa tenang dan bahagia. Janganlah kita lakukan perkara yang berlebihan dan jangan sampai berkurangan.

Kekuatan – Setiap manusia mempunyai dugaan hidup masing-masing dan terserah pada diri kita untuk tersenyum di saat menghadapi dugaan ini. Namun, kita perlu kuat dan percara apa yang berlaku pada diri kita akan berlalu daripada kehidupan. Dengan kekuatan inilah yang membuatkan ada yang merasa bahagia dan yakin bahawa esok akan menjadi lebih baik.

Tidak tergesa-gesa – Kadang kala terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan dan mengharapkan perkara yang kita lakukan itu akan berjaya. Namun, tak semua yang diharapkan itu akan menjadi kenyataan sehingga menimbulkan sakit hati. Jadi cubalah berusaha untuk menjadi lebih ikhlas dan bersederhana.

Berehat seketika – Kita berlari laju untuk menuju matlamat yang diinginkan. Jangan tergopoh gapah, berehatlah seketika dan bukan terus berhenti berlari.

Bersyukur – Bersyukurlah dengan apa yang ada miliki sekarang ini kerana belum tentu orang lain dapat lebih baik daripada apa yang yang kita miliki sekarang.

Percaya – Percaya dan jangan mudah putus asa. Kehidupan yang dilalui tak sesukar yang yang awak bayangkan. Sokongan keluarga dan rakan-rakan sekeliling membantu kita untuk  terus berdiri kukuh.

Menyanyi – Ia perkara yang mudah untuk membuatkan kita bahagia. Pilihlah lagu-lagu yang menyenangkan dan dapat meningkatkan rasa percaya diri. Menurut Dr. Reid Wilson, penulis buku Don’t Panic : Taking Control Of Anxiety Attacks, menyanyilah dengan suara yang keras untuk membolehkan kita melupakan masalah yang dihadapi.

Bergerak aktif – Duduk dalam bilik tidur sepanjang hari dengan melayari laman sosial akan membuatkan kita tak produktif. Ini kerana kita hanya melihat kebahagiaan orang lain melalui laman sosial, sedangkan kita berhak untuk mendapat kebahagiaan lebih daripada itu. Cubalah untuk bergerak dengan membersihkan rumah ataupun mengubah kedudukan perabot dalam rumah. Seseorang yang berpeluh lebih mudah melepaskan tekanan dan bahagia berbanding seseorang yang malas.

Bersama dengan orang tersayang – Luangkan masa bersama keluarga adalah salah satu sumber kebahagiaan kita. Tak perlu kita mencari kebahagiaan dengan melancong ke luar negara tapi cukup dengan memasak bersama ibu atau mengimbau kembali kenangan lama bersama dengan orang yang dicintai.

Tersenyum – Satu penelitian daripada University Of Wisconsin mengatakan seseorang yang sentiasa tersenyum akan menghilangkan emosi negative, menghilangkan rasa cemas dan membuatkan kita menjadi cantik secara semula jadi.


Semoga tips ini akan membantu kita semua untuk mencipta kebahagiaan yang kita cari selama ini.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

1 lovely notes

  1. Betul tu.. Tp apa yg penting kena saling memaafkan. Baru rasa tenang je hidup..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators