Suasana hari raya...

Wednesday, July 13, 2016

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala kerja-kerja amalan 5S dah selesai dan kini kitorang masih menunggu keputusan final..harap2 biarlah dapat persijilan 5S tue, dah tak larat dah rasanya nak buat kerja-kerja sampingan nie...


Okey, hari nie saya nak kongsi sikit tentang beraya di negeri kelahiran saya kerana tahun nie adalah merupakan giliran kampung saya untuk beraya.. Biasalah awak, adat berkahwin dengan orang berlainan negeri, kena saling tolak ansur dalam bab yang 'sensitif' nie kan, bab nie Alhamdulillah syukur kami suami isteri takde adegan 'tarik menarik rambut' atau bergusti atau laptalitamplom untuk menentukan di kampung mana kami kena beraya...hehehehehe


Okey, mula2 saya nak cerita pada hari Selasa 5hb lepas sebab masa tue saya dah start cuti dah, cuma saya menunggu adik bongsu untuk ambik halfday balik ke kampung.. Pada malam sebelumnya, kami sempat berbuka puasa di Wangsa Walk, Setapak kerana adik nak beli kerongsang (katanya..)Tiba-tiba hati nie teringin nak pakai cincin bersadur emas korea, dan akhirnya tersarunglah di jariku ini.. hihi terima kasih hubby...



Sempat welfie dengan hubby..

Kemudian kami berjumpa dengan Pak Long hubby di Uptown Cheras, kami terlupa yang solat terawih habis dalam pukul 11 malam.. dan sebagai ganti masa yang terbuang, Pak Long ajak kami makan malam (supper + sahur) di Restoran Al-Rawsha Ampang... Tapi kami tak pergi berempat saja, malah datuk sedara hubby pun datang join untuk makan nasi arab nie, memang sedap.. Kami order nasi arab dalam satu dulang, dengan isi kambing dan ayam yang menyelerakan... tapi tak habis pun kami makan, walhal ada 7 orang tue makan... huhuhu adik saya yang tak pernah makan selewat tue, cuma geleng kepala sambil membebel, katanya seumur hidupnya dia tak pernah makan sebegini banyak... hehehe nasib kau la, dik... 



Al-Rawsha Middle Eastern Food in Kampung Pandan

Nampak macam sikit kan, tapi banyak nie, 7 orang tak habis pun makan...
 
hubby sempat ambik gambar, yang kat belakang tue la adik bongsu saya...


Lepas adik habis kerja dalam pukul 12.30 tengahari, kami pun bergerak balik ke Kay Tee, nasib baik jalan tak berapa jemmed dan perjalanan kami lancar dan selesa.. Kami sempat singgah di R&R Temerloh untuk beli bekalan buka puasa, hubby memang suka makan ikan patin masak tempoyak, jadi hidangan tue menjadi menu utama kami untuk berbuka puasa, nak tahu kami berbuka di mana..? Iftar kami yang terakhir adalah di pantai Kemasik, Kemaman dan memang licin kami makan, yealah beli pun tak banyak...

Di hari raya pertama, mintak maaf yea sebab memang tak ambik gambar family, sebab masing-masing sibuk nak pergi rumah terbuka anjuran mak dan pak sedara kami.. Dan lagi satu, sepupu saya nak kawin pada hari raya keempat, jadi kami semua dikerah untuk membuat persiapan majlis perkahwinan tue nanti.. 


Di hari raya kedua, hubby berpakat dengan ipar duai untuk buat BBQ di belakang rumah kami, bayangkan dengan suasana kilat dan guruh, kami gigih untuk buat BBQ.. Halangan yang pertama adalah untuk menyalakan bara api, makk aii dekat satu jam nak nyalakan, baru berjaya... 




Halangan kedua adalah, tangan-tangan si pembakar BBQ nie, bakar sikit, lepas tue makan...huhuhu bakar punya bakar sampai hangus hotdog kami, tapi walaupun hangus, sedap rasanya... hehehe



Welfie dengan adik bongsu a.k.a. nurse gigi





Inilah menu BBQ kami... 

Kan... nampak aje hangus tapi isi dalamnya sedap.. betullah kata orang, jangan pandang pada luaran saja...






Ayam bakar nie ada 3 perisa, perisa BBQ biasa, perisa BBQ madu dan perisa BBQ madu + bawang putih...


Haa...mesti awak terkejut kan, perisa BBQ madu + bawang putih...? hihi sebenarnya idea nie asalnya batang serai yang direndam dengan minyak masak untuk disalut pada daging ayam dan hotdog, hubby pulak suruh letak sikit bawang putih dalam minyak masak tue, jadi terhasillah perisa BBQ madu + bawang putih... Itulah aktiviti kami pada hari raya kedua...


Hari raya ketiga, kami pergi ke Kuala Berang untuk membuat persiapan majlis perkahwinan sepupu tapi tak banyak yang perlu dibuat, jadi saya dan hubby ambik kesempatan untuk singgah di rumah mak angkat saya yang dah lama tak berjumpa, lagipun saya nak perkenalkan hubby pada mereka.. Yealah, nie first time hubby beraya di Terengganu dan kebanyakan orang kampung masih belum mengetahui status baru saya nie.. 


Hari raya keempat, hari terakhir kami di bumi Kay Tee kerana tuntutan kerjaya dan kehidupan memaksa kami pulang ke destinasi masing2.. Hari tue juga sepupu saya Sharifah Zaidah Binti Syed Yasin telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada pukul 9 pagi dan majlis berjalan dengan lancar.. 



Nasib baik ada adik sepupu yang boleh jadi pengapit.. Saya pulak ditugaskan untuk menyambut kedatangan dari rombongan pihak lelaki...

Oh ya..! Kalau awak nak tahu, rumah sepupu saya nie bersebelahan dengan sungai Kuala Berang, Kampung Buluh... jadi bila nampak saja air yang begitu cantik dan sesuai untuk mandi, apa lagi.., selesai saja majlis perkahwinan, kami sepupu sepapat pergi terjun sungai untuk bermandi manda... hahahaha lawak kan... orang lain masih berada dalam mood raya, kami pulak pergi berendam dalam sungai.. Sampai ummie saya membebel2 dan geleng kepala melihat telatah kami suami isteri.. Ummie saya cakap, dahlah kami nak balik ke Sepang pada hari nie, pastu terjun pulak dalam sungai, tak letih ke..? hehehehe.. 






Tengok, macam2 gaya sepupu sepapat berenang dan memanjat, dah macam tarzan...

Haa..Tue la citer saya di hari raya, tapi maaflah gambar hari raya memang takde, sebab masing2 bizi dan terlupa untuk ambik gambar...


Jaa nee..


3 comments

  1. Selamat hari Raya... Maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  2. CikLa Shahril : Selamat hari raya CikLa, maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya.. singgah sini..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧