Cerita di hari Khamis

Thursday, October 23, 2014




Salam ceria di hari Khamis...
Well, sekarang berbalik pada realiti yang sebenar dan bermulalah semula tugas saya yang biasa... Rasa macam pelik sikit nak bekerja disebabkan kita dah bercuti semalam, pelik tue maksud saya macam Monday blues yang selalu saya alami, hehehe tapi mana boleh bermalas-malasan lagi kan...


Hari nie lengkaplah LNPT dan SKT saya dan telah siap dihantar untuk dinilai, awak suma dah siap ke buat LNPT? Baik buat sekarang sebab masa nie line HRMIS masih lagi lancar, nanti bila dah busy nanti terkial-kial pulak... HRMIS nie rasanya semua staf government yang pakai kan, jadi lebih kurang 2 juta orang lah yang memerlukan khidmat HRMIS, satu line yang amat2 busy sekali... Saya pun ada cabaran jugak buat HRMIS nie, bayangkanlah daripada pukul 9am tadi sampailah 3.46pm baru siap diisi, tuepun jenuh jugak nak key in dan save satu persatu,kalu tak suma yang saya buat tue akan hilang, sedih dan geram hanya Allah saja yang tahu... Lepas nie saya takyah nak pening kepala lagi nak buat LNPT dan SKT lagi dah, cuma tumpukan perhatian pada kerja saja, Alhamdulillah...


Kita sedang menghampiri pengakhiran bulan Oktober dan pada hari Sabtu nie, bermulalah tahun baru buat kita semua...So apakah matlamat hidup awak pada tahun depan? Dan apakah yang telah dicapai oleh kita pada tahun nie? Hehehe dah macam pakar motivasi plak kan, yealah tue,...”Pakar motivasi” la sangat... Hmmm, sekarang nie kat laman sosial tengah kecoh pasal kempen “I want touch a dog” yang menjadi perbualan hangat di kalangan kita, well...macam saya cakap dululah, saya taknak komen apa-apa...terpulang pada empunya kita nak komen camne, sebab saya pun kurang arif sangat dalam ilmu agama, cuma sedikit terkilan bila ada di kalangan kita yang tidak mengendahkan nasihat dan teguran daripada para ulama... Kita yang mempunyai kekurangan ilmu agama, kenalah dengar dan minta pendapat pada orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi supaya kita tak tersasar daripada jalan yang sebenar... Ntahlah saya pun tak faham dengan sikap segelintir manusia...

 
Lepas tue, citer pasal kemalangan superbike yang berlaku di Highway Karak baru2 nie, memang sedih rasanya, walaupun mangsa kemalangan tidak ada kena mengena dengan saya...Dengar citer, sikap orang-orang kita yang tidak memberi signal untuk masuk side jalan yang menyebabkan kemalangan dan kematian... Yang nie memang betul sebab saya pun selalu alami perkara sebegini... Sikap segelintir orang-orang kita yang tak bagi signal memang sesuatu yang menyusahkan orang lain, disebabkan nak elak daripada dia melanggar kita, tanpa sedar kita pun akan menyebabkan orang lain akan trbabit sama... Saya pun nyaris2 jugaklah nak alami kemalangan disebabkan nak elak kereta daripada bertembung akibat secara tiba-tiba dia menukar laluan tanpa beri signal...











Okeylah, setakat nie dulu nukilan saya... Pada keluarga mangsa kemalangan, saya ucapkan takziah kepada anda semua dan semoga anda tabah untuk menghadapi dugaan ini... Jaa mata nee...

Starlavenderluna



Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧