Assalamualaikum wbt… Laparnya rasa perut nie..! Nak keluar rasa macam malas sangat sebab nak kena tukar baju, pakai mekap sikit-sikit (hihihi) … Setelah bermain-main tarik tali antara hati dan otak, mulalah bersiap-siap, barulah keluar rumah, itu belum lagi nak menghadap trafik sesak atau andai kata minyak kereta hampir nak kering, dah nak kena pergi ke stesen minyak pulak..
Kalau tak ramai orang, cepatlah isi minyaknya, kalu tak, kena beratur dulu sebelum giliran kita untuk isi minyak sampai.. Lepas isi minyak tue, barulah kita mula perjalanan untuk mengisi perut yang kosong tapi bila dah sampai kedai, kena cari parking yang ada masanya memang susah dapat parking nak-nak bila cuti hari Sabtu dan Ahad.. Memang kena tunggulah parking kosong dulu sebab ramai yang keluar makan bersama-sama dengan orang tersayang…
Bila dah jumpa parking, nak kena cari kedai pulak, sebabnya duk fikir nak makan apa, bila dah jumpa kedai, kalau ada tempat duduk, kira okeylah, tapi bila kena beratur tunggu turn nak masuk restoran atau kedai tue, buang masa lagi… Dah dapat tempat, barulah ambik order tapi nak kena tunggu order pulak, kalau kedai tue tak ramai orang, jadi apa yang kita order akan sampai dengan cepat.. Kalau ramai orang kat dalam kedai tue, hurmmm kenalah tunggu yang kadang-kadang ambik masa yang agak lama… Adoiii buang masa betullah..
Tapi kan, zaman sekarang kan dah canggih, main tekan-tekan jea kat handphone…
So, apa lagi download la aplikasi order makanan iaitu aplikasi FoodPanda… Kat dalam aplikasi nie memang macam-macam yang kita boleh order makanan, lepas tue ada pulak servis penghantaran zassss sampai ke pintu rumah kita..
Terdapat Pelbagai Menu Western Yang Menyelerakan
Pilihan makanan saya bila order dari sini semestinya Western food seperti pasta, spaghetti, chicken chop, buttermilk chicken, beefsteak dan macam-macam lagi... Menu yang menyelerakan, maklumlah tekak omputih la katakan, hihihi… tak caya? Cuba tengok antara menu Western oleh restoran-restoran sekitar Kuala Lumpur yang nampak begitu menyelerakan ni…
Banyak Betul Pilihan Makanan Halal Yang Awesome
Dan Sedap Di Kuala Lumpur
Dan Sedap Di Kuala Lumpur
So, bila dah ada pilihan menu, kita pun tekan-tekan la kat button order, siap dengan harga makanan dan caj delivery lagi.. Jadi, siap-siapkan la duit secukupnya dan hanya tunggu rider dari FoodPanda Malaysia Delivery sampai ke rumah.. Sebenarnya, kat Kuala Lumpur nie, memang banyak pilihan menu Western dan ada sesetengahnya telah dinyatakan samada menu Western nie merupakan makanan halal bagi Muslim ataupun tidak..
Jadi senanglah kita buat pilihan pada menu makanan tanpa ada rasa was-was.. Harga untuk makanan Western pun boleh dikatakan mampu makan berserta dengan caj delivery.. Jadi, senanglah untuk pada sesiapa yang rasa malas nak masak masakan Western dan rasa macam malas nak keluar dari rumah disebabkan cuaca yang tak menentu sekarang...
Tapi macam saya sebut tadi, tekak aje tekak omputih, nak masak tue la yang malas… Nak pergi ke kedai, memang boleh tapi bila tahap kemalasan nie melanda diri, tue yang rasa nak order dari FoodPanda nie.. Senang pun senang, sekurang-kurangnya kita dapat bersantai di rumah dengan menikmati makanan yang telah di order..
Bila ziarah rumah adik di Kuala Lumpur, ada masanya kami order makanan daripada FoodPanda Malaysia Delivery jugak dan semestinya makanan Western Food Near Me menjadi pilihan. Bukannya apa, kadang-kadang bosan jugak asyik makan nasik jea kan.. Yealah, kami nie memang suka duduk di rumah jea, lebih-lebih lagi masing-masing berkerjaya dan masa-masa cutilah nie la kami nak rehat secukupnya..
Sememangnya FoodPanda menjadi pilihan saya di masa kini, senang dan mudah untuk dapat menu makanan dan minuman yang kita inginkan dan betullah orang cakap Malaysia adalah syurga makanan..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada awak semua.. Dan saya nak ucapkan bebanyak terima kasih pada awak semua kerana masih lagi sudi singgah ke jurnal saya nie... Walaupun kini saya dah jarang untuk update jurnal tapi Insha Allah saya akan teruskan untuk berkongsi ilmu pada awak semua...
Okey, macam biasa, setiap bulan saya akan umumkan siapa yang berjaya menduduki takhta Top Commentator.. Dan TAHNIAH kepada 10 orang yang terpilih...
Saya nak ucapkan Selamat Kembali kepada Aienienka, kak I am LZ, Warisan Petani, Sayidah Napisah, Shfyqhazhr dan kak Sha Mohamed dan memandangkan kesemua Top Commentator pada bulan nie adalah pemenang Top yang lepas, saya terpaksa guna khidmat Encik Random.Org untuk mengundi siapakah yang bertuah yang akan menerima saguhati dan orang itu adalah Kak Sha Mohamed.. Undian ini adalah berdasarkan pada nombor Top Commentator tue yea..
Macam biasa jugak, kesemua Top Commentator pada bulan ini, akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 31 Januari 2020.. TAHNIAH sekali lagi... Dan pada yang tak bertuah tue, jangan risau, Insha Allah mungkin di bulan depan, mana tau rezeki awak pulak yang menduduki carta saya kan..
Assalamualaikum wbt..
Dah lama rasanya saya tak join giveaway daripada rakan-rakan blogger... So, di tahun baru nie, saya join giveaway daripada rakan blogger yang paling saya sayang, iaitu Mamapipie.. Tarikh akhir giveaway ini akan berakhir pada 31 Januari 2020..
Kepada Mamapipie, saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir untuk Mama... Semoga Mama dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi Mama sekeluarga... So, untuk hadiah giveaway tue, saya nak pilih No.3 (hopefully ada rezeki untuk saya, hihihi)
So, pada awak yang nak join GA nie, bolehlah klik pada banner kat atas kerana ianya telah di backlink ke link GA ini..
Best of luck...
Dah lama rasanya saya tak join giveaway daripada rakan-rakan blogger... So, di tahun baru nie, saya join giveaway daripada rakan blogger yang paling saya sayang, iaitu Mamapipie.. Tarikh akhir giveaway ini akan berakhir pada 31 Januari 2020..
Kepada Mamapipie, saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir untuk Mama... Semoga Mama dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi Mama sekeluarga... So, untuk hadiah giveaway tue, saya nak pilih No.3 (hopefully ada rezeki untuk saya, hihihi)
So, pada awak yang nak join GA nie, bolehlah klik pada banner kat atas kerana ianya telah di backlink ke link GA ini..
Best of luck...
Subscribe to:
Posts (Atom)










Social Icons