Task untuk BDR | Hasilkan video untuk library

Sunday, June 06, 2021


Assalamualaikum wbt...
Tengok pada tajuk cerita saya mesti awak dah bayangkan betapa sibuknya diri ini... hihihi okey nak dijadikan cerita....

Sebenarnya saya mula BDR atau istilah panjangnya 'Bekerja Dari Rumah' pada 18hb Mei yang lalu.. Pada mulanya saya mula BDR selang sehari dengan BDP a.k.a. 'Bekerja Dari Pejabat'... Kemudian pada 28hb Mei, diumumkan total lockdown dan semua pekerja sektor awam mula BDR 80 peratus.. 

Apabila dah diumum, maka jadual kami pun berubah dan bermulalah BDR kami hingga 14 Jun ini... So, bila BDR akan adalah task yang perlu kami buat semasa BDR... bukan duk saja-saja jea yea..

First step, saya siapkan task keratan akhbar dan dimasukkan dalam blog library... Memandangkan banyak jugak keratan akhbar yang sempat saya ambik sebelum BDR, so agak banyak kerja jugaklah nak edit semula keratan akhbar, bermula crop picture hinggalah edit ke dalam blog library...

Second step, saya pun mulakan task untuk hasilkan video untuk library... Ada 3 jenis video yang saya hasilkan dan telah dimasukkan dalam youtube channel library JBPM kami... 

Tajuk yang pertama adalah Tips Penjagaan Dan Pengurusan Buku




Tajuk yang kedua adalah Tips Tabiat Membaca Di Rumah


Dan tajuk yang ketiga yang saya hasilkan adalah Tip Kedudukan Membaca


Sebenarnya ada lagi 5 video yang saya perlu siapkan dan masih lagi dalam pemprosesan untuk penghasilan video... Nanti saya upload dalam channel kami yea... 

So, pada awak suma, sudi²kan lah subscribe channel library dan jangan lupa jugak channel Shikin Razali yea.. hihihi 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



15 comments

  1. Busy betul tu kak shikin, banyak jugak video kena buat ya >.<
    Apa apa pun selamat bekerja kak shikin!
    Nanti kita subscribe channel library :)

    ReplyDelete
  2. bz dpd BDP ni shikin.. shikin buat video guna apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea kak.. memang bz sikit, saya guna aplikasi canva.com kak untuk hasilkan video nie...

      Delete
    2. Wah boleh buat video dari Canva rupanya.. ingatkan untuk gambae saja...

      Delete
  3. waaa busy ya akak...good job, comel2 videonya. Stay safe, rinduuuuu akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi terima kasih Mai.. And thanks for subscribe channel akak.. rindu awak jugak Mai..

      Delete
  4. Terisi masa Shikin dengan kerja-kerja berkitan video. Harap gembira ketika laksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak.. memang happy sangat-sangat bila ianya menjadi.. saya pun tak berapa pandai sangat nak buat video, baru nak belajar..

      Delete
  5. okay juga dah tahu task ape nk dibuat time BDR..
    shida lgsg xde huhuuu..fikirlah sendiri nk buat ape dlu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi nie fikir sendiri jea Shida.. Pening jugak nak fikir task apa yang nak kena buat di rumah, memandangkan saya duk dalam library.. Suma keja melibatkan buku tak boleh bawak balik ke rumah disebabkan terlalu berat, so kena cari solution lain..

      Delete
  6. Moga semua urusan Shikin dalam menyiapkan baki video berjalan lancar.

    ReplyDelete
  7. Semoga semuanya berjalan lancar untuk Shikin..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧