Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1

Monday, June 21, 2021

Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1

Assalamualaikum wbt..
Gajet dapur nie sebenarnya dah lama saya nak beli... Memandangkan microwave saya telah lama rosak, saya nak ganti dengan yang baru... Tambahan pulak, masa tue, tiba waktu bulan Ramadhan, jadi saya perlukan microwave  bagi menjimatkan masa saya untuk panaskan lauk... hihihi

Lepas tue, masa saya bersembang dengan member opis, maka terkeluarlah bab cerita saya nak beli air fryer sebagai gajet dapur saya yang baru.. Dia pun cakaplah dengan saya, daripada saya beli air fryer semata-mata, lebih baik cari gajet dapur yang 3 dalam 1 iaitu air fryer oven... 

So, saya pun godek-godeklah kat shopee dan akhirnya saya telah jumpa yang sesuai...

Inilah dia gajet dapur saya, Giselle Air Fryer Oven...

Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1

Apa yang menariknya gajet nie...?

Spesifikasi gajet dapur ini adalah ianya mempunyai kapasiti 23L yang boleh memuatkan seekor ayam.. Menariknya di sini adalah gajet ini mempunyai 10 butang fungsi pelbagai guna iaitu  :-

  • French Fry
  • Bagel
  • Rotisseries
  • Air Broil
  • Air Roast
  • Pizza
  • Toast
  • Bake
  • Warm
  • Dehyhrate
Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1

Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1


Gajet nie terlalu senang untuk digunakan sebabnya setiap butang nie ianya telah disetkan masa dan jugak suhu.. Sebagai contoh, kalau awak nak goreng kentang, cuma pusingkan butang function tue.. Kemudian, tekan butang start dan awak tunggulah sehingga kentang itu masak.. Fungsinya sama dengan air fryer yang biasa tue...

Kalau nak panaskan lauk pun boleh, cuma pusingkan butang function dan setkan kepada fungsi gambar pizza, awak dah boleh panaskan lauk, yang sama fungsi dengan microwave...

Nak buat buah-buahan kering...? Giselle Air Fryer Oven nie pun boleh buatkan untuk awak... Cuma pusingkan butang function fruits, awak dah boleh buat buah-buahan kering... 

Nak defrost produk beku pun boleh jugak... Cuma pusingkan butang function defrost tue..

Nak tengok progress samada makanan tue dah masak ke belum..? Awak tekan jea butang mentol yang berada di bawah butang start tue, menariknya di sini adalah lampu ini akan menyala dalam tempoh satu minit sebelum ianya terpadam secara automatik.. 

Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1

Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1


Saya penah cuba untuk masak ayam bakar, dan hasilnya memang sedap... hihihi memudahkan kerja saya dan yang paling penting, tak perlu lagi nak tunggu samada ayam tue terkurang masak atau terlebih masak... 

Nampak sedapkan...

Harga sebuah air fryer oven nie adalah RM799.00, dan ini belum termasuk aksesorinya.. Sebenarnya kalau ikutkan aksesori yang sedia ada dah mencukupi tapi saya tambah lagi dua aksesori iaitu rolling cage with rotisseries dan fish cage.. Kegunaan rolling cage nie amat sesuai untuk masak buah-buahan kering ataupun nak panggang kekacang... Fish cage pula boleh digunakan untuk masak ikang goreng, kepak ayam madu, ataupun makanan laut goreng...

Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1

Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1

Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1

Giselle Air Fryer Oven | Gajet dapur yang mudah 10 dalam 1
 

Video yang saya paparkan ini adalah cara bagaimana masak fries...



Senang kan gajet dapur nie.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



19 comments

  1. First time tahu wujudnya air fryer oven. Menarik ni.

    ReplyDelete
  2. Saya pun tengah survey tentang air fryer oven ni. Rasa macam nak grab satu.

    ReplyDelete
  3. Mantap.. Lepas ni sudah boleh buat pelbagai jenis menu makanan..

    ReplyDelete
  4. sekarang ni perasan air fryer jenis oven plak kan,, menarik ni shikin. kwani pun berkenan tapi air fryer yang biasa ni pon rasa mcm lama x panaskan hii

    ReplyDelete
  5. wah first time dengar pasal gajet ni... menarik laa..
    Maybe ada rezeki bole gak cari :)

    ReplyDelete
  6. Waaa menariknya air fryer nerangkap oven

    ReplyDelete
  7. Air fryer oven ye, first time dengar!
    Kreatif jugakkk air fryer oven ni

    ReplyDelete
  8. Dalam pemerhatian jugak ni. tengok fikir kegunaan dia. Haha sbb oven dah ada.

    ReplyDelete
  9. Alaa baru tau ada air fryer oven. Macam best pulak functionnya 🥰

    ReplyDelete
  10. menarik, shikin.
    tapi tu la. akak da ada semua gajet.
    kang beli yg ni, mcm bazir.
    tapi nice sgt la, Kin. comel.
    dan byk fungsi. terbaik. all in one.

    ReplyDelete
  11. bestnya..menarik..giselle shida sempat grab pressure cooker dgn air fryer je..

    ReplyDelete
  12. Menarik lah AF ni semua masakan boleh dibuat

    ReplyDelete
  13. wowww! Bestnya guna yang ni sebab ada banyak fungsi dalam satu produk. Makin rajin la akak baking lepasni hehe

    ReplyDelete
  14. senang nya..semua all in 1..nasib baik kat umah dh ada air fryer kalo tak dh rembat 1..haha

    ReplyDelete
  15. wah!! ni menariknyaaaa. harga dia ponn. kenaaa simpan duit lebih ni.. :)

    ReplyDelete
  16. Best ruang air fryer ni dari yg biasa

    ReplyDelete
  17. Menarik air fryer oven ni. Banyak fungsi dengan satu produk saja

    ReplyDelete
  18. Menarikk dan mudahhh gunaa air fryer ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧