3 laluan kereta api yang bahaya di dunia

4:13 PM

Assalamualaikum wbt..
Selain daripada laluan jalan raya, laluan darat yang sering kali menjadi pilihan kita adalah dengan menggunakan kereta api kerana lebih dipercayai jalan yang paling selamat untuk sesebuah perjalanan. 

TAPI..

Awak tau tak, kat dalam dunia nie, ada laluan kereta api yang agak berbahaya untuk dilalui tapi masih digunapakai sehingga sekarang. Pada yang sesiapa yang sukakan cabaran, mungkin inilah laluan kereta api yang awak boleh cuba untuk merasai cabarannya.. 

Jom kita tengok kat mana laluan kereta api yang marabahaya tue... 


Kuranda Scenic, Australia - Laluan ini cukup terkenal dengan pemandangan yang begitu indah iaitu antara laluan Kuranda Scenic Railway yang menghubungkan Cairns dan Kuranda di Queensland. Laluan yang menakutkan ini adalah sepanjang 37 kilometer yang melalui 15 terowong, 93 selekoh tajam dan 40 jambatan yang melepasi tebing dan air terjun. Apa yang lebih menyeronokkan adalah apabila terdapat air terjun yang melintasi laluan in sehingga ada yang terpercik pada para penumpang. Hanya mereka yang sukakan pada sesuatu yang ekstrem sahaja yang akan dapat merasai pengalaman indah menerusi laluan ini.


Death Railway - Laluan kereta api berbahaya ini dibina dengan hasil titik peluh dan darah pada tawanan perang dan pekerja tempatan semasa Perang Dunia Kedua di bawah pemerintahan Tentera Jepun ketika itu. Laluan ini menghubungkan dua negara iaitu bermula daripada Bangkok, Thailand sehinggalah ke Rangoon, Myanmar. Setiap hari kereta api ini akan membawa penumpang melalui laluan sambil ditemani landskap yang menggerunkan. Laluan ini juga sering kali mendapat gelaran laluan kereta api yang paling berbahaya di dunia.


White Pass dan Yukon Route, Amerika Syarikat - Laluan kereta api yang dibina untuk menghubungkan Alaska dan Kanada ini dikenali dengan nama White Pass dan Yukon Route adalah laluan sejauh 177 kilometer. Rata-rata pelancong yang berani dan berjiwa kental saja akan memilih untuk melalui laluan ini kerana selain dengan pemandangan landskap yang cantik, laluan ini juga menawarkan perjalanan yang penuh dengan trek tinggi, selekoh tajam dan latar belakang yang sudah tentu sangat menyeramkan. Terdapt beberapa jambatan di laluan ini mencapai ketinggian hampir 1,000 meter, tapi penumpang tetap nak melalui laluan ini kerana ingin menikmati pemandangan landskap antara Alaska dan Kanada. Laluan ini cukup berbahaya dan ini telah dibuktikan pada tahun 2014, kereta api ini pernah tergelincir daripada landasan dan telah menyebabkan 19 orang penumpang telah tercedera. Sebelum itu, pada tahun 2006 pula, kecelakaan serius telah menimpa seorang pekerja sehingga menyebabkan kematian...

Bagaimana..? Nak merasai cabaran laluan kereta api yang super duper marabahaya, cubalah cari tempat-tempat ini... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal


You Might Also Like

11 lovely notes

  1. Boleh juga cuba. Rasanya tidak akan tertidur.

    ReplyDelete
  2. alamak amat menakutkan mam takkan naik keretapi tempat mengerikan tu

    ReplyDelete
  3. hanya yg berjiwa kental berani melakukannya....

    ReplyDelete
  4. huaaa... klu naik mmg tak tgk luar dah.. duduk dlm tdor jaaa

    ReplyDelete
  5. Naik roller coaster yg cuma 2-3 minit tu pun rasa mcm 2-3 inikan pulak laluan mcm ni. Memang taklah ammi nak naik.

    ReplyDelete
  6. shida kalau naik pun..dalam hati mesti kate cepatlah smpai hahaa... ^_^

    ReplyDelete
  7. wah menarik..tapi menakutkan..haha

    ReplyDelete
  8. Wahh teringin nak cuba.. macam best walaupun macam seram

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators