10 tempat paling misteri di dunia...
4:04 PMAssalamualaikum...Awak tau tak kat dalam dunia nie terlalu banyak misteri yang belum terungkai oleh para pengkaji dan banyak benda yang yang boleh kita pelajari (kebaikan) daripada tamdun terdahulu... Sisa tinggalan kota lama Machu Piccu, kota purba Petra di Jordan, Tembok Besar China, Taj Mahal India, bandar Mayan di Chichen Itza di Mexico adalah keajaiban dunia berikutan keunikan yang terdapat padanya. Sampai sekarang, binaan tue masih menjadi tanda tanya kepada para pengkaji bagaimana manusia di zaman tue boleh buat binaan yang sampai sekarang masih kukuh lagi...
Tue cerita mengenai salah satu tujuh keajaiban dunia, mungkin ada antara kita yang tak tahu mengenai kawasan misteri di dunia nie.. Misteri yang dikatakan ini bukanlah kerana rupa bentuknya tapi sebaliknya ianya fenomena alam luar biasa di kawasan ini. Jom kita tengok keindahan ciptaan Allah ini...
1) Air Terjun Berdarah Antartika
Terletak
di kawasan Taylor Glacier, Antartika, Blood Falls antara kawasan
misteri yang mengeluarkan cairan berwarna merah. Pengkaji glasier atau
glacoliogist serta mikrobiologist merumuskan bahawa punca air dari
lapisan glasier disebabkan oleh kewujudan tasik bawah glasier yang kaya
dengan sumber mineral jenis besi. Mineral besi berkenaan menyebabkan
sumber air berkenaan bertukar menjadi warna merah. Kajian terbaru di
kawasan berkenaan juga mendapati terdapat organisma mikro yang mendiami
396 meter di bawah lapisan glasier berkenaan.
2)Magnetic Hills, Moncton, Kanada
Dikenali
sebagai bukit magnet, Magnetic Hills antara kawasan misteri yang
menjadi tumpuan pelancongan di Kanada. Seperti namanya, fenomena alam
luar biasa di kawasan ini dikesan pada 1930 apabila sebuah kereta yang
berhenti di bawah bukit bergerak perlahan-lahan ke atas dalam keadaan
mengundur. Pengkaji mendapati ia ada kena mengena dengan tarikan magnet
kerana ia menarik kenderaan yang mempunyai kerangka besi atau objek
daripada besi, tapi tidak objek lain yang diperbuat daripada kayu atau
plastik. Namun bagaimana ia mampu menarik objek ke atas masih tidak
diketahui sehingga kini Pengunjung yang datang boleh menguji kesahihan
dengan meletakkan kenderaan di bahagian laluan paling bawah bukit dan
membiarkan kenderaan tanpa kedudukan membrek dan enjin dimatikan.
3) Eternal Flame Falls, Orchard Park, New York USA
Terletak
di kawasan Pemuliharaan Shale Creek pengunjung boleh melihat semburan
api yang membakar di celah air terjun di Orchard Park. Kajian ahli
geologi mendapati gas metana seberat 1 kilogram menghembus keluar dari
bahagian bawah batuan berkenaan setiap hari tanpa henti. Sebelum abad
ke-20, kawasan itu dikatakan tidak berapi. Tetapi kedatangan pengunjung
yang menyalakan api menyebabkan kawasan itu sentiasa terbakar dan tidak
pernah padam sehingga kini biarpun diliputi salji.
4) Relampago del catatumbo, Ologa, Venezuela
Kawasan
di barat daya Tasik Maracaibo di Venezuela ini mempunyai aktiviti
kilat paling banyak di dunia. Sepanjan Mei hingga Oktober setiap tahun,
sebanyak 25 panahan kilat berlaku setiap minit pada waktu malam dalam
kawasan sepanjang satu kilometer persegi. Cahaya dari panahan kilat yang
sangat kerap ini menjadi panduan kepada masyarakat di Venezuela untuk
mencari arah lokasi dan paling utama sebagai penyuluh di kala malam.
5) Old Faithful, Yellowstone National Park, USA
Kawasan
paling banyak menghamburkan geiser di muka bumi. Geiser adalah kawasan
mata air panas yang mempunyai tekanan. Ia menyebabkan kawasan ini
menghasilkan letusan geiser sepanjang masa. Terdapat 300 kawasan lubang
geiser di Yellowstone namun Old Faithful paling terkenal kerana ia
meletus setiap 55 hingga 120 minit dan berlaku selama dua hingga lima
minit. Kawasan ini saja menarik kedatangan pelancong sehingga 3.5 juta
orang setiap tahun.
6) Racetrak Playa, Death Valley USA
Kawasan
padang pasir ini terkenal dengan kewujudan batu yang mampu bergerak
atau 'belayar' dengan sendirinya. Pengunjung ke kawasan ini akan dapat
melihat kesan jejak tinggalan batu ini yang ada antaranya sepanjang
beratus meter. Sehingga kini, ahli fizik merumuskan ia bergerak akibat
kesan pembentukan ais di keliling batuan berkenaan yang menyebabkan ia
bergerak akibat cair. Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung berharap
mereka menemui jawapan kepada persoalan berkenaan kerana bagi mereka
mustahil ais terbentuk di keliling batuan yang terletak di kawasan
padang pasir.
7) Pamukkale, Turki
Uniknya
Pamukkale terletak pada gugusan lanskap air panas bertingkat yang
terhasil sejak ribuan tahun lalu. Kawasan ini dikatakan menjadi
destinasi kepada individu yang ingin mendapatkan terapi diri dari airnya
yang kaya dengan pelbagai mineral untuk kesihatan tubuh badan. Sehingga
hari ini juga, pelawat boleh melihat tinggalan kolam air masyarakat
Hierapolis yang menggunakan sumber air dari lokasi ini untuk merawat
tubuh badan.
8) Moeraki Boulders, New Zealand
Kawasan
pesisir timur pantai ini cukup unik kerana dipenuhi dengan batu-batu
bulat berdiameter 3.7 meter. Cukup berat dan kukuh, batu-batu bulat ini
dipercayai terhasil sejak jutaan tahun lalu dan sebenarnya terletak di
dasar lautan. Batu yang asalnya sama seperti cengkerang tiram ini
kemudian bertukar menjadi seakan-akan bentuk sebuah fosil akibat kesan
pengerasan mineral. Perubahan zaman yang menyaksikan perubahan rupa
bentuk bumi merubah bentuk daratan serta lautan seterusnya menyebabkan
ia kini terdedah pada penglihatan.
9) Surtsey, Iceland
Sebuah
pulau yang hanya wujud di muka bumi selepas 1963. Bukan dibuat oleh
manusia, tetapi pulau ini terbentuk daripada letusan gunung berapi dasar
laut di Kepulauan Westman. Letusan selama lima tahun menyaksikan
bertan-tan lava dimuntahkan keluar menghasilkan sebuah pulau bersaiz 1.4
kilometer persegi. Letusan itu hanya berakhir pada 1967 dan sehingga
kini, sedikit demi sedikit pulau berkenaan sudah mula ditumbuhi dengan
rumput hijau.
10) Longyearbyen, Svalbard, Norway
Kawasan
ini cukup unik dan misteri kerana sepanjang tahun, bermula 20 April
hingga 23 Ogos ia tidak disinari dengan cahaya matahari. Berada dalam
kedudukan utara Greenland menghadap Lautan Artik, Longyearbyen akan
bergelap kira-kira lima bulan membuatkan sukar untuk menentukan masa
tanpa melihat pada jam. Sepanjang tempoh itu, juga kawasan ini berada
dalam keadaan sejuk dan matahari memang tidak akan kelihatan. Sehingga
kini terdapat kurang 3,000 penduduk di Longyearbyen dan apabila tiba
'musim gelap' mereka bergantung sepenuhnya kepada bekalan elektrik.
0 lovely notes
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧