Paluan berundur ; majlis persaraan YAS KP JBPM

Tuesday, May 01, 2018

Assalamualaikum wbt,
Semalam (30 April 2018) adalah hari terakhir KP kesayangan kami akan meninggalkan pentas jabatan dengan persaraan wajib beliau dan petang semalam satu majlis paluan berundur telah dilaksanakan di perkarangan ibu pejabat JBPM..

http://starlavenderluna.blogspot.com

Sayu rasanya di hati kerana YAS Dato' Sri memang seorang peramah orangnya tapi khidmatnya kini sudah berada di penghujung.. Walaupun YAS Dato' Sri seorang yang sibuk dengan kerjanya sebagai seorang Ketua Pengarah JBPM tapi dia selalu bertanya khabar pada orang bawahannya, malahan sering menegur mesra takala selisih di dalam lif, bertanya khabar dan kerja.. 

Kami semua akan terasa kehilangan YAS Dato' Sri Hj Wan Mohd Nor Bin Hj Ibrahim dan kami akan terus memperjuangkan legasi yang YAS Dato' tinggalkan pada kami.. Terima kasih kami ucapkan kerana terus menerus menegur dan membimbing kami demi kepentingan jabatan serta di atas khidmat bakti YAS Dato' Sri selama menjadi tonggak utama dalam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Kami ucapkan selamat bersara kepada YAS Dato' Sri Hj Wan Mohd Nor Bin Hj Ibrahim dan semoga YAS Dato' Sri sekeluarga akan dirahmati oleh Allah serta dikurniakan kesihatan yang baik. 


4 comments

  1. Oo nk dpt pengarah baru dh la. Slmt bersara..

    ReplyDelete
  2. Oo nanti dapat dapat boss baru la lepas ni ye. Walaupun yang hilang patah tumbuh hilang berganti orang kata tapi yang hilang tu akan tetap sentiasa dihati

    ReplyDelete
  3. Selamat bersara lepas ni dapat bos baru pula.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧