DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Monday, September 05, 2016

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR mulai esok. Sama2 kita berdoa kepada Allah swt dan semoga Allah memakbulkannya.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

YA ALLAH
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk
menjawab setiap soalan dengan betul.


YA ALLAH

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia
dan cemerlang di akhirat.


YA ALLAH

Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.


YA ALLAH

Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.


YA ALLAH

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat2 ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Aameen

Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat..

1 comment

  1. Moga kejayaan mengiringi anak-anak kecil ini beroleh kejayaan. amin ya rabb.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧