Assalamualaikum wbt..
Jom kita baca buku sejarah yang telah berlaku dalam negara, yang mungkin kita tak sedari ataupun belum dilahirkan lagi ketika itu...
Assalamualaikum wbt..
Sempena dengan tahun baru nie, saya ada suprise untuk awak semua..
Sebelum tue, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada awak yang sentiasa singgah ke jurnal saya nie.. Tanpa awak yang baca dan bagi komen yang membina pada saya, jurnal nie mungkin akan terkubur tanpa kesan..
Jadi, suprise nya adalah, saya akan umumkan nama pengomen yang bertuah sepanjang tahun 2022.. Tapi.. Tapi.. Bukan sekarang tau saya umumkan... Bila..?
Hihihi... Tunggu saja cerita yang akan datang..
Untuk pengetahuan awak semua, setiap kali saya umumkan nama Top Commentator pada setiap bulan, saya akan buatkan satu senarai bulanan.. Daripada situlah saya akan tau siapakah yang konsisten beri komen secara bulanan pada jurnal nie...
Jadi agak² siapakah yang bertuah yea.. Sama² kita tunggu cerita seterusnya...
Tunggu tau...
Assalamualaikum wbt...
Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada awak semua.. Semoga di tahun baru nie kehidupan kita akan lebih baik daripada tahun sebelumnya...
Saya jugak nak mintak maaf banyak² kerana jarang untuk update jurnal nie..Sebenarnya ada sebabnya.. Awak suma masih ingat lagi tak dengan cerita saya nie..?
Cerita yang saya maksudkan adalah berkisahkan rumah saya yang bakal diubahsuaikan.. Syukur pada Allah, akhirnya rumah saya hampir siap sepenuhnya, yang kini dalam proses mengecat..
Okey, serba sedikit tentang cerita nie.. Setelah menunggu hampir 2 tahun, akhirnya pada bulan Ogos 2022, projek pengubahsuaian dimulakan.. Masa tue saya perlu berpisah sekejap dengan hubby kerana dua perkara.. Perkara pertama, pekerja binaan akan tinggal di rumah ini untuk proses pecah dinding dan buat binaan bangunan yang baru, jadi demi keselesaan saya dan menjaga aurat, hubby suruh saya berpindah... Manakala hubby pulak akan terus tinggal di situ memandangkan barang² di dalam rumah, kami tidak angkat untuk berpindah keluar.. Secara kebetulan kawan satu opis mengajak saya untuk tinggal bersamanya di Putrajaya.. Alhamdulillah kiranya dekatlah sikit jarak rumahnya dengan opis..
Kini rumah saya dalam fasa terakhir iaitu proses mengecat keseluruhan rumah.. Saya sendiri telah balik semula ke rumah syurga ini setelah hampir 4 bulan saya menumpang di rumah kawan saya..
Nanti saya akan kongsikan gambar permulaan projek pengubahsuaian rumah hinggalah ke akhirnya.. Sebab utama adalah semua gambar tue ada dalam laptop dan saya update cerita nie pun guna tablet saja...
Doakan saya agar semuanya berjalan dengan lancar..
SELAMAT TAHUN BARU 2023
Subscribe to:
Posts (Atom)







Social Icons