Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan saya membuat entri khas ini, dan nampaknya ikatan ukhuwah antara kita telah terjalin.. Mungkin ada di antaranya kita dah saling mengenali dan ada jugak yang baru saja mengait tali untuk mengikat persaudaraan ukhuwah.. Apapun semoga ikatan yang kita jalinkan ini akan berkekalan walau hanya di alam maya, dan Insha Allah ianya akan direstui oleh Allah..
Okey, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk di review..? Jom kita bersuai kenal dengan sahabat saya kali nie dan orang yang bertuah tue adalah...
Blog CikLa Shahril... CikLa atau nama penuh Shahila Shahril, eorang suri rumahtangga yang mempunyai empat orang anak, tinggal di Banting, Selangor yang merupakan seorang blogger sepenuh masa. CikLa nie boleh dikatakan agak sebaya dengan saya, walaupun dia menjadi suri rumahtangga, tapi dia mempunyai pendidikan dalam bidang chemical engineering daripada UKM.. Bukan calang-calang orang tau..
Saya berkenalan dengan CikLa sama seperti yang lain, iaitu berkenalan di dalam segmen ataupun GA yang dianjurkan oleh blogger.. CikLa mula menulis blog sejak tahun 2013 dan kebanyakan entri blog beliau berkisahkan personal tapi ada jugak dia berkongsi maklumat dan informasi yang mungkin ada di antara kita yang tak berapa nak tau.. CikLa jugak rajin menganjurkan GA ataupun segmen dan selalunya apa yang CikLa anjurkan memang mendapat sambutan yang menggalakkan.. Saya pun selalu jugak join GA dan segmen yang CikLa buat..
Saya memang suka sangat menjadi silent reader pada blog CikLa kerana CikLa memang suka berkongsi cerita dengan pembacanya mengenai kisah dirinya terutama bila CikLa diuji dengan ujian yang berat.. Ujian yang dimaksudkan adalah CikLa sedang mengalami penyakit tiroid, dan saya berasa amat kagum dengan CikLa kerana dia tenang dan tabah bila diduga dengan ujian yang berat nie..
Pada CikLa, saya sentiasa doakan agar CikLa sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga CikLa sembuh daripada penyakit yang dialami, Insha Allah.. Terima kasih saya ucapkan pada CikLa kerana masih sudi untuk menjadi kawan alam maya saya, walaupun kita tinggal berhampiran tapi belum pernah bersua wajah.. Insha Allah satu hari nanti kita akan dipertemukan..

Jom kita jengah dan singgah ke blog CikLa Shahril..
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang

Assalamualaikum wbt...
Malindo Air adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Petaling Jaya. Ia adalah kerjasama di antara National Aerospace & Defence Industries (NADI) sebanyak (51%) , Malaysia dengan Lion Air, Indonesia (49%). Nama “Malindo” berasal daripada nama negara masing-masing iaitu gabungan nama bagi Malaysia dan Indonesia. Malindo Air bercadang untuk memulakan operasi pada 1 Mei 2013 dari terminal baru KLIA2. Walaubagaimanapun, Malindo Air mengawalkan tarikh pelancaran ke pertengahan Mac 2013 dengan destinasi domestik.
NADI ialah syarikat baik pulih pesawat (AIROD) yang beroperasi di Subang. PT Lion Group mengendalikan Lion Air untuk operasi Jet dan Wing Air bagi operasi ATR72 turboprop yang berpusat di Jakarta Indonesia. Usahasama ini dilakukan kerana Indonesia mempunyai pasaran yang luas dalam industri penerbangan domestik berbanding Malaysia. Ianya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Indonesia dan Malaysia.

Syarikat penerbangan ini menawarkan dua kelas tempat duduk iaitu 12 kelas perniagaan dan 168 tambang murah. Pesawat ini juga dilengkapi dengan sistem hiburan pesawat pada setiap tempat duduk penumpang. Syarikat ini menawarkan penerbangan ke 13 jenis buah negara seperti Australia, Bangladesh, China, India, Pakistan, Sri Lanka, Nepal, Indonesia, Taiwan, Vietnam, Thailand, Singapore dan termasuklah di dalam Malaysia sendiri. Di Malaysia antara kawasan yang sering dilalui adalah seperti Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Penang, Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kertih. Bagi kawasan antara favourite atau sering kali dilalui adalah Bali & Batam di Indonesia serta Kota Kinabalu.
Malindo Air juga pernah menyandang award pada tahun 2014 iaitu bagi kategori Airline Of The Year (Passenger). Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Encik Chandran Rama Muthy berkata, "mereka amat berbesar hati untuk dianugerahkan sebagai Airline of the Year (Passenger) untuk tahun 2014. Anugerah ini secara meluas dianggap sebagai penanda aras industri untuk kecemerlangan. Bagi mereka, penganugerahan ini jelas mencerminkan undi keyakinan dari pelancong serantau, yang mengakui dan menghargai pemacu berterusan Malindo untuk perkhidmatan berkualiti tinggi. Malindo Air juga memenangi awards bagi tahun berikutnya dalam kategori Top Performing Airline pada 2015 dan Regional Of The Year pada 2016.
DIGI Telecomunication Sdn Bhd (Digi) telah menjalinkan kerjasama dengan Malindo Air untuk memberi penumpang kemudahan melayari internet di dalam penerbangan yang terpilih. Melalui perkongsian ini, pelanggan akan dapat menggunakan peranti mudah alih mereka di atas pesawat untuk berada dalam talian berkelajuan tinggi. Servis ini boleh didapati pada pesawat Malindo Air Boeing 737-900ER yang terpilih melalui perkhidmatan AeroMobile, di laluan Mumbai, Delhi, Amritsar, Kochin, Trichy, Trivandrum, Kathmandu, Perth, Kota Kinabalu, Kuching, Bali dan Bangkok. Perkongsian ini adalah sejajar dengan cita-cita Digi untuk menyediakan liputan rangkaian LTE 4G yang luas bagi menghubungkan lebih ramai rakyat Malaysia dengan perkhidmatan internet yang mampu memberikan perkhidmatan kepada 60 peratus populasi Malaysia. Pelanggan pasca bayar Digi kini boleh mengakses internet dalam penerbangan dengan promosi kadar rata harian sebanyak RM32 untuk menikmati perkhidmatan yang baru.



So, dah rancang ker nak bercuti kat mana? Dont forget to get your Malindo Air Ticket now from Traveloka. Tempahlah sekarang untuk dapatkan harga tiket yang lebih murah secara online dan rasailah pengalaman fly with Malindo Air. Better preparation make better deserve!
Assalamualaikum wbt...
Salam menunaikan solat Zuhur pada awak suma.. Sekolah..! Seperti yang kita tahu sekolah menjadi tempat kita untuk menimba ilmu duniawi dan akhirat bagi melengkapkan diri untuk kehidupan di masa depan. Walaupun begitu, setiap negara di dunia nie mempunyai kaedah dan cara pendidikan yang tersendiri untuk diberikan kepada para pelajar.
Saya nak kongsi pada awak mengenai lima buah sekolah yang boleh dikatakan agak unik dari segi cara pembelajaran dan tempat sekolah tue sendiri..
Jom..


Sekolah terapung Makoko, Lagos, Nigeria - Diperbuat daripada kayu dan bangunan ini sebenarnya terapung di dalam air kerana terletak di kawasan pantai Afrika. Pada asalnya sekolah nie dibina untuk menghalang kenaikan air di kawasan tue. Mempunyai fungsi yang sama seperti sekolah biasa, sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik darjah dan awasan permainan untuk para pelajar. Sekolah nie dapat memuatkan 100 orang kanak-kanak dalam satu masa walaupun berada dalam situasi cuaca yang kurang baik. Okey jugak kan sekolah nie, pelajaran dapat diteruskan walaupun berada dalam keadaan banjir..


Sekolah dalam kiub, Copenhagen, Denmark - Sekolah nie berada dalam sebuah bangunan yang sangat luas dan besar, kapasiti sekolah nie dapat memuatkan 1000 orang pelajar. Setiap pelajaran diajar dalam sebuah kiub kaca yang luas dipanggil gimnasium. Ruang terbuka yang terdapat di dalam bangunan nie dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dikenali sebagai drum dengan mempunyai tempat duduk yang selesa untuk pelajar. Ruangan nie dibuat adalah kerana untuk menggalakkan lagi pemikiran kreatif pada pelajar.. Rasa macam nak sekolah kat sini jea..

Sekolah dalam gua, Dongzhong, China - Terletak di dalam sebuah gua di kawasan pergunungan kampung Mioa. Masyarakat di sini telah membina sebuah sekolah di dalam gua dengan hanya mempunyai lapan orang guru sebagai tenaga pengajar dan gua nie dapat memuatkan seramai 186 orang pelajar dalam satu-satu masa. Ada sesetengah pelajar nie perlu melalui jalan yang berliku-liku selama enam jam untuk sampai ke gua nie. Walaupun sekolah nie dibina di dalam gua, ianya mempunyai kelengkapan seperti bilik darjah dan bilik darjah ini boleh diubah menjadi gelanggang bola keranjang ketika waktu rehat.. Wow..! Ianya membuktikan pelajaran tue amat penting walaupun mempunyai kepayahan seperti nie, jadi kita nie kena selalu bersyukur kerana dapat pegi sekolah yang serba lengkap..


Sekolah imaginasi, Stockholm, Sweden - Pelajar yang dapat bersekolah di sini mesti takkan rasa bosan disebabkan reka bentuk sekolah nie sendiri yang seakan-akan direka dalam dunia imaginasi mereka. Pelajar di sini boleh dikatakan bebas untuk melakar gunung mengikut kreativiti mereka, meletakkan ituk dalam gua dan bercakap dengan pokok yang ada. Kelainan sekolah nie adalah ianya takde disediakan bilik darjah, yang ada hanyalah ruang yang amat luas untuk para pelajar bereksplorasi. Pelajar di sini menggunakan komputer untuk membuat tugasan mereka dan cara pembelajaran mereka menggabungkan elemen muzik, seni dan tarian.. Okey jugak kan..


Sekolah yang bebas buat apa saja, Brooklyn Free School, Amerika - Sekolah ini dibina sebagai sekolah yang mengamalkan sistem pendidikan demokrasi dengan cara para pelajar boleh belajar apa yang mereka benar-benar suka dengan takde pengkhususan, takde ujian dan takde kerja rumah. Kat sekolah nie, pelajar bebas untuk membuat keputusan dalam segala hal dan ini termasuklah dalam urusan disiplin.Tapi macam tak sesuai la pulak kan dengan sistem pendidikan kita..
Unik kan..
Subscribe to:
Posts (Atom)


Social Icons