Assalamualaikum wbt..
Salah satu penyakit yang biasa berlaku di kalangan kita adalah penyakit tekanan perasaan ataupun dalam erti kata lain stres.. Stres dengan keluarga, stres dengan suami isteri, anak, dan ada jugak stres dengan rakan-rakan dan masyarakat sekeliling..
Perasaan stres di pejabat pun kadangkala kalau tak dapat dibendung dengan bijak, boleh mendatangkan bahaya dalam kehidupan kita.. Apakah punca stres di pejabat yang berlaku pada kita..?
- Tekanan daripada pihak pengurusan atasan.
- Konflik dengan rakan sekerja.
- Beban kerja yang banyak
- Berasa bimbang akan kehilangan pekerjaan
- Kurang berkomunikasi antara rakan-rakan ataupun majikan.
Jadi, untuk mengurangkan stres di pejabat, kita perlu menangani apa-apa saja konflik yang berlaku di dalam pejabat dengan lebih bijak dan pastikan konflik ini tak dibawa balik ke dalam rumah..
Assalamualaikum wbt..
Sukarelawan pesta buku dikenali sebagai Duta Buku. Mereka boleh dikenali dengan baju kemeja-t berkolar dan memakai tag nama ‘duta buku’. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh merujuk kepada Duta Buku yang akan berada di setiap tingkat dewan pameran. Duta buku mula ditubuhkan pada tahun 2007, kini telah pun 11 tahun (2018) bersama memeriahkan acara pesta buku. Antara peranan duta buku ialah:
i) sebagai barisan hadapan mengalu-alukan kehadiran pengunjung PBAKL
ii) Duta buku akan menemui mana-mana kumpulan, khususnya pelajar sekolah yang datang secara berkumpulan. Mereka perlu memberikan taklimat ringkas mengenai PBAKL, termasuk dewan-dewan pameran.
iii) Duta buku juga akan menjawab sebarang kemusykilan pengunjung tentang dewan-dewan pameran, aktiviti yang sedang dijalankan ataupun kemudahan yang diperlukan oleh pengunjung di PWTC.
iiii) Duta buku membantu mengawal pengunjung di laluan setiap tingkat untuk mengurangkan kesesakan, terutama pada hujung minggu.
v) Duta buku perlu memberikan bantuan, apabila perlu, kepada golongan yang memerlukan seperti orang tua, kanak-kanak, dan golongan kurang upaya, jika mereka menghadapi masalah.
vi) Duta buku akan mengiringi tetamu-tetamu kehormat apabila diperlukan.
vii) dan tanggungjawab lain yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi Duta Buku 2018, anda hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
* Berumur antara 18 dan 24 tahun.
* Sihat tubuh badan
* Boleh bekerja selama 10 hari iaitu bermula 27 April sehingga 6 Mei
* Boleh menghadiri taklimat pada 26 April (sehari sebelum pesta buku bermula)
* Mudah memberikan senyuman
* Mudah bertolak ansur dan boleh bekerjasama secara berkumpulan
Sekiranya anda merasakan anda layak untuk menjadi sebahagian dari keluarga pesta buku, hantarkan resume bergambar (1 muka surat sahaja) ke klibf.bookfair@gmail.com
Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Februari 2018. E-Mel yang tidak lengkap mahupun yang dihantar selepas 15 Februari tidak akan dilayan.
*Hanya 50 orang sahaja yang akan terpilih untuk menyertai Duta Buku 2018! Duta Buku akan mendapat elaun harian dan kemeja-t berkolar PERCUMA! Semoga berjaya! 


Assalamualaikum wbt..
Tepung gandum adalah bahan paling utama dalam masakan kuih muih dan kek, jadi penjagaan kualiti tepung gandum amat penting agar penghasilan sesuatu masakan menjadi sedap dan nampak menarik.. Jadi, untuk menjaga kualiti tepung gandum agar tetap terjaga dan bebas daripada bau hapak walaupun dah lama disimpan, saya nak kongsikan pada awak suma tips camne nak menyimpan tepung gandum..
Antaranya :-
Simpan di tempat khusus - Jauhkan tepung gandum daripada bahan yang berbau menyengat dengan menyimpannya di tempat yang khusus. Pastikan tempat tue bersih dan kering dan sentiasa jaga kebersihan di tempat penyimpanan tepung bagi menjamin kesegaran tepung yang disimpan.
Jangan mencampurnya - Masa nak simpan tepung gandum, hindari dari mencampur tepung yang baru dengan yang lama. Walaupun ianya dari jenis yang sama tapi ianya lebih elok jika tepung ini tak bercampur antara yang baru dengan yang lama. Tujuannya adalah untuk menjamin kesegaran tepung tersebut.
Simpan di tempat yang dingin - Untuk nampak lebih segar dan tahan lama, simpan tepung gandum di tempat yang dingin. Pastikan awak simpan tepung ini di dalam bekas yang bersih dan tertutup rapat. Tepung gandum yang disimpan di tempat yang dingin akan menjadi lebih segar dan tahan lebih lama.
Letak label pada bekas simpanan - Jika awak menyimpan pelbagai jenis tepung, jangan lupa untuk letakkan label pada bekas simpanan. Perkara nie amat penting agar awak tak tersalah ambil jika nak menggunakan tepung sebab warna dan bentuk tepung nie kan lebih kurang sama aje dan ianya mudah tertukar. Jadi, penggunaan label pada setiap bekas adalah cara yang paling tepat sekali untuk mengurangkan risiko tersalah ambil..
Simpan di dalam peti sejuk - Untuk menyimpan tepung dalam jangka waktu yang lama, peti sejuk adalah pilihan yang paling tepat.. Hihi bukannya simpan terus kat dalam peti sejuk tau.. Cara ini boleh dikatakan satu muslihat aje.. Okey, awak boleh simpan tepung dalam peti sejuk selama 48 jam untuk membunuh serangga dan kutu dalam tepung. Perkara ini perlu dilakukan sebelum awak nak gunakan tepung yang akan awak gunakan..
Mudah kan..
Subscribe to:
Posts (Atom)

Social Icons