
Al-Hamdulillah, perjalanan hari ini sungguh lancar dan tidak ada apa-apa masalah...Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi dan sampai di rumah kakak aku dalam pukul 8.20 pagi... Kakak menjemput kami untuk sarapan pagi dan sambil itu kami berkenalan dengan abang ipar dan setelah itu kami mula bertolak balik ke Terengganu... Sempena pada hari Maulidur Rasul ini, aku ingin mengucapkan Selamat Maulidur Rasul kepada semua umat Islam...
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya... Itulah maksud Maulidur Rasul....
-----> Okey, setakat ini dulu coretan aku... Insya Allah kita akan berjumpa lagi...
Sekalung tahniah aku ucapkan pada kakak aku yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini.... Selamat Pengantin Baru aku ucapkan pada kalian, semoga kalian akan kekal bahagia ke anak cucu... Dan semoga kebahagiaan kalian akan diberkati oleh Allah SWT... Pada mulanya aku ingatkan yang majlis itu berlangsung di dewan orang ramai tetapi ianya hanya majlis pernikahan sahaja manakala kenduri nanti akan dibuat pada tarikh yang akan datang..... Ramai juga yang datang untuk meraikan pengantin baru ini walaupun kakak cuma menjemput ahli keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja ke rumah... Kami pulang pada pukul 4.30 petang kerana hubby ingin membuat balancing pada tayar kereta...Aduh, penat betul rasa hari ini,aku baru sahaja selesai packing barang-barang untuk pulang ke kampung esok... Pada mulanya, kami akan konvoi bersama-sama dengan abah tetapi memandangkan abah berkata, yang kami tidak akan balik bersama-sama pada pukul 4 pagi memandangkan adik lelaki aku menyewa hotel dan deposit hotel pula perlu diambil pada waktu pagi sahaja... Jadi abah mencadangkan kami balik seperti waktu biasa iaitu rancangan asal kami,hari Ahad... Kali ini kami akan ber konvoi dengan adik lelaki aku dan kami akan bertolak pada pukul 8.00 pagi esok.. Aku berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar...--------> Setakat ini dulu coretan aku... Insya Allah kita akan jumpa lagi di masa yang akan datang.... Salam sayang untuk semua dan selamat malam...

Assalamualaikum,
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan khas untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan... Yea..Yea... Hari ini cuti umum dan hanya aku sahaja yang tidak bekerja...manakala hubby pula kena bekerja... hehehe hari ini aku dan adik perempuan akan pergi ke pasaraya Giant untuk membeli sedikit barang-barang keperluan untuk pulang ke kampung nanti... Aku berasa sudah tidak sabar lagi untuk bertemu semula dengan ahli keluarga dan bersembang dengan mereka... Tinggal 2 hari lagi untuk aku pergi kerja dan kemudian aku akan pulang ke kampung halaman selama seminggu... Yeaahhaaaa.... Memang seronok pula rasanya dan hati ini sudah berada dalam suasana menghitung hari... Sabar wahai hati, kita akan balik juga akhirnya... Oh ya... Hari Sabtu ini kakak aku akan berkahwin dan dia menjemput aku ke majlis hari pernikahan dia nanti, di Sunway Sutera, Puchong... Abah dan keluarga yang lain turut datang ke sana...
-----> okey, jumpa lagi di lain waktu Insya Allah....Tata...
-----> okey, jumpa lagi di lain waktu Insya Allah....Tata...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons