Penggantungan pemain yang terpanjang dalam sejarah bola sepak

12:13 AM

Assalamualaikum wbt..
Pada bulan lepas, Lionel Messi telah menerima kad merah pertama dalam kariernya bersama pasukan Barcelona ketika final Piala Super Sepanyol  menentang Athletic Bilbao. Pemain Argentina itu dibuang padang susulan melakukan kekasaran ke atas Asier Villalibre yang menyaksikan Barcelona tewas 3-2 selepas masa tambahan.

Messi berdepan penggantungan sebanyak 12 perlawanan tapi terlepas daripada hukuman itu apabila cuma digantung sebanyak dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol. 

Awak tau tak, bukan Messi saja yang pernah digantung perlawanan sebelum ini, malah ada lagi pemain bola sepak yang terkenal pernah digantung perlawanan malah ada di antaranya disenaraikan pergantungan yang terpanjang dalam sejarah bola sepak mengikut dalam portal GiveMeSport...

Siapakah mereka yang pernah digantungkan perlawanan..? Jom...


Peter Swan, Tony Kay, David Layne - Penggantungan seumur hidup tapi dikurangkan kepada 7 tahun
Trio Sheffield Wednesday ini dikatakan terbabit dalam satu daripada skandal paling dramatik pada era tahun 60-an. Trio ini dikatakan bertaruh ke atas pasukannya untuk kalah pada pertembungan menentang Ipswich Town pada bulan Disember 1962 dan ternyata pasukan itu tewas 2-0. Pada tahun 1964, skandal yang mengatur perlawanan ini terbongkar akhirnya menyaksikan ada yang dipenjarakan dan digantung seumur hidup daripada bolak sepak. Tiga pemain ini pada mulanya digantung seumur hidup tapi dibenarkan untuk kembali bermain selepas 7 tahun digantung. 


Diego Maradona - penggantungan selama 15 bulan
Lagenda bola sepak ini adalah seorang yang sering mencetuskan kontroversi sepanjang kariernya. Maradona pernah didapati positif efedrin pada Piala Dunia tahun 1994 dan digantung selama 15 bulan sekaligus kariernya bersama Argentina musnah sama sekali.


Mark Bosnich - penggantungan selama 9 bulan
Bosnich adalah salah seorang lagi bekas pemain Chelsea yang digantung apabila dia didapati positif kokain dan pemain itu mengakui yang dia menghabiskan 5,000 pound (RM27,000) setiap minggu kerana tabiatnya itu. Penjaga gol Chelsea itu telah gagal ujian dadah pada bulan September tahun 2002 dan telah digantung selama 9 bulan.


Eric Cantona - penggantungan selama 9 bulan 
Tendangan 'kungfu' Eric Cantona kekal menjadi antara detik yang paling mengejutkan dan paling gila dalam sejarah bola sepak Inggeris. Pada tahun 1995 Cantona menjadi terkenal apabila menyerang penyokong Crystal Palace dengan melompat melintasi papan iklan dan menendang pada bahagian dada penyokong malang itu. Cantona terlepas daripada hukuman penjara tapi dia diperintahkan menjalani servis komuniti untuk 120 jam selain digantung daripada bermain bola sepak selama 9 bulan.


Rio Ferdinand - penggantungan selama 8 bulan 
Tidak menjalani ujian dadah yang ditetapkan mungkin akan mengubah karier pemain dan itu yang berlaku kepada Rio Ferdinand. Dia terlepas pada ujian dadah yang telah dijadualkan pada 23 September 2003 tapi dia kemudiannya digantung selama 8 bulan serta didenda sebanyak 50,000 pound (RM277,000) oleh FA. Mengikut kata Maurice Watkins, pengarah Manchester United menyifatkan tempoh penggantungan ini sebagai 'hukuman yang terlalu keras dan tidak dijangka' tapi nyata hukuman yang dijalankan itu kekal walaupun kelab terbabit mengemukakan rayuan. 


Patrice Evra - penggantungan selama 7 bulan
Lagenda bola sepak Manchester United dikenali sebagai seorang pemain yang sentiasa bersemangat ketika di EPL, namun semangatnya yang 'terlebih' memakan diri ketika dia bersama dengan Marseille. Semasa sesi memanaskan badan untuk aksi Liga Europa pada bulan November 2017, pertahanan Perancis itu dikatakan telah menendang penyokong di bahagian kepala dan disebabkan itu dia digantung oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sehingga Jun tahun berikutnya.


Adrian Mutu - penggantungan selama 7 bulan
Mutu dan Chelsea terperangkap dalam drama yang panjang selepas penyerang Romania itu didapati positif kokain pada bulan September tahun 2004. Bukan setakat digantung daripada bermain saja, malah Mutu terpaksa membayar 9.6 juta pound (RM53 juta) kepada Chelsea kerana melanggar persetujuan dalam kontraknya.


Kolo Toure - penggantungan selama 6 bulan 
Dalam usaha untuk mengawal berat badannya, Toure mengambil sedikit ubat yang digunakan isterinya. Namun, pemain Ivory Coast itu tidak sedar yang ubat berkenaan mengandungi bahan terlarang dan akhirnya dia digantung selama 6 bulan oleh FA pada bulan Mac tahun 2011. Toure tidak dapat beraksi pada pentas final Piala FA antara Manchester City menentang Stoke dan kemudian dia mendakwa yang dia sedar tentang pil tablet mengawal berat badan itu adalah bahan yang terlarang. Kata Toure, dia mengatakan berat badan dia tidak stabil dan ada masanya berat badannya naik tiga hingga empat kilogram. Jadi dia membuat keputusan untuk mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan dia kerap ke tandas. Dia tidak tahu yang dia melakukan kesalahan ini dan apabila Toure sedar mengenainya, dia berasa terkejut. 

So, inilah pemain yang pernah digantung daripada bermain bola sepak... 

*Sumber gambar daripada Google Images


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

3 lovely notes

  1. giveaway CUya kembali! jom joinn

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete
  2. diorg punnnnn kena gantungkan sbb ini pun pekerjaan

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators