Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Rabiahtul Adawiyah

12:00 AM

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna

Assalamualaikum wbt..
Okey, minggu nie siapa pula yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal..


Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Rabiahtul Adawiyah


Blog Rabia Adawiyah... Nama di sebalik blog ini adalah Rabiahtul Adawiyah Binti Abdul Ghani, berusia dalam 23 tahun, sekarang nie bergelar seorang pelajar dalam jurusan Early Chilhdhood Education, dalam erti kata lain, Rabia nie bakal menjadi seorang guru.. Rabia nie berasal daripada orang kampung saya jugak, di Kuala Terengganu dan Rabia nie mula berblog sejak tahun 2016 lagi.. 

Rabia nie adalah merupakan salah sorang ahli BPT, seorang yang aktif dalam penyertaan pelbagai segmen, giveaway samada di dalam blog, instagram dan facebook dan tak hairanlah dia digelar 'Ratu Contest' di kalangan rakan-rakannya.. Saya sendiri dah lupa sejak bila Rabia nie jadi rakan blogger saya tapi apa yang pasti, persahabatan saya dengan Rabia memang bermula daripada segmen dan giveaway anjuran rakan-rakan blogger.. Kalau nak tau, Rabia nie adalah rakan blogger yang paling konsisten dalam memberikan komen membina dalam jurnal saya, setiap bulan memang akan sentiasa ada namanya berada di dalam carta 'Top Commentator' jurnal saya, dan dah beberapa kali dia selalu mendapat saguhati daripada saya.. Cerita dalam blog Rabia nie adalah berkisarkan kehidupannya sebagai seorang pelajar, walau sesibuk manapun dia, Rabia akan pastikan dia akan mengaktifkan diri dalam dunia blog dengan menulis tentang kehidupannya, apa yang dilakukan pada hari itu dan memberikan komen kepada rakan blogger yang lain..

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :

Bercuti Di Kota Bharu
Bergaya Dengan Baju Gene Martino
Sutra Beach Resort Kampung Rhu Tapai, Setiu 21010 Kampung Merang, Terengganu
Aku Sakit Dan Ada Penyakit?

Dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca.. 


Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Rabiahtul AdawiyahKepada Rabia, terima kasih kerana menjadi rakan blogger akak yang PALING AKTIF.. Terima kasih akak ucapkan kerana awak selalu sokong akak walaupun akak jarang nak berikan komen dalam blog awak, selalu on off dalam tinggalkan komen, hihi.. Maafkan kakak awak nie yea Rabia.. Akak doakan agar awak sentiasa sukses dalam apa jua yang awak lakukan dalam kehidupan ini dan apa jua cabaran hidup yang perlu awak tempuhi, akak harap awak akan hadapinya dengan penuh tabah kerana sememangnya lumrah manusia, ada yang suka dengan kita dan ada yang tak suka apa yang kita lakukan.. Semoga awak terus sukses dalam study awak dan bila dah kerja nanti, Insha Allah apa yang awak lakukan hanya Allah saja yang dapat membalasnya kerana awak mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.. Apa yang jua awak buat, buatlah kerana Allah.. Akak doakan jugak awak akan terus sukses dalam dunia blogging dan semoga awak sekeluarga sentiasa dirahmati, dilindungi dan dirahmati oleh Allah.. 



Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Rabiahtul Adawiyah

Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Rabia Adawiyah dan salam perkenalan pada semua..  


#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



You Might Also Like

9 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators