20th October 2011
10:30 PM
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah
satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama
untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka )
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh
lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan
kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian
kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka)
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan
itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa
selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka)
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala
fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka)
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu
perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai
di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka )
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk
jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi
jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka)
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana
rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis )
Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk
yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama
mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka )
0 lovely notes
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧