
Assalamualaikum,
Hari kedua terakhir dalam bulan Disember dan kita bakal memasuki tahun baru pada hari lusa....Malam ini aku bersendirian kerana hubby terpaksa melakukan OT kerana akhir tahun dia perlu membuat kemaskini rekod.... Tetapi tidak mengapa, Insya Allah bila kami dikurnia cahayamata, kami tidak akan kesunyian lagi dan aku pun tidak keseorangan lagi bila hubby terpaksa bekerja di waktu malam... Malam terasa tenang sekali dan sesekali kedengaran bunyi anak-anak jiran bermain di hadapan rumah, memang riuh juga di kawasan perumahan aku... Bagus juga, sekurang-kurangnya tidak terlalu sunyi di kawasan perumahan... Minggu depan sekolah akan dibuka dan mungkin hanya sesetengah tempat yang dinaiki air banjir tidak akan dibuka dalam waktu terdekat ini... Sekarang ini musim banjir telah melanda di beberapa negeri dan khabarnya di Terengganu air banjir telah pun surut sepenuhnya... Al-Hamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi di negeri lain, sudah ada kemalangan jiwa dilaporkan... Mari kita sedekahkan Surah Al-Fatihah dan Surah Yassin kepada mereka yang telah meninggalkan kita... Minggu ini aku tidak dapat membaca Surah Yassin lantaran keuzuran...
Apapun, kehidupan mesti diteruskan... Setakat ini dulu yea... Insya Allah kita akan berjumpa lagi..
Assalamualaikum,
Hari ini adalah permulaan hari bekerja, terasa amat malas sekali untuk melakukan kerja apatah lagi minggu depan kita akan bercuti lagi kerana menyambut tahun baru 2012... Tetapi hari ini aku tidak ke office untuk bekerja sebaliknya aku perlu menghadiri satu mesyuarat pentadbiran yang diadakan di IOI Resort, Putrajaya dari waktu pagi sampai ke petang... Aku menaiki kereta sahabat aku dan kami bertolak dari office pada pukul 8.15 pagi... Mesyuarat itu diadakan kerana kami semua perlu menyusun semula senarai tugas tetapi unit aku tidak perlu membuat penyusunan semula kerana bidang kerja kami berlainan dari unit pentadbiran.... Memang kebiasaaan di dalam mesyuarat mesti ada yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan, memandangkan pegawai aku tidak hadir bersama jadi aku hanya perlu mendengar sahaja aduan dan ketidakpuasan hati mereka... Tetapi apa yang menarik perhatian aku adalah makanan yang mereka hidangkan, memang sedap dan harga yang berpatutan, aku cuma dapat makan sedikit sahaja lantaran aku tiada selera pada hari ini... Kami selesai mesyuarat pada pukul 4.15 petang dan semasa hendak pulang, secara kebetulan masa bekerja aku sudah tamat dan sebaik sahaja sampai di office aku terus mengetip kad perakam waktu dan terus mengambil payung kerana pada petang tadi hujan turun dengan lebatnya.... Sampai ke saat ini, hujan masih belum reda... Esok pegawai aku akan masuk bekerja dan aku akan menceritakan apa yang berlaku pada hari ini kepada beliau...
Okey, setakat ini dulu, Insya Allah kita jumpa lagi esok...
Assalamualaikum,
Hari ini amat terasa amat lambat pula masa berjalan... Hari cuti yang membuatkan aku dan hubby mempunyai banyak masa untuk bersama...hehehe macam sudah tiada masa berdua pula sedangkan kami sememangnya mempunyai terlalu banyak masa untuk bersama.... Tadi aku baru selesai menunaikan solat Isya' dan membaca Surah Yassin, dan aku terus bergegas untuk menggosok pakaian kerja aku dan hubby... Malam ini terasa amat panjang dan waktu menggosok pula cepat berlalu... Semalam dan hari ini cerita Merlin akan ditayangkan di televisyen TV3 dan Astro Diva Channel 702... Aku memang minat dan suka pada jalan cerita Merlin ini walaupun jika diikutkan pada filem asal ianya agak berlainan sedikit... Tapi watak Merlin dan Arthur memang menggelikan hati....Esok aku akan pergi ke IOI Resort kerana ada satu mesyuarat pentadbiran yang berkaitan dengan kerja, dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang... Jadi aku cuma masuk ke dalam library sekejap sahaja kerana aku perlu membawa fail meja aku dan pegawai aku.... Apa agaknya yang mereka akan bincangkan tetapi apa yang pasti tentang library mereka tidak tahu sangat pasal kerja kami ini...
Okey,hari ini setakat ini dulu coretan aku kerana aku sudah mengantuk dan esok pagi kena bangun awal....Insya Allah jumpa lagi esok...Selamat malam....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons