Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Alhamdulillah, rezeki di awal bulan April...

Thursday, May 10, 2018

http://starlavenderluna.blogspot.com

Assalamualaikum wbt...
Hihi sebenarnya entri nie dah lama perlu publish, tapi disebabkan kesibukan kerja hakiki, entri nie tertangguh-tangguh, huhuhu.. Anyway, saya nak ucapkan terima kasih kepada Farhana Jafri kerana memilih saya salah sorang pemenang daripada GA yang dianjurkan oleh Cik Farhana..

http://starlavenderluna.blogspot.com



Alhamdulillah, terima kasih kepada Farhana Jafri dan tahniah kepada pemenang yang lain.. Tapi apa yang saya inginkan adalah ikatan ukhuwah antara blogger tanpa ada prejudis sesama kita..


read more

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Fatina Mudz

Tuesday, May 08, 2018

http://starlavenderluna.blogspot.com

Assalamualaikum wbt..
Seminggu telah berlalu dan kini masa telah tiba.. Siapakah yang bertuah untuk di review kali nie.. ? Jom kita kenali beliau.. 


http://starlavenderluna.blogspot.com

Blog Fatina Mudz... Seorang gadis yang berumur 27 tahun yang sememangnya dikenali dengan entri review buku dan boleh dikatakan Fatina nie seorang 'ulat buku' oppsss bukan ulat bulu yea.. Fatina nie boleh dikatakan setiap hari akan review paling minima pun sebuah buku untuk tatapan pembacanya, fuhh macam manalah dia luangkan masa untuk baca buku tue yea, dahlah kebanyakan buku-buku yang di review oleh Fatina nie, buku bahasa Inggeris u'olls... 

Saya kenal Fatina nie sama macam yang lain jugak, dan sebelum blog ini dijenamakan semula namanya, asal nama blog ini adalah fatinamdzfrdotblogspotdotcom.. Nasib baiklah dia masih ingat pada saya sebab pada awalnya kami lose contact antara satu sama lain.. Bila saya cuba blogwalking, nama asalnya dah di remove.. Ingatkan memang Fatina nie dah tak aktif ber blogwalking tapi satu hari tue dia tinggalkan jejak kat chatroom saya.. Alhamdulillah, hingga kini kami masih berhubung dan blogwalking antara satu sama lain, walaupun menjadi silent reader.. Fatina nie adalah seorang graduan 'retail business' tapi bercita-cita nak jadi editor dan masih mengejar cita-citanya itu (Insha Allah suatu hari nanti cita-cita awak tercapai).. Kini nama blog beliau telah ditukar kepada theinfinitywordsdotblogspotdotcom.

Apa yang menarik tentang blog Fatina nie adalah, dia buat review buku dalam bentuk indeks tau dan ianya terlalu creative, sebab dia dah buat kategori mengikut tajuk dan 'rating'.. Antara yang menarik untuk dibaca adalah ANNA AND THE FRENCH KISS BY STEPHANIE PERKINS | BOOK REVIEW ; ISLA AND THE HAPPILY EVER AFTER BY STEPHANIE PERKINS | BOOK REVIEW ; ataupun nak baca entri kecantikan pun ada jugak, TIME FOR LIP BALM... Pada sesiapa yang nak tau sipnosis ataupun review buku yang best, awak bolehlah singgah ke blog beliau.. 


http://starlavenderluna.blogspot.com
Kepada Fatina, terima kasih kerana awak masih terus menerus menyokong akak dalam dunia blog ini dan terima kasih di atas inspirasi awak dalam dunia blog ini.. Akak berharap agar silaturrahim antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya dan terima kasih kerana masih sudi menjadi rakan maya akak.. Akak doakan yang awak akan terus berjaya dalam dunia blog dan Insha Allah akan tercapai cita-cita awak untuk menjadi editor.. 



http://starlavenderluna.blogspot.com
Jom kita singgah dan jengah ke blog Fatina Mudz dan salam perkenalan pada semua..

#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang


read more

Bagaimana nak teruskan kehidupan versi saya

Friday, May 04, 2018



Assalamualaikum wbt..
Nota kali ini agak panjang untuk dibaca dan diharapkan agar awak bersabar untuk membacanya.. Awak penah dengar tak kata-kata ini..?

"In the process of letting go, you will lose many things from the past, but you will find yourself"- Deepak Chopra

Ataupun...

"The only thing a person can ever really do is keep moving forward. Take that big leap forward without hesitation, without once looking back. Simply forget the past and forge toward the future." - Alyson Noel

Bagi seorang manusia, kita memang tak dapat lari daripada masalah dan jika kita tak tangani dengan bijak, maka terjadilah satu penyakit kemurungan yang kini semakin berleluasa dalam masyarakat kita mahupun dunia.. Dah berapa banyak kes-kes yang melibatkan kemurungan hingga ada di antaranya mengambil keputusan yang singkat untuk menamatkan riwayat hidup, dengan harapan dia takkan hadapi masalah itu lagi.. Awak tau, pertubuhan World Health Organization (WHO) dan American Psychiatric Association (APA) telah buat kriteria ataupun ciri-ciri kemurungan, antaranya :

🔗Perasaan murung ataupun sering marah-marah hampir sepanjang hari ataupun hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Ianya jugak termasuk perasaan seperti rendah diri ataupun selalu menangis.
🔗Tak bersemangat ataupun tak berminat untuk melakukan aktiviti sosial.
🔗Berat badan menyusut ataupun kurang selera makan.
🔗 Corak tidur yang berubah, samada seseorang tue boleh menjadi kurang tidur (insomnia) ataupun terlebih tidur (hypersomnia)
🔗Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, samada seseorang menjadi terlebih aktif ataupun menjadi kurang aktif.
🔗Badan selalu letih dan kurang bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
🔗Mempunyai perasaan bersalah yang tak setimpal dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya ataupun merasakan diri tak berguna.
🔗Tak mampu nak berikan konsentrasi atau berfikir secara rasional dan selalunya seseorang itu berasa amat susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan seharian.
🔗 Kerap berfikir tentang keinginan untuk menamatkan riwayat hidup.

**Sumber daripada The Malaysian Medical Gazette

Daripada 9 kriteria yang diberikan, markah untuk diri saya adalah 6/9, dan saya beranggapan saya mengalami kemurungan dan ianya kemurungan ini masih berlaku pada diri saya.. Ianya bermula pada umur saya 11 tahun, di mana disitulah bermulanya kemurungan dalam hidup saya.. Kata orang, jika kita berasal daripada keluarga yang berpecah belah, besar kemungkinan kita takkan membesar dalam suasana kasih sayang dan itulah yang terjadi pada saya.. Bukanlah niat saya untuk buka pekung di dada tapi hanyalah semata-mata untuk memberi inspirasi kepada orang yang penah mengalami penyakit kemurungan, yang mungkin sama seperti saya..

Ummie dan abah saya berpisah sejak saya berusia 13 tahun tapi kisah berantakan mereka bermula sejak umur saya 11 tahun.. Dua mata inilah yang menjadi saksi perbalahan antara ummie dan abah dan diri inilah yang menjadi pelindung kepada adik beradik agar mereka tak melihat apa yang berlaku antara mereka.. Apabila mereka berpisah, saya ingatkan yang perbalahan antara mereka akan berakhir, tapi sebenarnya ianya menjadi teruk.. Ummie saya yang tak dapat menerima berita perpisahan itu, menjadikan sikapnya bengis pada anak-anak dan selalunya saya yang akan menjadi mangsa kemarahan ummie.. Ini kerana wajah saya mempunyai iras dengan wajah abah saya dan sejak itulah ummie saya melepaskan kemarahan, Alhamdulillah kini hubungan kami berdua telah berbaik setelah saya bersabar dengan karenah ummie saya.. Waktu remaja saya tak seindah seperti orang lain, sebab bila habis waktu sekolah, saya perlu menjaga adik beradik yang lain, yang paling bongsu pada masa itu hanyalah berumur 4 tahun.. Masa tue, ummie tak mampu untuk meletakkan kami di rumah pengasuh, dan kami berlima hanya duduk di rumah saja, tanpa ada pengawasan orang dewasa. Makanan kami, telah disediakan oleh ummie setiap hari samada nasi berlauk ataupun nasi goreng berintikan telur.. Jika angin ummie saya tak elok, maka kemarahan akan terhambur pada kami lima beradik, walaupun perkara yang remeh saja yang timbul.. Masa tue saya tak faham lagi apa sebenarnya yang terjadi, beranggapan yang ummie tak sukakan saya jika dibandingkan dengan adik-adik yang lain, dan masa itulah perasaan murung saya datang dalam kehidupan saya.. Boleh dikatakan setiap hari saya akan menangis mengenangkan semua yang terjadi, sebab kemarahan ummie selalunya disusuli dengan penggunaan barangan seperti tali pinggang, hanger baju, payung dan semua barangan ini penah singgah pada tubuh saya..Malah saya penah terjatuh daripada tangga tingkat 2 dek demam dan tak larat nak berjalan, masa tue, saya mintak adik kedua untuk mengambil ubat demam tapi secara kebetulan ummie mendengar perbualan kami dan menegah dengan tegas, sambil mengatakan yang adik bukannya kuli untuk diperintah ambil sesuatu barang.. Jika nak sesuatu, ambik sendiri tanpa bantuan sesiapa.., Dengan sikap ummie yang begitu bengis telah mengubah perlakuan saya, iaitu hanya keluar dari bilik ketika semua orang dah tido, masa tuelah saya akan melakukan kerja-kerja rumah seperti basuh pinggan, dan kemas dapur dan masa itu jugaklah saya akan mengisi perut yang kosong.. Saya jarang makan petang kerana adik-adik masa tue tengah membesar sebagai kanak-kanak dan mereka akan makan sebagaimana perlakuan seorang kanak-kanak.. Jika makanan tue hampir habis, terutama nasik, saya akan masak semula dengan menggunakan periuk elektrik kerana tau ummie akan makan di rumah.. Jika masih ada kuah tapi dah kehabisan lauk, saya akan menggoreng ikan ataupun buat telur dadar untuk santapan ummie dan adik-adik.. Bila saya dah pastikan mereka kekenyangan barulah saya akan menjamah makanan dan biasanya memang pada waktu tengah malam lah saya akan menjamah makanan... 

Di usia 14 tahun, saya penah terfikir untuk melarikan diri, malah dah siap bungkus pakaian dalam beg tapi fikiran saya menghalang dengan ayat ' sapa yang nak jaga adik-adik nanti jika aku larikan diri..?' dan niat untuk bunuh diri pun penah terjadi pada saya di usia 14 tahun, hampir-hampir pergelangan tangan ini nak ditoreh dengan pisau daging, TAPI sekali lagi fikiran saya menghalang dengan ayat, 'kalu aku bunuh diri, sapa yang nak tengok adik-adik aku..?'

Sejak daripada itu, jika saya nak melakukan sesuatu yang di luar dugaan, pasti fikiran saya akan menghalang segala niat saya tue.. Tapi kemarahan ummie saya tak berkurangan malah jika ada yang tak kena pada matanya, pasti saya akan dimarahi dengan teruk.. Setiap malam saya akan menangis dalam diam dan selalu bertanya pada diri, besar sangat ke kesalahan saya pada hari tue sehingga ummie marahkan saya begitu teruk sekali..? Setiap malam jugak saya berdoa pada Allah agar redakan kemarahan ummie saya, setiap hari saya berdoa agar saya dapat jauhkan diri daripada ummie untuk meredakan kemarahannya...Masa tue saya takde sesiapa untuk diluahkan perasaan sedih saya hingga menyebabkan saya membuat imaginasi dengan mewujudkan 'kawan' dalam dunia saya sendiri.. Di dalam bilik tidur, saya membayangkan yang saya dikelilingi oleh artis-artis yang terkenal dan saya menjadi tumpuan utama.. Saya bercakap seolah-olah saya bercakap dengan mereka, dan penah menjadikan tiang bilik empat penjuru sebagai keluarga angkat saya.. Jika saya menangis kesedihan, saya akan bercakap dengan 'kawan imaginasi' saya dan dalam masa yang sama 'kawan imaginasi' saya sering memberikan kata-kata semangat untuk saya teruskan kehidupan.. Penah sekali saya cakap dengan 'kawan' tue saya nak bunuh diri tapi 'kawan' tue menghalang dengan ayat 'Allah tak suka dengan orang yang bunuh diri dan pasti nerakalah tempatnya..' Bertahun-tahun lamanya saya berimaginasi dengan 'kawan' yang bagi orang lain beranggapan 'gila' tapi itulah yang menguatkan saya untuk meneruskan kehidupan.. Bertahun-tahun jugak saya berdoa pada Allah di dalam tangisan agar memberikan saya cahaya kebahagiaan dalam kehidupan walaupun sekejap dan seketika.. 

Akhirnya pada tahun 2002, Allah makbulkan doa saya dengan rezeki mencari rezeki di rantau orang.. Bila saya dah merantau, saya ingatkan ianya dapat meredakan kemarahan ummie, tapi ternyata sekali lagi Allah menguji saya.. Saya selalu mendengar cerita daripada kawan-kawan sepejabat, yang jika mereka balik kampung, mak-mak akan menyediakan makanan yang sedap-sedap untuk mereka, tapi bukan untuk diri ini.. Bila saya balik ke rumah, saya tak mendapat layanan yang baik pada ummie saya, tambahan pulak secara kebetulan abah mengurangkan kadar nafkah bulanan untuk adik beradik.. Dengan gaji saya yang pada masa tue hanya RM900 sebulan, saya akan pastikan saya akan membeli barangan dapur untuk kegunaan mereka.. Disebabkan saya dibesarkan dengan cara sederhana, saya tak bermewah untuk diri, apatah lagi bila kita duduk di KL.. Malah saya hanya dapat nikmati makanan mewah sekali saja dalam sebulan dan sementara nak tunggu gaji bulan berikutnya saya akan mengikat perut, yang kadangkala saya hanya makan sos tomato yang dalam peket yang saya dapat lebihan daripada makanan segera.. Mungkin disebabkan susah untuk menjaga adik-adik, ummie mula tak berasa senang hati dan sering turun naik ke KL untuk mempercepatkan proses pemindahan saya balik ke Terengganu, malah dia jugak selalu berjumpa dengan pengarah saya untuk membuat rayuan berpindah padahal hati saya tak berapa setuju dengan cadangan ummie.. Allah makbulkan doa ummie, pada tahun 2004 saya berpindah balik ke Terengganu dan sekali lagi Allah menguji kesabaran saya dengan karenah ummie.. 

Sebagaimana seperti perasaan orang muda, sudah pasti saya mempunyai perasaan ingin dicintai dan mencintai seseorang tapi ummie seperti menghalang saya untuk mencintai seseorang.. Yealah, masa tue, darah orang muda nie berlainan sikit, saya bercinta dengan seorang pemuda daripada Pasir Gudang, tapi kami terpaksa berpisah dek halangan ummie.. Saya ingatkan yang bila saya dah balik ke kampung, ummie akan berubah sikap dengan layanan terhadap saya, tapi rupa-rupanya makin teruk.. Sejak saya balik ke kampung, abah mula melengah-lengahkan untuk memberi nafkah bulanan adik beradik dengan alasan saya boleh bantu ummie dalam urusan rumahtangga, dan perlakuan abah telah menyebabkan kemarahan ummie akan meledak seperti gunung berapi bila setiap kali gaji tiba.. Jika ummie menerima nafkah bulanan kurang daripada sepatutnya yang dia dapat, ummie pasti akan mencari saya dan meletakkan kesalahan itu pada diri saya, seolah-olah saya nie abah dan bukan hanya hamburan kata-kata nista yang saya dapat, malah saya penah diketuk pada kepala dengan menggunakan remote control dan menyebabkan saya pengsan.. Saya hanya sedar semula setelah ummie saya mengetuk dengan kuat sekali dan itulah kali terakhir saya melawan cakap ummie dengan bertikam lidah sambil menangis.. Perasaan saya pada masa tue hanya Allah saja yang tau, dengan perasaan yang bercampur baur.. Masa itulah saya berdoa pada Allah sebab saya penah dengar ceramah agama yang doa orang yang teraniaya cepat dimakbulkan, merasakan saya teraniaya dengan sikap ummie, saya berdoa agar saya dapat berjumpa dengan orang yang dapat jauhkan saya daripada ummie.. 

Allah perkenankan doa saya dengan pertemuan saya dengan bekas suami saya yang pertama.. Pada mulanya saya ingatkan yang bekas suami akan memberikan kebahagiaan dalam kehidupan saya.. Perkenalan kami tak lama, kami berjumpa di dalam laman sosial, masa tue facebook masih belum popular lagi, kami berjumpa dalam laman cari.com. Kami berkawan selama 3 bulan dan kami membuat keputusan untuk bertunang.. Masa kali pertama berjumpa dengan bekas suami, saya membawak sorang kawan baik saya untuk membuat penilaian dan soal siasat, dan ternyata yang dia benar-benar ingin memperisterikan saya.. Masa tue saya happy sangat sebab dalam fikiran, saya dah berjumpa dengan orang yang akan membahagiakan saya.. Saya bagitau ummie dan abah tentang niat saya untuk berkawin, pada mulanya mereka menghalang dengan alasan mereka takde duit untuk membuat kenduri, saya berkata yang saya akan membuat pinjaman untuk melangsungkan perkawinan tanpa menggunakan wang mereka dan akhirnya mereka berdua setuju.. Tapi sejak pada hari saya diijabkabul, hubungan saya dengan abah menjadi dingin sedingin-dinginnya dan enggan bercakap dengan saya.. 

Akhirnya pada bulan Ogos tahun 2007 kami melangsungkan perkahwinan tapi lagi sekali Allah ingin menguji sejauh mana kekuatan sifat sabar saya.. Di tahun yang sama, saya mula mengenali sifat sebenar bekas suami, bayangkan tahun pertama berpuasa sama-sama sebagai suami isteri dan pada malam terakhir puasa, dengan perasaan keletihan berpuasa dan masak untuk suami, makanan yang dimasak dibuang dalam tong sampah atas alasan takde siapa nak makan kerana nak balik kampung untuk beraya, sedangkan ianya boleh disimpan dalam peti ais dan boleh dimakan sebaik saja balik daripada kampung dan makanan yang saya masak bukannya terlalu banyak, cukup-cukup untuk dua orang makan.. Masa tue saya menangis sendirian dan mula merajuk kerana terasa hati dek perubahan sikap bekas suami tapi biasalah baru berkawin, dia pandai memujuk.. Kami hanya menikmati kebahagiaan rumahtangga hanya dua tahun saja, lalu menjadi renggang kerana saya masih belum pregnant dan kisah kami diperkatakan oleh seluruh kampung bekas suami.. Bila masuk tahun ketiga, bekas suami mula menunjukkan sikap hampir sama dengan ummie dan hanya perlukan saya bila nak 'bersama'.. Jika tak, diri ini hanyalah diibaratkan tunggul kayu di dalam rumah, tanya berpatah-patah, tapi dijawabnya hanya sepatah.. Bila tiba masa untuk 'bersama' sikap romantik yang terang-terangan nampak kepura-puraan akan menjelma.. 

Oleh kerana saya masih memikirkan perasaan bekas suami pada masa tue, saya usahakan jugak untuk pregnant, hingga membuat rawatan IUI di hospital Kuala Terengganu dan mengesahkan yang saya mempunyai keadaan rahim terbalik dan terkebelakang, serta waktu kesuburan saya pula bermula pada hari kedua period iaitu keadaan yang luar biasa untuk seorang wanita normal.. Pada mulanya rawatan IUI hampir berjaya tapi saya keguguran dek tertekan dengan sikap bekas suami.. Masa tue, kami dah berpindah ke Salak Tinggi, dan masa tue, saya bekerja di Putrajaya, manakala bekas suami bekerja di KLIA.. Semasa rawatan IUI dibuat, doktor yang merawat saya pada masa tue, bercakap secara depan-depan dengan bekas suami, yang saya tak boleh memandu kereta sepanjang tempoh rawatan IUI sehingga kandungan mencecah 3 bulan ke atas... Pada minggu pertama dan kedua semasa proses IUI berlaku, bekas suami menyambut baik dengan cadangan doktor tue, tapi bila masuk minggu ketiga, mungkin kepenatan kerana perlu berpatah balik ke KLIA setelah menghantar saya ke Putrajaya, bekas suami mula merungut hampir setiap hari dan rungutan itulah yang menyebabkan saya keguguran di usia kandungan sebulan..  Sejak pada itu, bekas suami seolah-olah menyalahkan saya dengan keguguran kandungan dan hampir setiap hari saya menangis dek perlakuannya.. Bila dia balik ke rumah, kami seperti orang asing, tak bercakap seperti kebiasaannya suami isteri berborak, kecuali bila tiba 'waktunya'.. Hampir enam tahun saya cuba untuk memperbaiki hubungan kami, tapi dalam masa yang sama Allah menganugerahkan saya satu perasaan yang kuat mengatakan bekas suami memang tak bahagia dengan saya.. Masih memikirkan perasaan orang lain, saya mintak dilepaskan agar bekas suami dapat mencari kebahagiaan yang dia mahukan..Masa tue saya tak fikirkan perasaan saya, yang bermain di fikiran saya hanyalah 'suamiku dah tak bahagia denganku, alangkah berdosanya aku membiarkan dia tak bahagia'.. Jadi pada bulan November 2013 gugurlah talak satu ke atas saya..

Alhamdulillah, kini saya menemui kebahagiaan saya sendiri walaupun peristiwa yang penah berlaku sejak kecil sehingga perkawinan pertama saya selalu datang menjelma dalam fikiran.. Kehadiran suami saya kini melengkapkan kehidupan saya walaupun bayangan lama masih menghantui diri ini.. Saya jugak bersyukur kerana doa saya dimakbulkan oleh Allah dengan pulihnya hubungan saya dengan ummie dan abah.. Hingga kini saya masih lagi merawat diri saya dengan sentiasa mem'pasak'kan dalam fikiran, "Allah tetap ada dengan aku walau orang lain taknak bersama denganku.. Sedangkan Kekasih Allah, Rasulullah SAW penah dihina dengan teruk sekali dengan masyarakat ketika itu tapi baginda masih bersabar, takkan aku yang penuh dosa nie tak dapat nak sabar dengan dugaan yang kecik nie.." Walaupun begitu, saya masih tak dapat nak membuang segala perkara yang pahit kerana itulah airmata saya takkan berhenti mengalir selagi peristiwa tue kadangkala menjelma dan setiap kali peristiwa tue muncul, saya pasti akan menangis selama berjam-jam lamanya kemudian bermuhasabah diri sendiri, dan esok saya akan bangkit semula dengan semangat yang baru.. Kini saya masih dalam situasi Try To Convince (TTC) tapi ada kalanya fikiran dan perasaan saya masih  lagi memikirkan perasaan orang lain, terasa ingin meminta perpisahan daripada suami kerana mungkin dia mahukan cahayamata melebihi segalanya.. Tapi saya takkan membiarkan perasaan negatif tue berleluasa dalam minda.. Saya akan terus mem'pasak'kan fikiran saya yang ujian saya nie begitu kecil sekali jika dibandingkan oleh para Nabi dan Rasul dan itulah yang menguatkan saya sekarang nie untuk teruskan kehidupan kerana ianya masih panjang lagi perjalanannya..

Jadi, pada awak yang mengalami kemurungan, awak perlu percaya satu jea, Allah tau awak kuat sebab tue Dia pilih awak untuk berdepan masalah itu kerana apa yang berlaku pada awak sekarang menjadi benteng kekuatan awak di masa depan di mana cabaran akan menjadi lebih berat dan besar untuk kita tangani.. Selain itu, di sinilah terletaknya keimanan kita dan kepercayaan kita pada Allah, sebagaimana kita nak orang bersangka baik pada kita, macam tuelah Allah nak kita bersangka baik padaNya.. kalau kita nak orang lain rindukan kita, camtulah Allah rasa, Dia rindukan suara kita untuk memohon perlindungan dan memohon bantuanNya.. Jadi sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan dan semoga awak suma sembuh daripada penyakit kemurungan ini.. Semoga kisah saya ini menjadi aspirasi untuk sesiapa yang mengalami kemurungan..

#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
#iamasurvivorofdepression

read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Rescuers find five survivors in Laos cave | Keratan akhbar The Sun 29 May 2026
  • Jom Kita Masak-Masak
    Rojak Buah Stor Versi Terengganu
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ▼  2026 (50)
    • ▼  October (10)
      • Di Sebalik Nama SRLavender Studio: Dari Starlavend...
      • Bila Pustakawan Mula Coding: Terhasilnya Permainan...
      • Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sid...
      • Nieyl Cari Bloglist Baru
      • Dari Melayu, English, Jepun… Sekarang Korea & Mand...
      • Saya Join Segmen Mencari Blogger Aktif di Beeha Azman
      • Penutup Program Perpustakaan 2026
      • Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad
      • Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best &...
      • 1 Oktober: Dari Rak Buku Di Bilik Sendiri, Hingga ...
    • ►  September (8)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (14)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2025 (59)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (133)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (20)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (268)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (27)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (271)
    • ►  December (59)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist February - July 2026

  • KasihkuAmani
    Majlis Kesyukuran, Tahlil & Sambutan Hari Lahir
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Dinner 8 November 2026: Mi Sup Daging
  • aizamia3
    Bila Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Malaysia
  • Titian Perjalanan
    Ayam Hutan dan Ikan Puyu
  • Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini!
    Cantas, Baja Dan Siram Pokok Di Hari Cuti Deepavali
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: KISAH SABTU DI KAMPUNG :.
  • Blog Rabia Adawiyah
    Nasi goreng paprik
  • Manis Strawberi
    Bunga Pokok Kunyit
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Pagi ni..MOPD
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Nampak Kaya vs Memang Kaya – Apa Bezanya?
  • anajingga
    Nostalgia tiket bas lama
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Suka Cara/Sistem Lama
  • Camdandusler
    Sırça Köşk Bizlere Neler Anlatıyor
  • Warisan Petani
    Otto Dah Jumpa
  • Sii Nurul
    Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta Kelas DA di Kudat
  • Drawing the Words
    Stylista Is In The House
  • Syurga Untuk Sofie🖊️
    Tentang kopi yang hitam...
  • Aida Deq Su
    Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 - Lived experiences heard: real voices, real change
  • Blog Cik Renex
    Bento Merdeka untuk Program Merdeka Tabika Mikhail
  • Yusuf Baradar
    Setiap Orang Tidak Akan Terlepas Daripada Penilaian Dan Kritikan Manusia
  • ~ Blog Diari Famili Kami ~
    27/12/2025 | Hallstatt, Austria
  • Daily Bliss Journal
    Trip Kerja ke Miri, Sarawak
Show 10 Show All

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.