Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Salam ceria Isnin

Monday, November 03, 2014




Salam ceria semua..
Hope awak suma selamat, sihat sejahtera dan dilindungi oleh Allah SWT hendaknya. Well, suma sedia maklum sekarang nie musim tengkujuh telah tiba dan telahpun melanda negara kita especially negeri-negeri pantai timur... Jadi kebanyakan tempat sudah dinaiki air banjir dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat telah dikerah untuk menjalankan tugas masing-masing... Kat rumah saya (Kampung Kepong) juga mengalami banjir tapi takdelah teruk mana, air cuma naik setakat buku lali saja...

Ini mengingatkan saya sewaktu saya kecil dulu, main air banjir bersama-sama dengan adik lelaki dan sepupu, sambil diawasi oleh ummie dan abah saya... Masa tue, memang seronok dan itulah first time saya menaiki sampan kecil dan dikayuh oleh sepupu saya...Rasa-rasanya tahun tue tahun era 80an tapi saya dah lupa tahun berapa, cuma apa yang diberitahu oleh ummie saya, tahun tue berlaku banjir besar yang pernah berlaku di negeri Terengganu secara keseluruhan, hmmm.... Sekarang nie, saya dah takde peluang untuk bermain air banjir lagi, mungkin fobia sikit-sikit memandangkan bila banjir saja, ada saja kematian lemas dilaporkan di akhbar dan media massa... Saya berharap pada kawan-kawan yang terlibat dengan musibah nie, bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan, serta awasi anak awak suma daripada berlaku yang tak diingini...

Maklum sajalah, nama pun budak-budak, mereka hanya tahu keseronokan saja tanpa mengetahui bahaya yang akan tiba... huhuhu sori jika saya membebel di hari yang penuh sejarah nie...erkkk...ada sejarah ke? Hehehehe setakat nie belum ada sejarah lagi tercatat tapi Wallahualam jika di hari esok...Jika ada apa-apa yang berlaku, Insha Allah nanti saya akan ceritakan tapi buat masa sekarang, saya memang takde apa-apa cerita lagi...

Okey, jaa mata nee minna-san... Assalamualaikum...


 

 

 

read more

Salam ceria...^__^

Saturday, November 01, 2014


Salam ceria semua...

Lamanya saya tak update blog nie, gomennasai minna-san... Line internet sekarang nie memang lembap giler, so memang malas la saya nak update blog, nak bukak page pun lembap...hmmm sori yea...

Hari nie saya nak berceloteh tentang novel hasil karya sahabat saya a.k.a. Pegawai atasan saya, Puan Jamilah atau lebih dikenali sebagai Tinta Biru... Mesti awak suma kenal dengan penulis nie, seorang penulis di bawah naungan Karya Seni atau ada yang masih belum kenal dengan penulis nie..Sebenarnya sahabat saya nie baru saja terlibat dengan bidang penulisan novel dan namanya pun terpahat sebagai penulis novel yang baru di abad nie... hehehe amboii Cik Shikin.. saya saja jea nak promote novel hasilan beliau, first novel dia bertajuk 'Awas! Bila Hati Dah Sayang' dan second novel dia bertajuk 'Aku Suka Kau Benci'... Saya selaku pengkritik novel dia (hehehehe) memberi komen, rugi awak suma tak baca novel beliau...Asal-asalnya sahabat saya nie cuma menulis mini novel saja kat penulisan2u tapi penerbit Karya Seni berminat nak keluarkan novel hasil tulisan dia jadi keluarlah hasilnya...

Novel Awas! Bila Hati Dah Sayang nie berkisahkan novel cinta di mana Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

            “Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang  je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram

            Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

            Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

            “Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro,  aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

            Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah? Well, tue sipnosisnya...

Manakala novel 'Aku Suka Kau Benci' juga berkisahkan novel cinta di mana BERMULA dari satu cabaran, Ikmal bertekad untuk memikat Mia Sarah. Niat asalnya sekadar main-main tetapi hatinya pula yang terpikat dengan gadis kampung tersebut. Namun, gadis itu cukup payah untuk dilembutkan hatinya sekaligus membuatkan Ikmal berusaha memenangi sekeping hati milik Mia sarah.
“Nak buat apa saya beri dekat orang lain? Saya tak suka orang lain, saya suka awak. Sebab tu saya nak bagi dekat orang yang saya suka. Orang yang saya sayang.” - IKMAL
“Hesy... Awak jangan merepek boleh tak? Siapa yang sukakan awak?” – MIA SARAH
“Awaklah, Cik Mia Sarah.” - IKMAL
“Perasan...” – MIA SARAH
“Saya memang perasan pun.” - IKMAL
 Cinta tidak boleh dipaksa namun Ikmal sering kali memaksa. Penolakan cinta dan tragedi dia dimalukan oleh Mia Sarah membuatkan Ikmal sanggup melakukan tindakan di luar batas. Tindakan yang didorong atas rasa malu dan dendam. Namun, perasaan bersalah tiba-tiba terbit dalam hatinya dan perasaan sayang pula makin bercambah. Kesalahan besar yang dilakukan harus ditebus. Mia Sarah wajib dinikahinya walau dengan apa cara sekalipun.
 “Abang cuma manusia biasa, Mia. Dan sebagai manusia biasa, abang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Maafkanlah abang. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya. Takkan Mia begitu keras hati tak ingin memaafkan abang? Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please forgive me…”- IKMAL
 “Saya pun manusia biasa juga. Dan sebagai manusia biasa, cukup susah untuk saya melafazkan maaf. Macam yang pernah awak cakapkan dulu, sorry seems to be the hardest word. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila. Awak telah menyakitkan saya. Saya takkan lupa apa yang awak pernah buat pada saya. Takkan pernah lupa...” – MIA SARAH
 Keadaan menjadi lebih parah apabila Mia Sarah disahkan menghidap skizofrenia. Ikmal menjadi serba salah dan menyesal. Adakah semua yang berlaku ini berpunca daripadanya? Berjayakah Ikmal membuka pintu hati Mia Sarah? Dapatkah Mia Sarah memaafkan kesalahan besar yang dilakukan oleh Ikmal? Hehehe yang nie adalah sipnosisnya...

Awak suma boleh dapatkan novel-novel nie di pasaran tempatan samada beli kat kedai atau order kat online... Memang best novel-novel nie dan tak rugi jika membacanya... Okey, setakat dulu coretan saya pada hari nie.. 

Jaa, mata nee...
 

 
read more

Selamat hari lahir Naim...!!






Selamat hari lahir adikku Naim yang ke...? hehehehe Alhamdulillah sumanya dah besar-besar belaka.. Kak Nur harap Naim akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.. Semoga Naim menjadi seorang anak, seorang suami dan seorang walid yang diredhai oleh Allah SWT... 

Apapun yang berlaku Kak Nur harap Naim akan sabar dan tabah dalam menghadapi sebarang kemungkinan sebab ianya adalah ketentuan dan ujian daripada Allah..Sebab Allah mahu menguji sejauh mana keimanan kita padaNya dan sejauh mana kita mengingatiNya... Kak Nur sayang suma adik-adik kak Nur dan bak kata pepatah, air dicincang takkan putus... 


Jaa, mata nee...
 


 
read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • Jom Kita Masak-Masak
    Rojak Buah Stor Versi Terengganu
  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Kebakaran tanah gambut 2 hektar berjaya dipadam | Keratan akhbar Utusan Malaysia 27 Mac 2026
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ▼  2026 (25)
    • ▼  June (3)
      • Lembaran Zaman | Cerita Dari Keratan Akhbar Lama
      • EKSPLORASI DIGITAL U-PUSTAKA 2026 : I-LEARN ACE
      • Hari Pustakawan 6 Jun : Perjalanan cerita saya seb...
    • ►  May (14)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2025 (59)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (133)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (20)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (268)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (27)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (271)
    • ►  December (59)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist January 2026

  • KasihkuAmani
    Memburu Kopi 3in1 di Shopee Live
  • Drawing the Words
    Galaksi Euforia Cinta
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Hantar Sulaiman
  • Titian Perjalanan
    Bunga Ros Oren Diserang Ulat
  • anajingga
    Minum petang di Kueh Cafe , Seksyen 13 , Shah Alam
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Rezeki sebelum sambung belajar...alhamdulillah
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    13 Jun 2026: Menghadiri Majlis Perkahwinan Di Damai Hill Chalet, Paya Rumput Melaka
  • Aida Deq Su
    SRG vs VAMOS - Grand Final MPL Malaysia Musim 17
  • Daily Bliss Journal
    Jom ke NyoRok Kopitiam
  • Sii Nurul
    Kenapa Ramai Peminat Anime Kecewa Bila Website Shutdown?

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.