Assalamualaikum wbt...
Hari nie adalah hari ke-3, tapi suasana hari raya Aidiladha masih terasa... Masih ada lagi rakan-rakan kita yang menyambut hari raya dengan membuat ibadah korban...
Bila sebut mengenai hari raya Aidiladha, mesti kita akan terus terbayang tentang lembu untuk dikorban, daging agihan dan suasana kampung yang meriah. Tapi pernah tak kita duduk sekejap dan terfikir, apa sebenarnya maksud pengorbanan di sebalik sambutan ini?
Hari raya Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban semata-mata, tetapi sebenarnya mengajar kita tentang keikhlasan dalam melepaskan sesuatu demi perkara yang lebih baik. Pengajaran pengorbanan ini kita ambil daripada kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, bagaimana besarnya rasa taat kepada Allah SWT walaupun ujian itu sangat berat.
Pengorbanan juga bukan selalu tentang benda yang besar. Kadang-kadang dalam hidup kita sendiri, ada pengorbanan kecil yang orang tak nampak. Mengorbankan masa untuk keluarga, mengetepikan kehendak sendiri demi orang tersayang, atau belajar melepaskan perkara yang menyakitkan hati demi ketenangan diri juga merupakan satu pengorbanan yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak.
Aidiladha juga mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas pasti akan ada ganjarannya, walaupun mungkin kita belum nampak sekarang.
Kadang-kadang, bukan mudah untuk berkorban. Tapi mungkin di situlah letaknya makna sebenar pengorbanan — belajar reda, ikhlas dan percaya bahawa Allah SWT tahu apa yang terbaik buat kita.
Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua. Semoga setiap pengorbanan kita dipandang bernilai di sisi-Nya.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

.png)
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧