JOM PERGI KE KARNIVAL SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026!! | PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHRU PADA 9 - 10 MEI 2026

Tuesday, May 05, 2026

Sumber poster : Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Assalamualaikum wbt..
Kalau hujung minggu ni masih blur nak pergi mana, meh kita turun beramai-ramai ke Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026! 🔥 Memang bukan event biasa tau, inilah masanya awak boleh rasa sendiri pengalaman jadi hero bomba yang sebenar..

Sumber poster : Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Bayangkan suasana penuh aksi dengan jentera bomba, demo menyelamat, dan paling penting—aktiviti yang confirm buat awak tak duduk diam! Nak tengok kekuatan sebenar? Jangan miss tengok aksi abang-abang bomba dalam Pertandingan Tarik Tali Antara Abang-Abang Bombaconfirm akan bergegar dengan sorakan!

Sumber poster : Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Awak juga boleh bawa anak-anak sekali sebab hari tue akan ada program yang menarik iaitu Jom Belajar Berenang bersama Skuad Bomba Tahfiz. Bukan sekadar dapat berseronok, tapi kita juga akan dapat ilmu yang sangat penting untuk keselamatan diri. 

Sumber poster : Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Yang suka cabaran pula, awak boleh join Treasure Hunt Mencari & Menyelamat 2026—rasa macam masuk misi khas, cari petunjuk, selamatkan “mangsa”, memang best!  Yang paling menarik adalah hadiah-hadiah yang sememangnya gah, mana tau awak dapat barangan elektrik, kan, dan awak jangan risau, kita cari pemenang sampai ke -30... Jadi jangan lepaskan peluang keemasan nie.. 

Sumber poster : Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Dan paling penting, bawalah semua family untuk menikmati vibe Family Day Bomba— satu masa yang berkualiti bersama dengan keluarga, gelak ketawa, makan-makan, dan alami kenangan yang susah nak lupa...!

Dekat mana lokasi nya..? Bila pula harinya..?

📍 Plaza Angsana, Johor Bahru
📅 9 & 10 Mei 2026

Jadi ayuh semua warga Johor dan kawasan sekitar, jom kita support wira merah kita—jangan lupa datang beramai-ramai, dan sama-sama kita meriahkan Hari Bomba 2026! Jumpa awak semua di sana yea..!!!!🚒🔥


" First In, Last Out "


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧