Assalamualaikum wbt...
Rasanya saya dah kembali ke trek asal tapi macam dah lambat sikit.. Tapi saya takkan lupa dengan rutin bulanan nie..
Sebelum saya umumkan nama-nama yang berjaya masuk dalam senarai bulanan, saya nak bagitau yang saya akan melunaskan satu lagi janji yang saya rasa dah lama tak tertunai... Masihkah awak ingat dengan cerita saya yang nie..?
Haa.. Dah ingat kan..? Tapi cerita saya nie tergantung sampailah hujung tahun dan sampailah dah habis tahun 2025... Ya Allah, bila saya teringat terus rasa macam bersalah sangat-sangat..
Awak jangan risau, janji saya akan tetap saya tunaikan..
Nantikan cerita saya yang akan datang, dan saya akan mengumumkan nama yang bertuah yang menjadi pengomen tegar untuk tahun 2024 dan tahun 2025... Tunggu yea...! Insha Allah, saya akan melunaskan hutang janji nie..
Okey, kita beralih cerita asal.. Inilah 10 nama-nama yang berjaya masuk carta untuk bulan nie, tak banyak berubah kecuali dua nama yang kembali masuk ke carta, iaitu I AM LZ dan Aida Deq Su...
Kini saya umumkan nama penerima rezeki untuk bulan Januari 2026. Tahniah diucapkan kepada....
Tahniah kepada semua pemenang bulanan. Kepada penerima rezeki bulanan, diharapkan awak dapat memberikan details kepada saya seperti nama, alamat penghantaran dan nombor telefon untuk urusan hadiah saguhati di alamat emel saya starlavender.luna@gmail.com
Seperti kebiasaan, setiap orang yang berjaya memasuki carta bulanan, cerita blog mereka akan dimasukkan dalam bloglist khas. Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog mereka, mana yang belum follow mereka, bolehlah berbuat demikian supaya senang untuk awak jejakinya lagi..
MUMMY AYU | SHA MOHAMED | NA | TOT | ANA JINGGA | I AM LZ | AIDA DEQ SU | UJIE OTHMAN | CUYA | SII NURUL
Kepada yang terkeluar daripada carta, jangan susah hati, usaha lagi yea.. Tapi tuelah saya belum ada banyak cerita lagi dalam jurnal nie.. Insha Allah saya akan cuba usaha untuk bercerita dengan awak semua.. Jumpa lagi nanti yea...
Anyway, tahniah kepada semua pemenang bulanan...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧