Home Fragrance Aroma | Unboxing Malaysia

Tuesday, January 06, 2026


Assalamualaikum wbt..
Hari ini, seperti hari-hari lain, bila kepala dipenuhi dengan segala macam benda yang perlu difikirkan, bila mata tertancap pada skrin dan jari jemari rancak menekan papan kekunci, kepenatan secara mental mula terasa. Bila mata dah mula keletihan, fikiran pun akan perlahan-lahan akan menjadi serabut dan tak tenang. 

Kadang-kadang rasa macam semua benda datang serentak, padahal bila difikirkan balik, kebanyakannya hanyalah perkara kecil.

Cuma, bila kepenatan secara mental mula datang, perkara kecil inilah yang selalunya bantu ubah mood saya.

Meja kerja saya dipenuhi dengan barangan bullet jurnal, dan susunannnya seakan-akan hampir sama dengan keadaan meja seorang pelajar. Tapi dalam kesederhanaan itu, ada satu benda kecil yang saya anggap cukup “magic” untuk tenangkan kepala — Home & Fragrance  Aroma.


Aromaterapi nie didatangkan dalam satu set iaitu sebiji bekas kaca yang kecil molek dan seuncang kecil batuan kristal yang cantik berwarna putih jernih dan hijau. Rekaan bekas kaca yang simple tapi nampak comel sangat.  Kadang-kadang bila mata jadi penat sangat, apa yang saya buat hanyalah pandang bekas tu sekejap, dan entah kenapa rasa tenang tue akan datang secara perlahan-lahan. 

Yang paling saya suka adalah fungsi bekas aroma ni fleksibel. Kita boleh pilih samada nak jadikan ianya sebagai hiasan di meja ataupun digunakan sebagai aromatherapy diffuser. Kita boleh guna mana-mana minyak aromaterapi yang kita suka, ikut mood dan cita rasa sendiri.  Tak ada betul atau salah. Bau yang buat kita rasa selesa, itulah bauan yang paling sesuai. Kalau nak jadikan ianya sebagai hiasan di meja, kita boleh hiaskan dengan benda-benda lain, macam kulit kayu manis, daun rosemary dan sebagainya. Nampak cute jea.. 

Untuk saya, pilihan bauan tak pernah berubah. Sejak dulu hingga kini, saya memang suka bauan lavender. Bau dia yang lembut, tak agresif, dan ada rasa menenangkan yang sukar untuk dijelaskan. Setiap kali aroma lavender naik perlahan-lahan ke udara, saya tanpa sedar akan tarik nafas dengan lebih dalam. Bau dia tak menyengat hidung, cuma cukup-cukup untuk ingatkan diri sendiri,

“Tak apa… boleh buat perlahan sikit.”

Sambil buat kerja, bauan aroma tu menemani saya dalam diam. Fikiran yang tadinya laju dan bercelaru, mula rasa lebih tersusun. Mood pun jadi lebih baik. Kerja yang biasanya rasa berat, tiba-tiba jadi lebih smooth. Meja yang dulunya kosong dan biasa-biasa, kini terasa lebih hidup — tenang, selesa, dan menyenangkan.

Aneh tapi benar, benda kecil macam ni boleh beri kesan yang besar. Ia bukan sekadar dijadikan sebagai pewangi, tapi satu cara halus untuk menjaga emosi dan ruang diri sendiri. Kadang-kadang kita lupa, ketenangan tak semestinya datang dari perubahan besar. Ada masanya, ia hadir dalam bentuk yang paling sederhana.

Seringkali bila kita terlalu sibuk mengejar fokus, produktiviti dan hasil, kita akan terlupa satu perkara — rasa. Rasa tenang, rasa selesa, rasa cukup dengan apa yang ada di depan mata.

Bila kita mula beri ruang pada benda kecil yang menenangkan, seperti aromaterapi kegemaran, kita sebenarnya sedang belajar untuk lebih lembut dengan diri sendiri. Tak semua hari perlu sempurna, dan tak semua perkara perlu diselesaikan dengan tergesa-gesa.

Mungkin ketenangan itu bukan sesuatu yang perlu dicari jauh. Ia sudah pun ada, menunggu untuk kita perasan. Dalam satu sudut kecil, dalam satu bau yang kita suka, dan dalam satu nafas perlahan yang kita izinkan untuk diri sendiri.

Dan hari ini, itu sudah lebih daripada cukup.

Kalau nak tengok dengan lebih jelas cara saya gunakan aromaterapi nie, awak boleh tengok video di channel youtube saya. 


Jika awak sedang mencari vibe ala-ala ketenangan seperti ini, atau sebagai hiasan yang comel boleh tengok di


Sharing is caring, kan?

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #relax #aromatherapy #selfcare #meTime #MejaKerja #KerjaTenang #HomeFragrance #KristalCantik #MoodBooster #DailyJournal #WorkVibes #SantaiSejenak #JurnalSantai

5 comments

  1. Sy skrg pun tgah riki2 wangian juga... cuma lebih prefer reed diffuser.. betul bila terhidu bauan wangi nie rasa tenang ja

    ReplyDelete
  2. Cara beza pula letak minyak aromaterapi pada batu-batunya.
    Tq. Selalu malam lepas Maghrib dah mengantuk sangat.

    ReplyDelete
  3. Aromaterapi ini memang mampu berikan perasaan yang tak dijangka.. Ketenangan yang luar biasa..

    ReplyDelete
  4. mesti wangi kan.. tenang bau lavender

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧