Tahun Baru dan Perjalanan Hidup Seterusnya

Thursday, January 01, 2026


Assalamualaikum wbt..
Tahun baru datang lagi. Bukan sekadar bertukar angka di kalendar, tapi sebagai peringatan bahawa masa terus berjalan tanpa berhenti walau sesaat — dan kita masih di sini, masih belajar untuk menjadi lebih kuat dari semalam.

Kita perlu melangkah ke tahun baru ini dengan hati yang sederhana. Tak terlalu meminta yang luar biasa, cukuplah jika setiap urusan kita dipermudahkan, setiap langkah dipandu dengan penuh berintegriti, dan setiap keputusan diberi ketenangan.

Ya Allah,
jika hidup selepas ini tidak sentiasa mudah,
maka Kau jadikan aku kuat.
Jika jalannya panjang dan berliku,
maka Kau permudahkanlah langkahku.
Jika ada ujian yang hadir tanpa diduga,
Maka Kau kurniakanlah kesabaran dan hati yang redha.

Saya berdoa agar semoga tahun ini kehidupan kita dipenuhi kelancaran dalam urusan kerja, keluarga, dan kehidupan. Semoga rezeki datang tepat pada waktunya, semoga kesihatan sentiasa mengiringi, dan semoga hati ini sentiasa dijaga daripada rasa putus asa.

Tahun baru ini saya tak minta untuk hidup yang sempurna, cuma berharap untuk hidup yang lebih tenang. Langkah yang lebih yakin. Dan doa-doa yang satu persatu dimakbul, walaupun perlahan.

Selamat datang tahun baru diucapkan pada awak semua. Semoga kita semua menjadi versi diri yang lebih baik — bukan di mata manusia, tetapi di sisi Allah SWT...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧