JEMPUTAN MENYERTAI WACANA MANUSKRIP MELAYU BIL. 1/2023

Monday, May 22, 2023



Assalamualaikum wbt..

Daun jambu dan limau purut,
Batang serai dan misai kucing,
Tumbuhan herba kalau diturut,
Banyak khasiat berdiri setanding.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami menimba ilmu baharu dalam Wacana Manuskrip Melayu Bil. 1/2023 bertajuk "Tumbuhan Herba dan Perubatan : Sudut Pandang Ilmu Sains dan Agama yang akan menghuraikan mengenai sifat dan ciri-ciri tumbuhan herba, kebaikan dan kemudaratannya seperti yang terkandung di dalam manuskrip Kitab Tib dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai panduan kita dalam kehidupan seharian.

Majlis akan disiarkan pada ketetapan berikut :
Tarikh : *22 Mei 2023 (Isnin)*
Jam : *10:00 pagi - 12:45 tengah hari*
Secara dalam talian di PNM TV Channel :

Kehadiran anda semua amatlah kami hargai. Sebarkan seluasnya agar lebih ramai mendapat manfaat. Sekian, terima kasih.

PUSAT KEBANGSAAN MANUSKRIP MELAYU, PNM
TEL: 03-2687 4394 / 1864 / 1755

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



5 comments

  1. Buat secara talian ya. Ramai dari tempat lain boleh sertai.

    ReplyDelete
  2. Oh! Dah tamat rupa2nya wacana ni. Terlepas la peluang nak dptkan sedikit ilmu...

    ReplyDelete
  3. dah lepas dah.. bagusnya sesekali mgnhadiri program gini

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧