Program Jom Baca Bersama 10 Minit | 18 Mei 2023

Wednesday, May 17, 2023


Assalamualaikum wbt..

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah- pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) akan mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 18 Mei 2023 (Khamis), bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Program ini merupakan program utama sektor perpustakaan yang dijalankan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bagi menyemarakkan amalan membaca sebagai amalan hidup.

Jadi, saya nak menjemput rakan-rakan semua untuk turut serta meraikan sambutan Program Jom Baca bersama 10 Minit 2023 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 18 Mei 2023 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi- 11.10 pagi (bacaan serentak seluruh Malaysia)
Tempat : Tingkat 10, Menara PNM dan siaran langsung di

Sebagai tanda sokongan daripada awak semua dalam menjayakan program ini, awak boleh membuat pendaftaran pada pautan yang disediakan. 

Semoga tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin terus berkembang dalam menjadikan insan yang banyak ilmu pengetahuan.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



2 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧