Selesai buat pembaharuan lesen memandu

Friday, August 20, 2021


Assalamualaikum wbt...
Baru-baru nie pada 4hb Ogos 2021, Jabatan Pengangkutan Jalan telah membuat pengumuman kepada semua pemegang lesen memandu supaya membuat pembaharuan lesen sebelum 30 September 2021... Selepas 30 September 2021, aktiviti pematuhan daripada JPJ dan PDRM akan dilaksanakan... 



Kemudian, pada 7hb Ogos yang lalu, Pos Malaysia telah membuat pengumuman pembukaan semua urusniaga secara temujanji dalam talian... 


Kebetulan pulak, lesen memandu saya telah tamat tempoh pada tahun nie... Nak tahu kisah tragis...??

Pada mulanya saya cuba untuk membuat pembaharuan lesen melalui aplikasi MySikap JPJ, tapi bila nak klik dekat bayaran, ianya seperti tak dapat dilakukan.. Saya mencubanya berkali-kali tapi tak berjaya, lepas tue guna kaedah pembayaran secara kredit dan debit pun tak berjaya... Adoiiii frust gilerrr time tue...

Kemudian saya cuba pulak untuk menetapkan tarikh temujanji untuk pergi ke pejabat pos di Salak Tinggi, malangnya perkhidmatan tue tak dapat dilakukan buat masa nie...Frust lagi...

Lepas tue, saya mencuba nasib dekat pejabat pos Sepang tapi malang sungguh nasib saya, tarikh untuk bulan nie sehingga akhir bulan September dah penuh... Warrghhhhhh... Terus nak jadi Hulk Hogan... 

Kalau ikutkan saya memang boleh ke JPJ Putrajaya untuk buat pembaharuan lesen, masalahnya adalah kaunter JPJ dibuka pada hari bekerja sahaja... Memandangkan saya masih lagi BDR sepenuhnya dan dalam pekeliling perkhidmatan JPA, sesiapa yang bekerja secara BDR, kami tak dibenarkan sama sekali untuk membuat kerja-kerja peribadi semasa dalam tempoh waktu BDR kerana waktu tue adalah sama seperti waktu bekerja hari biasa (Bekerja Dari Pejabat @ BDP).. Jadi, saya dah mula rasa panik disebabkan lesen memandu dah mati, walaupun diberi tempoh oleh JPJ untuk buat pembaharuan lesen... 

Lepas tue, saya teringat kat dalam group whatsapp, ada seorang rakan kami yang memberi perkhidmatan untuk tolong buat pembaharuan lesen memandu, lalu saya pun hubungi beliau untuk pertanyaan...



Mulanya saya tak berapa yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan, sebab selama nie saya tak pernah lagi gagal untuk buat pembaharuan lesen... Tapi memandangkan situasi yang saya alami sekarang amat genting sangat-sangat jadi terpaksa guna perkhidmatan mereka..

Alhamdulillah, setelah bersembang dengan mereka lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan, saya pun bersetuju untuk memberi kebenaran kepada mereka bagi pembaharuan lesen.. Setelah memberi maklumat yang diperlukan dan membuat bayaran kepada mereka, saya tak perlu menunggu lebih lama... Pada 13hb Ogos, pihak Safriana Ventures menghantar mesej bergambar melalui whatsapp kepada saya yang mereka telah pun berjaya membuat pembaharuan lesen dan pada hari yang sama jugak mereka mengepos lesen tue ke alamat rumah saya... 

Oh, ya... Lupa nak sebut... Kan tadi saya cakap yang saya tak berapa yakin dengan perkhidmatan mereka, kan...? Nak tahu kenapa...? Kerana tempat operasi mereka di Caltex Wakaf Aik, Pantai Senok, Tawang, Kelantan... Lepas tue, saya cuba husnuzon dan cuba bertanya kepada mereka tentang apa-apa maklumat yang menyakinkan saya untuk percayakan perkhidmatan mereka, dan mereka memberikan maklumat melalui facebook mereka... Lepas tue, saya cuba hubungi rakan-rakan yang lain dalam group whatsapp saya untuk bertanyakan perkhidmatan pihak Safriana di mana pihaknya juga ada dalam senarai group kami.. So, lepas tue, setelah ada rakan-rakan yang mengesahkan dan pernah guna perkhidmatan Safriana Ventures barulah saya percaya dan yakin dengan pihak Safriana Ventures.. 

Alhamdulillah, mereka dah membuktikan yang perkhidmatan mereka boleh dipercayai dan akhirnya saya menerima parcel berisi lesen memandu pada hari semalam iaitu 19hb Ogos 2021, guna Poslaju... 

Lega hati nie bila dah dapat baharui lesen tanpa resah gelisah lagi.. Jadi, pada sesiapa yang belum memperbaharui lesen memandu dan tak dapat nak lakukannya sebagaimana sama dengan situasi saya, awak boleh cuba guna perkhidmatan Safriana Ventures ini, dan jangan risau dengan kehilangan lesen awak kerana ianya dilindungi insurans bergantung pada kurier yang ditawarkan..  Untuk awak yang berada di kawasan Kelantan juga, boleh guna perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Safriana Ventures... 

Selain daripada perkhidmatan pembaharuan lesen, mereka juga memberi perkhidmatan pembaharuan cukai jalan kenderaan, perkhidmatan towing, semakan senaraihitam, perkhidmatan bayaran saman JPJ / PDRM / PBT dan perkhidmatan tukar hakmilik kenderaan persendirian...




Untuk maklumat lanjut awak boleh hubungi pihak Safriana Ventures ini...



Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Safriana  Ventures kerana memberi perkhidmatan yang terbaik kepada saya.. Saya mohon ampun dan maaf kerana mempunyai perasaan syak wasangka sebelum ini, maklumlah sekarang nie macam-macam perkara yang tak berapa baik berlaku dan saya cuma ambik pendekatan berhati-hati.. Tapi awak telah membuktikan bahawa prasangka saya salah selama ini, jadi minta maaf yea... hihihi jadi saya bagi sepuluh bintang kepada perkhidmatan Safriana Ventures...

Moral of the story, jangan ada perasaan prasangka yang bukan-bukan tanpa selidik terlebih dulu..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



14 comments

  1. alhamdulillah dah selesai. terima kasih juga atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Takut juga sebenarnya guna orang ketiga. Hehe apapun alhamdulillah siap.

    ReplyDelete
  3. Kereta saya insurans dah dihidupkan tempoh hari, tapi roadtax belum. Lesen pun belum hidupkan lagi..

    ReplyDelete
  4. kita bkn xnk percaya kan tp benda2 melibatkan online kdg2 perlu berjaga2..
    dh yakin bru blh try.. nasib baik khidmat ni blh dipercayai..
    alhamdulillah.. selesai renew lesen.. hehe

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan kak NA, takut nak guna pihak ketiga. Apa apa pun, alhamdulillah selesai jugak urusan renew lesen memandu kak shikin.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, selesai perkara yg penting ni kan..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. perkara macam ni memang perlu diselesaikan. Lupa nak check laki punya lesen dah mati ke masih hidup. Kena ingatkan ni.

    ReplyDelete
  8. rasanya lama lg lesen memandu nak tamat tempoh. kena check jgk ni nnti.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah urusan memperbaharui lesen Shikin dipermudahkan..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, selesai juga urusan renew lesen.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. ika haritu nak renew lesen pun payah masa lockdown first2 tu huuu tapi terimakasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah selesai juga urusannya.. Cik TK pula nak renew road tax tak menyempat lagi. Huhuuu

    ReplyDelete
  13. Saya guna khidmat MyEG tu. Sebab tak yakin dengan service agent2 lain hehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧