Terima kasih kepada SitiYangMenaip | Menang hadiah GA

Friday, August 13, 2021

Assalamualaikum wbt...
Saya nak ucapkan kepada SitiYangMenaip kerana sudi mengirimkan hadiah GA yang dianjurkan oleh beliau baru-baru nie...

Sebenarnya saya sendiri pun dah lupa dengan GA nie, apapun rezeki tak pernah salah alamat, betul tak...? 

Cerita di sebalik parcel nie.. Memandangkan saya mula BDR secara penuh sejak bulan Jun yang lalu hingga kini, saya tak pasti bila parcel nie sampai kat opis.. Kebetulan pada hari Isnin lepas, saya pergi ke opis untuk mengambil keratan akhbar (assignment untuk BDR) dan kebetulan saya memang akan naik ke aras 2 di mana pigeon hole surat dan memo ditempatkan... Bila check dalam pigeon hole, ada satu bungkusan yang tertulis nama Shikin Razali... Nasib baik lah Siti tulis nama Shikin Razali, sebab kat opis saya tue ada 3 orang nama yang ejaan yang sama iaitu Shikin... 

Terima kasih kepada SitiYangMenaip | Menang hadiah GA

Dan bila bungkusan dibuka, ada snack diberikan berserta dengan nota... Wahhh... Alhamdulillah.... Bila dibuka, terus saya makan sebabnya lapar... hihihihi..

SitiYangMenaip nie seorang blogger yang suka mengembara ke negara-negara seperti Korea, Eropah, Jepun, Turki, dan lain-lain negara.. Sejujurnya saya amat kagum dengan Siti kerana dia mampu untuk berkelana di negara orang.. Hihi macam saya nie, Sabah Sarawak pun tak lepas lagi... adoii, sedeyy hidup, tapi Insha Allah, jika semuanya dah kembali sediakala, saya akan cuba untuk kumpul duit untuk menikmati suasana di negara orang, ambik pengalaman... kan...

So, pada awak yang belum lagi follow SitiYangMenaip, awak tak rugi pun follow dia sebab dia ada banyak cerita yang menarik tentang negara-negara yang dia kunjungi..

Kepada Siti, akak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada awak kerana mengirimkan hadiah nie untuk akak... Jika awak anjurkan lagi GA, jangan lupa jemput akak yea, Insha Allah akak akan cuba untuk join... 

Terima kasih sekali lagi... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



18 comments

  1. tahniah kak shikin
    nnti2 free jenguk blog rabia
    manatahu dpt header blog from rabia

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah murah rezeki kak ikin & kak siti juga

    ReplyDelete
  3. tahniah! alhamdulillah.. rezeki.. =)

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. Cantiknya..
    Salam Jumaat..

    ReplyDelete
  5. Oh ini peraduan pemberian cenderamata NZ.
    Tahniah Shikin kerana menang.

    ReplyDelete
  6. tahniah kak shikin. rezeki mmg x salah alamat..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki kak shikin, tahniahhh! :D

    ReplyDelete
  8. Salam, alhamdulillah rezeki, tahniah.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahniah kak menang giveaway. rezeki akak. :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah kak shikin.. rezeki tu.. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. Tahniah shikin.. murah rezeki

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah rezeki rezeki. Tahniah Kak Shikin :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧