Review : The Happening (2008)

Wednesday, February 17, 2021

Assalamualaikum wbt..
Filem nie agak lama ditayangkan iaitu pada tahun 2008 tapi saya baru tengok filem ini.. Filem psychological thriller ini adalah ditulis dan diarahkan oleh orang yang sama iaitu M. Night Shyamalan sememangnya mendebarkan para penonton.. So, apakah filem itu..? Jom..

Review : The Happening (2008)

The Happening
Mengisahkan secara tiba-tiba bandar New York menjadi huru hara apabila penduduknya dikatakan mati secara tiba-tiba.. Kejadian pertama berlaku dekat taman rekreasi yang disedari oleh seorang wanita yang berasa pelik dengan sikap orang-orang yang berada di taman itu..

Secara tiba-tiba mereka menjadi keras kaku seperti sebuah patung dan seorang demi seorang berjalan secara mengundur.. Wanita itu berasa pelik dan dia bertanya pada rakannya tapi secara tiba-tiba rakannya mula mengeluarkan kata-kata aneh dan seterusnya rakannya itu membunuh diri dengan mencucuk leher menggunakan penyepit rambut bentuk chopstick. 

Kemudian, berlaku kisah lain pulak di bandar New York, pekerja pembinaan seorang demi seorang membunuh diri dengan terjun daripada bangunan yang sedang dibina.. Bingung dengan keadaan itu, keadaan menjadi huru hara..

Manakala di sebuah sekolah tinggi, semasa Elliot Moore (Mark Wahlberg) seorang guru sains sedang mengajar, dia dipanggil oleh guru besar dan mereka semua diberi taklimat tentang perkara ini.. Bimbang perkara buruk berlaku, mereka membuat keputusan untuk pelajar dibenarkan pulang ke rumah.. Dia bersama dengan rakan gurunya Julian (John Alberto Leguizamo) mula mencari tempat untuk melarikan diri.. Julian membawa anaknya Jess dan memujuk Elliot serta isterinya Alma Moore (Zooey Deschanel) untuk mencari isteri Julian di Philadelphia. 

Semasa menaiki keretapi, mereka dapat tahu yang daerah itu telah dijangkiti dengan perkara yang sama.. Keretapi yang mereka naiki telah berhenti di sebuah bandar kecil dan mereka semua tak dapat teruskan perjalanan ke Philadelphia.. Bimbang dengan keselamatan isteri, Julian meminta Elliot untuk menjaga anak perempuannya Jess sementara dia pegi mencari isterinya. Tetapi semasa dalam perjalanan, Julian terserempak dengan mayat-mayat yang bergantungan dan disitulah dia berasa yang hayatnya akan berakhir dan akhirnya dia mati dengan mengelar tangannya menggunakan kaca setelah kereta yang dia naiki itu berlanggar pada sebuah pokok.. 

Sementara itu, Elliot bersama dengan Alma dan Jess dan beberapa orang yang terselamat telah memulakan perjalanan untuk mencari tempat yang selamat, tapi seorang demi seorang yang bersama-sama dengan mereka akhirnya membunuh diri.. Elliot mendapati udara yang mereka sedut ini adalah merupakan udara beracun dan apabila angin meniup, ianya akan membawa udara beracun sekaligus sesiapa yang menghirup udara itu akan mengalami perkara aneh yang kemudian akhirnya mereka membunuh diri mereka...


Apakah yang sebenarnya berlaku..? Apakah bahan kandungan udara itu hingga menyebabkan manusia yang menghirup udara itu akan membunuh diri...? Adakah Elliot, Alma dan Jess terselamat daripada bencana itu..?

Mula-mula saya tengok filem nie rasa macam suspens jugak, mana taknya.. Udara yang kita sedut nie menjadi racun kepada manusia sejagat.. Tapi tak tau apakah punca sebenar udara beracun sebab pada akhir cerita nie, kota Paris jugak diserang dengan udara ini... Meremang jugaklah bila tengok filem ni.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



7 comments

  1. udara yg kita sedut jadi racun? huaa scary nya cita ni

    ReplyDelete
  2. Movie favorite zaman sekolah dulu! Tak tahu berapa kali ulang movie ni sebab jalan cerita dia nerve-wrecking and mind-blowing! :D

    lenne | lennezulkiflly.com

    ReplyDelete
  3. Cerita lama nie.. tak pernah tengok lagi rasanya..

    ReplyDelete
  4. mcm pernah tgk la citer ni..tp xingat bila..

    ReplyDelete
  5. Cerita yang menarik. Boleh tengok nanti. tq share.

    ReplyDelete
  6. Wahh nak cari la, macam best je ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧