Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Sis Hawa

12:53 AM

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna

Assalamualaikum wbt..
Sepatutnya cerita ini keluar pada 2 minggu lepas, tapi dek disebabkan yang tak dapat nak elak, saya terpaksa keluar cerita nie pada hari nie.. maaf sangat-sangat.. Insha Allah saya akan teruskan jugak walaupun mempunyai kekangan masa.. Okey, jom kita kenal sahabat saya kali nie.. 
Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Sis Hawa


Blog Sis Hawa... Nama di sebalik pemilik blog ini adalah Siti Awadah atau lebih dikenali sebagai Sis Hawa... Sis Hawa nie mempunyai 6 orang penyeri rumahtangga, berasal daripada Utara Semenanjung tapi kini dia tinggal di Kelantan.. Merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan dalam masa yang sama jugak dia menjadi seorang blogger yang berjaya dan dia merupakan seorang founder group blogger iaitu Team Blogger Pantai Timur (BPT).. 

Saya mula kenal dengan Sis Hawa nie sejak mula-mula team BPT nie ditubuhkan dan saya jugak merupakan antara ahli yang terawal join team nie, tapi dek sebab tak dapat nak beri komitmen yang penuh untuk team tue, saya terpaksa undurkan diri.. Tapi walaupun dah tak jadi ahli BPT, kami tetap saling berhubung antara satu sama lain.. Sis Hawa jugak yang telah menolong saya untuk mendaftar blog ini yang dijadikan domain daripada blogspot ke dotcom. Kalau ikut pada sejarahnya, blog Sis Hawa nie ditubuhkan pada tahun 2017 tapi amat berjaya dalam dunia blogging dan pageview nya pun amat memberangsangkan, kerana terlalu banyak informasi yang menarik yang dikongsikan oleh Sis Hawa.. Lagi satu apa yang menarik tentang Sis Hawa nie adalah beliau boleh design blog, jadi jika ada antara awak yang nak tukar template blog bolehlah hubungi Sis Hawa.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Panduan Blogging : Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik Dan Visitor Pada Blog
Cara-Cara Untuk Membuat Ujian Saringan HIV Bagi Tujuan Pernikahan ;
Tanda Bayi Sedang Alahan Dengan Susu Lembu / Susu Formula Yang Perlu Mama Alert ;
Perbezaan Antara Air Mani, Mazi Dan Wadi Yang Wajib Untuk Diketahui ;

Dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog beliau.


Kepada Sis Hawa, terima kasih kepada akak kerana masih menjadi rakan blogger saya walaupun kini saya undurkan diri dalam team BPT.. Tapi apapun saya tetap akan ingat jasa akak dan ahli team yang lain kerana bagi ilmu yang tak ternilai harganya.. Saya berharap Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa dan semoga ikatan silaturahim antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya.. Terima kasih saya ucapkan kerana menolong saya dalam pembinaan domain saya dari mula hingga ke akhirnya.. Saya doakan agar akak sekeluarga akan dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah dan semoga akak dan Team BPT akan terus sukses hingga ke akhirnya.. Semoga akak teruskan perjuangan dalam memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca akak... 




Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Sis Hawa dan salam perkenalan pada semua..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna




You Might Also Like

10 lovely notes

  1. Sy pun pernah minta sis hawa design kan blog sy.. Kak hawa mmg baik orgnya. Suka baca blog dia

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum shikin.. wahhh terharu kita... Sis pun terima kasih juga sbb shikin sudi jd fren sis... sayanggg sampai bila2 tau!! walau tak dpt terus bersama dlm 1 group blogger but ikin tau sis tetap sayangggg ikin kan?? sis juga doakan moga ikin terus happpy... terus menulis walaupun busy... apa2 hal.. ikin tau kan kat mana nk cari sis.. hehe.. =D

    ReplyDelete
  3. memang respek dengan Awa nie.. sangat-sangat konsisten dan berjaya.. malah ada team sendiri..

    ReplyDelete
  4. Aida folo hawa dari awal.
    Kerap juga drop komen :)

    ReplyDelete
  5. yeay.. awa mmg best. awa design blog mama sampai comey

    ReplyDelete
  6. Blog Sis Hawa memang penuh dengan info, pageviews dia pun boleh tahan. Gaya dia berblog tu nampak macam otai and bahasa yang digunakan pun lembut je, tak kasar.

    ReplyDelete
  7. blog sis hawa ni memang cantik dengan template blog. review dia pun padat dengan info

    ReplyDelete
  8. betul tu farhana.. suka gi blog awa

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak singgah blog sis hawa ni. Sebelum ni ada juga singgah cuma jarang nak tinggal jejak. Blog dia memang penuh dengan info. Dulu ada juga minta dia design kan template blog cuma sebab nak cepat dan tak sabar tak jadi hehe. Tapi domain blog dialah yang tolong

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators