Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

1:52 AM

Assalamualaikum wbt..
Hari raya Aidilfitri telah berlalu, tapi minggu lepas, Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti telah bersepakat untuk mengadakan majlis Jamuan Hari Raya Peringkat Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti pada 5 Julai yang lalu... Seminggu sebelum majlis ini berlangsung kami semua telah bermesyuarat dan kami telah mengambil kata sepakat bahawa setiap cawangan perlu mengadakan makanan yang berlainan.. Cawangan saya telah diberi amanah untuk membuat mee kari tapi dalam masa yang sama jugak, adalah jugak sumbangan lain seperti Cendol Songkok Tinggi yang terkenal di Seremban, Char Kuey Teow yang sedap dan juga durian.. Saya pula bersepakat dengan dua lagi rakan untuk menempah tapai pulut yang dibalut dengan daun getah sebanyak 5kg.. 

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti


Manakala cawangan lain juga turut menyumbang pelbagai juadah yang memang sedap dan kenyang seperti steamboat, lemang, ketupat, nasi kerabu, pelbagai kuih muih termasuk pelbagai bubur dan sedikit buah-buahan seperti tembikai, nanas dan betik.. 

Pengarah Pengurusan juga mencadangkan bahawa satu lagi acara tradisi kami yang akan berlangsung pada waktu petang iaitu acara menukar hadiah kepada semua staf Bahagian Pengurusan, jadi kami perlu menyerahkan hadiah kepada urusetia pada 4 Julai yang lalu.. Masa tue memang havoc sangat sebab masing-masing dok fikir apa hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada rakan-rakan yang lain.. Dan satu lagi acara yang kami perlu lakukan adalah acara catwalk yang disertai semua staf dan hadiah misteri akan diberikan kepada 2 orang pemenang...

So, pada hari kejadian, kami mula sibuk menghias meja cawangan masing-masing dengan dekorasi yang menarik kerana majlis bermula pada pukul 10 pagi, jadi bila jam menunjukkan 9.30 pagi, kesemua staf Bahagian Pengurusan mula makan kerana selepas itu kami perlu melayan tetamu yang hadir.. Dan bila gerai Char Kuey Teow serta Cendol Songkok Tinggi mula dibuka, kami pun serbu la gerai tersebut.. hihihi.. Memang havoc pada masa tue, tetamu yang hadir pun kesemuanya kekenyangan ditambah pulak dengan bunyi kebisingan gerai-gerai cawangan, seperti bunyi pasar malam gayanya..  Lebih manis pada majlis ini adalah kehadiran Ketua Pengarah kami YAS Dato' Hamdan Abdul Wahid ke gerai juadah dan beliau memuji kesemua juadah yang kami sediakan memang sedap-sedap belaka, especially dengan kehadiran buah durian yang sedang meletop sekarang.. Majlis jamuan hari raya kami selesai pada pukul 12 tengahari dan ketika itu pun walaupun ada gerai yang dah tutup, tapi masih ada lagi tetamu yang hadir kerana pada waktu tue, gerai Char Kuey Teow dan gerai steamboat masih dibuka... 

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti


Pada waktu petang, acara kami diteruskan dengan cabutan nombor untuk mendapat tukaran hadiah daripada rakan-rakan, diikuti dengan acara catwalk kesemua staf.. Catwalk lelaki dimenangi oleh staf daripada Cawangan Teknologi Maklumat manakala catwalk wanita dimenangi oleh staf daripada Cawangan Pengurusan Kewangan.. 

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti

Alhamdulillah, dapatlah hadiah yang menarik jugak, iaitu sebuah lampu IKEA cuma tak pasang mentol lagi kerana mentol yang sedia ada tak muat sebab besar.. Apapun majlis jamuan hari raya Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti pada tahun ini memang havoc sangat-sangat dan ini diakui oleh staf daripada bahagian lain, kerana kalau ikutkan bahagian kamilah yang paling ramai staf sokongan daripada staf beruniform.. 

So, inilah jamuan hari raya kami di Bahagian Pengurusan.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

3 lovely notes

  1. ikut nasib kan klu dpt hadiah yg best.. wahh meriah jamuan raya.. cendol songkkok tu mmg popular. sy pernh pegi kenduri ada cendol songkok memang sedappp cendol dia...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak SHikin ^^ Lama tak bertegur sapa

    ReplyDelete
  3. menarik nyer. happening sgt. makanan nye pun terbaik.
    aida masuk keje, raya da abis, kin.
    so tak merasa la meriah nyer beraya di ofis.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators