Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Mrs. Pip

12:00 AM


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, akhirnya entri khas nie kembali kepada landasannya, hihihi.. Anyway, ada sesiapa yang masih lagi menunggu entri khas nie lagi tak...? Apapun, saya akan teruskan jugak sehingga satu masa yang sesuai untuk pengakhiran.. 

Okey, kali nie siapa agaknya yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal dengan sahabat pilihan saya kali nie...


www.shikinrazali.com

Blog Cerita Cinta Surirumah Mrs.Pip... Nama di sebalik Mrs Pip adalah Emphi Yap, berumur 30-an,berasal daripada Kota Kinabalu, kini dia menetap di Membakut, sudah berumahtangga dan mempunyai 3 orang cahayamata yang comel... Unik kan nama asal Mrs Pip (panggilan Mrs Pip adalah nama panggilan suami dia).. Maksud di sebalik nama unik nie..? Menurut cerita Mrs Pip, Emphi nie adalah EM - East Malaysian dan PHI - Philippines, hihi orang dulu-dulu suka main letak jea nama, sebab tue la terhasilnya nama Emphi, manakala Yap pulak adalah nama ayah Mrs Pip.. Betul tak Mrs Pip..? hihi

Ikatan persahabatan kami bermula pada tahun 2016 (kalau tak silaplah) semasa kami sama-sama menyertai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger.. Mrs Pip adalah salah sorang yang selalu menjadi Top Commentator dalam jurnal saya dan dia memang seorang yang supportive dengan semua rakan blogger.. Mrs Pip mula berblog sejak tahun 2008 dan masa tue niche blog dia berkonsepkan pemakanan sihat tapi sekarang niche dia dipelbagaikan.. Mrs Pip memang suka berkongsi informasi, cerita kehidupannya, pelbagai review dan ada jugak dia berkongsi resipi untuk tatapan bacaan peminat dia.. Sebelum Mrs Pip membeli domain blog, nama blog dia yang terdahulu adalah sukasukisurirumahdotblogspotdotcom dan kini dia memilih namanya  sebagai domain pada blognya. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

 Visiting Batu Luang & A Stop Over At Tempurung Seaside Lodge
 Permainan Femes Sekitar 80-an : Batu Tujuh / Batu Seremban
 Makanan PERTAMA Penghuni Syurga
 Resipi Salad Epal Hijau Sedap Dan Rangup Sesuai Sebagai Kudap Kudap Ibu Mengandung

dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca..


Kepada Mrs Pip, saya nak ucapkan terima kasih pada Mrs Pip kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger saya dan sentiasa menyokong saya dalam dunia blog ini.. Terima kasih jugak yang tak terhingga kerana awak selalu singgah dan memberi komen yang membina setiap bulan dan saya nak mintak maaf kerana kehadiran saya dalam blog awak kejap kejap tenggelam kejap kejap timbul tapi saya memang selalu singgah secara senyap-senyap (silent reader).. Saya doakan agar hubungan persahabatan antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya dan Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa.. Saya doakan jugak agar awak sekeluarga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah dan semoga apa yang awak kongsikan akan memberi manfaat kepada peminat blog awak.. Saya doakan jugak awak sentiasa sukses dalam dunia blog dan jangan berputus asa untuk terus memberi ilmu kepada peminat awak.. 



Jom kita singgah ke blog Cerita Cinta Surirumah Mrs Pip dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

16 lovely notes

  1. Tahniah Mrs. Pip..
    LZ follower blog Mrs. Pip. Blog Mrs. Pip antara blog kegemaran LZ juga..

    ReplyDelete
  2. terbaek.. ejulz dah lama follow mrs. pip :)

    ReplyDelete
  3. Hi..im blog walking...baru lagi dlm dunia blogging...anyway..nice entry..love to read your blog..anyway..ada masa kindly visit my blog : https://itsmesalrini.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. thanks Shikin coz masukkan mrs pip dlm segmen ni...

    ReplyDelete
  5. wahhhh bestnya ukhwah terjalin dengan blog..

    ReplyDelete
  6. Tahniah Mrs Pip.. baru je lepas tengok blog dia

    Join sini juga boleh? https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link.html

    ReplyDelete
  7. Salam kenal dari kak nad. Kak nad pon baru aktif semula. 😊

    ReplyDelete
  8. Terbaik.. tahniah mr. zip
    http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/bila-kita-mahu-lupakan.html

    ReplyDelete
  9. seronok kenal kawan2 dari dunia blogging. lagi manis ada yang bawa ke realiti kenal dan jadi BFF

    ReplyDelete
  10. hai mrspip seronok kan dgn dunia blogger ni ramai kenalan

    ReplyDelete
  11. Mrs Pip ni memang rajin mengupdate entry..semoga ukhuwah sesama kita terjalin dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  12. Suka baca perkongsian mrs pip mengenai Amin, Iman dan Nami..

    ReplyDelete
  13. i am one of your follower, mrspip :)

    ReplyDelete
  14. Salah seorang follower Mrs Pip here 💪💪💪

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators