Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Huhahuhajerrdotcom

4:09 PM

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt..
Allahu Rabbi, dek dengan kesibukan kerja hakiki dan part time, saya terlepas buat entri nie, yang sepatutnya disiarkan pada hari Selasa... hihi mintak halal yea.. sori sangat-sangat, memang akhir tahun baru-baru, kesibukan membuatkan saya tak banyak nak update jurnal nie.. Kalu ikutkan memang banyak info yang saya nak kongsi dengan awak.. hihi melalut pulak saya..

Okey, kali nie siapa agaknya yang bertuah untuk direview pada minggu ini..? Jom kita kenal-kenal dengan sahabat saya.. 

www.shikinrazali.com

Blog Huhahuhajerr... Nama di sebalik nama pena blogger ini adalah Noor Akma yang berumur awal 40-an, berasal daripada Ipoh tapi kini telah menetap di Shah Alam. Mempunyai 4 orang cahayamata dan Kak Akma nie nie merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa selain daripada menjadi blogger dan dalam masa yang sama Kak Akma merupakan seorang usahawan wanita.. 

Persahabatan kami bermula daripada segmen dan giveaway yang dianjurkan daripada rakan blogger yang lain dan Kak Akma jugak pernah menyertai giveaway yang pernah saya anjurkan dulu.. Seperti mana nama blog yang begitu santai, macam tuelah entri di dalam Kak Akma, yang begitu sempoi dan santai saja penyampaian sesebuah entri yang dihasilkan. Blog Kak Akma sememangnya tak jemu untuk dibaca kerana terlalu banyak entri yang menarik seperti perkongsian resipi, pelbagai tips, petua selain daripada menceritakan pengalaman hidupnya.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

 Fakta Filem Titanic Yang Mengujakan Walau Dah Lebih 20 Tahun Berlalu

www.shikinrazali.com

Kepada Kak Akma, terima kasih kerana akak masih lagi sudi menjadi rakan maya saya.. Terima kasih jugak kerana selalu bagi sokongan kepada saya dan saya nak mintak maaf kerana jarang bagi komen dalam blog akak, kerana dek kesibukan kerja.. Tapi saya memang selalu blogwalking rumah akak dan Insha Allah satu hari nanti harapnya kita dapat bertemu.. Saya doakan agar akak terus sukses dalam dunia blogging dan tak berputus asa dengan apa jua dugaan.. Saya doakan jugak akak sekeluarga dirahmati dan dilindungi oleh Allah dan semoga ikatan ukhuwah kita Insha Allah akan berkekalan..

www.shikinrazali.com

Jom kita singgah dan jengah ke Blog Huhahuhajerr dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



You Might Also Like

7 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators