Tuesday, September 18, 2018

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Lea Azleeya

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah, nampak seperti ramai rakan-rakan saya menunggu segmen yang saya buat setiap minggu, mungkinkah ada di antara awak menunggu nama atau blog awak direview..? Harap-harap awak sabar dengan tabah disebabkan terlalu ramai calon, saya terpaksa buat undian.. 

So, minggu nie siapa pulak yang bertuah untuk direview.. Jom kita kenal-kenal..

www.shikinrazali.com

Blog Lea Azleeya...  Nama sebenar akak yang cantik dan molek nie adalah Azliana Embong yang berasal daripada Kuantan, Pahang.. Mula memasuki dalam dunia blogging pada tahun 2013, mempunyai ramai followers blog dan juga instagram.. Mempunyai 2 orang cahayamata yang comel dan kak Lea merupakan salah sorang ahli Team Blogger Pantai Timur (BPT) yang begitu aktif sekali..

Saya kenal dengan kak Lea melalui segmen dan kak Lea antara salah sorang pengomen tegar dalam jurnal saya.. Apa saja yang saya coretkan pasti Kak Lea akan tinggalkan nota yang begitu memberi semangat diri ini untuk teruskan penulisan.. Dalam blog kak Lea memang banyak review dari pelbagai barangan hinggalah tempat percutian, tapi ada jugak kak Lea kongsikan pelbagai tips dan resipi yang menarik untuk tatapan pembacanya.. Kak Lea merupakan sorang blogger yang begitu supportive dengan persahabatan rakan-rakan yang lain, dengan menyertai pelbagai segmen dan giveaway yang dianjurkan.. Untuk pengetahuan awak, sebelum kak Lea menggunakan nama domainnya sendiri, nama blog kak Lea sebelum ini adalah sotskirt.blogspot.com .. Kenapa nama yang begitu unik...? hihi saya pun tak tahu, yang tue awak kena tanya kak Lea sendiri.. 




www.shikinrazali.comKepada Kak Lea, terima kasih saya ucapkan pada akak kerana terus menerus menyokong saya dalam dunia blogging dan akaklah yang memberi inspirasi kepada saya untuk teruskan menulis.. Walaupun kita belum bersua wajah, tapi kita saling sokong menyokong antara satu sama lain dan saya amat bersyukur sangat kerana kenal dengan akak.. Terima kasih kerana menerima saya untuk jadi salah sorang rakan akak walaupun saya hanya menjadi silent reader dalam blog akak.. Semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan dan Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa dalam mana-mana gathering daripada team kita yang disayangi.. 

www.shikinrazali.com


Jom kita jengah dan singgah ke blog Lea Azleeya serta salam perkenalan pada semua.. 

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu #SahabatBloggerPilihanStarlavenderluna

10 comments:

  1. kadang2 kita jenguk juga blog Lea hehe.. =)

    ReplyDelete
  2. sob sob sob... terharunye... tq shikin.. sorry skrg dh kurang blogwalking dek kekangan masa yg masih belum boleh handle sepenuhnye... btw, tq soooo much.. syg awak sokmo!! 😘😘😘

    ReplyDelete
  3. tahniah kak lea.btw,dari dulu lagi rabia suka baca blog kak lea.

    ReplyDelete
  4. Baru first time rasanya ke blog ni. Alhamdulillah, ternampak post ni pagi ni di kelab Shabat blogger Group. Salam kenal empunya blog..Jemput melawat blog Adaa juga ya. Nak jadi blogger hebat macam shikin juga :D


    https://adaainspiration.com/harmonize-with-nature/

    ReplyDelete
  5. Anyway maaf shikin. Lama x terjah sini. Akak ni kalau blogwalkimg, lama... Satu blog tu akak akan bebetul baca tiap entry. Itu yg amik masa nak tiba sini :-)

    ReplyDelete
  6. dulu selalu juga mama singgah blog lea

    ReplyDelete
  7. Wah.. dah 5 tahun kak lea ber-blogging. kagum ^^

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers