8 Rahsia sapuan gincu nampak kekal cantik pada bibir

2:51 PM

Related image

Assalamualaikum wbt..
Sapuan gincu pada bibir bukannya olesan semata-mata tapi ianya memberi impak keseluruhan solekan pada wajah kita. Pilihan warna gincu jugak memainkan peranan penting pada kesesuaian kulit, jadi pastikan awak jangan salah pilih.. Saya nak berkongsi dengan awak 8 teknik cara mengoles gincu dengan betul.


1) Bibir nipis - Lukis bentuk bibir dengan pensil bibir kemudian barulah oleskan dengan gincu. Selepas tue, awak sapu pengilat bibir untuk menyerlahkan lagi bentuk bibir awak agar memberi impak pada solekan wajah.

2) Bibir tebal - Gincu jenis matte adalah yang paling sesuai dengan awak. Jenis ini membuatkan bibir kelihatan seksi dan nampak 'penuh'. Pengilat bibir tak digalakkan pakai kerana ianya akan membuatkan bentuk bibir tampak terlalu besar.

3) Bibir nipis di sebelah - Bibir yang nipis pada sebelah bahagian saja turut digalakkan untuk 'diperbesarkan'. Gunakan pensil bibir dan lukis bentuk bibir pada bahagian yang nipis. Sapuan gincu jenis kilat amat sesuai untuk digunakan. 

4) Bibir kering - Awak kena pakai pelembap bibir sebelum pakai gincu. Jika awak mempunyai masalah bibir kering yang teruk, seeloknya sapukan pelembap bibir saja terlebih dulu sehingga bibir awak kembali sihat.

Image result for lipstick

5) Sapu bedak dan pelembap - Nak tau cara kekal warna gincu..? Caranya awak sapukan bedak padat pada bibir selepas diletakkan dengan sikit pelembap bibir. Kemudian barulah oleskan gincu dan warnanya akan bertahan lebih lama.

6) Warna gincu dan pengilat bibir senada - Sapuan pengilat bibir perlulah kemas agar bentuk bibir kelihatan sekata. Untuk warna gincu yang cantik, oleskan gincu dan pengilat yang mempunyai rona senada. Bila dua warna ini digabungkan, warna gincu akan menjadi luar biasa cantiknya..

7) Bedak padat dan pengilat bibir tanpa warna - Nak warna bibir yang nude..? Pedapkan bedak padat pada bibir dan gunakan pengilat bibir tanpa warna..

8) Guna pensil bibir - Untuk solekan bibir yang 'penuh' dan tak comot, penuhkan bibir awak dengan warna pensil bibir. Hasilnya, bukan saja sapuan gincu nampak lebih kemas, warnanya jugak menjadi tahan lama..

Semoga ianya bermanfaat pada semua..

#teambloggerpantaitimur

You Might Also Like

5 lovely notes

  1. Tip yang menarik ni...selalu calit calit je lipstik kat bibir.

    ReplyDelete
  2. Ohhh tips no 5 tu Siqah nampak menarik. nak cuba lah! TQ kak for sharing :)

    ReplyDelete
  3. rabia bibir nipis..so terpaksa pakai brush utk lorek lipmatte kt bibir

    ReplyDelete
  4. Bagus tips ni untuk orang yang macam saya yang tak pandai sangat nak guna gincu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators