Saturday, November 04, 2017

Peristiwa lalu..

Assalamualaikum wbt..
Rasanya dah seminggu lebih kot jurnal nie dibiarkan sepi, dan akan dibiarkan sepi seketika untuk saya lakukan kerja-kerja hakiki.. Sebenarnya ada banyak benda yang saya nak citer pada awak.. Sebelum tue saya nak mintak maaf sebab tak dapat nak blogwalking ke blog awak suma disebabkan kerja-kerja yang perlu diselesaikan, tambahan pulak boss saya masih lagi cuti bersalin, so faham-faham ajelah kalu dah kerja sorang-sorang nie..

Rentetan pada peristiwa lalu, pada 24 Oktober yang lalu, salah sorang rakan pejabat telah menemui Ilahi dan ianya memang mengejutkan kami suma... Seorang rakan yang kami anggap sebagai seorang ayah, telah meninggal dunia pada pagi hari Selasa, yang dikatakan meninggal dunia dalam tidur.. Arwah memang disenangi oleh semua orang dan arwah juga terkenal dengan kemurahan hati dengan memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar dan kucing belaannya.. Untuk memudahkan arwah memberikan makanan kepada kucing, arwah memang dah standby makanan kucing dalam guni tue di dalam keretanya.. Kami suma benar-benar rasa kehilangan arwah takala bila melihat kucing-kucing yang selalu diberi makan oleh arwah, hanya duduk menunggu pada bekas makanan kat bahagian basement parking opis.. So kami suma sepakat untuk menyambung warisan yang ditinggalkan dengan membeli makanan pada kucing-kucing tue.. Hingga kini, kami suma masih lagi terasa dengan kehadiran arwah yang memang pemurah dengan senyuman dan suka berjenaka dengan kami.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Al-Fatihah..

Okey, walaupun masih sedih dengan kehilangan arwah tapi kehidupan mesti diteruskan.. Kemudian, pada 27 Oktober yang lalu, kat Putrajaya nie ada pesta buku dan komik yang diadakan di Perbadanan Putrajaya.. Pada mulanya saya hanya menemani bff untuk membeli novel kegemarannya..

http://starlavenderluna.blogspot.my

Kesudahannya saya pun terjebak dengan akak comel nie, hihi murah kot jualannya, mau tak tergoda dibuatnya...

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my
Itulah novel dan komik yang sempat dibeli, nasib baik la saya bawak duit sikit jea, kalu bawak duit banyak, mesti banyaklah yang dibeli.. hihi.. Hubby cuma geleng kepala saja, katanya rumah nie bakal jadi kedai buku lah jawabnya.. Hihi.. Dengar citer pada hujung tahun nie, akan ada jualan murah buku dan novel.. Adoii Shikin.. Janganlah tergoda dengan citer sebegitu.. Tapi dah nama pun peminat buku dan komik, mesti nak beli kan..

Lepas tue, pada 30 dan 31 Oktober lepas, saya pergi ke Mesyuarat Pengurusan Perpustakaan Khusus Gunasama Kumpulan Pelaksana yang dijalankan di Perpustakaan Negara Malaysia yang dihadiri semua kumpulan pelaksana dari gred S19 hingga gred S38 seluruh Malaysia.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my

Akhirnya saya dapat berjumpa jugak dengan blogger Kak Sha a.k.a. KasihkuAmani yang begitu peramah dan ceria orangnya.. Kami tak sempat nak bersembang panjang disebabkan jadual yang padat dengan aktiviti yang dianjurkan..

http://starlavenderluna.blogspot.my

Kami sempat melawat ke UniKL dengan melihat bagaimana library di sana berfungsi.. Sebenarnya kalu ikutkan, ramai lagi yang hadir ke meeting tue, tapi kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk pergi ke tiga tempat yang berlainan dan kami perlu pilih ke library mana yang menjadi pilihan untuk dilawati.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

P/S : Abaikan wajah yang berminyak tue, disebabkan kami terpaksa meredah hujan untuk menaiki bas rombongan.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my

So, inilah sebahagian daripada kumpulan pelaksana pembantu dan penolong pustakawan yang melawat ke UniKL.. 

Selepas saja habis daripada meeting di KL, kembali pada kerja hakiki dan kini IP JBPM sedang mengusahakan untuk mendapat persijilan kedua amalan 5S.. Dan bermulalah kerja tambahan saya di sana.. hihi.. 

Dan masa tengah membuat kerja, kelihatan kelibat penyanyi yang mula dikenali ramai, abam bomba Syafiq Farhain memasuki opis.. Hihi, dah lama sebenarnya nak bergambar dengan abam bomba yang hensem nie, tapi malu-malu kucing.. Nasib baik Syafiq seorang yang sporting sangat-sangat, so yang jadi mangsa peneman adalah bff saya, kak Ayu.. Hihi.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my




Lagu 'Sayang Maafkan Aku' memang best untuk didengar... 

Apapun, maafkan saya kerana saya tak sempat nak berblogwalking dengan awak suma, Insha Allah, jika saya sempat curi-curi masa, saya akan balas kunjungan awak.. Terima kasih kerana sudi baca jurnal saya yang suam-suam kuku.. 


6 comments:

  1. banyakkknya novel dan komik kak..lama tak nampak akak

    ReplyDelete
  2. Kikiki.. Seronok dapat jumpa Shikin.. Betul ke ada jualan murah novel hujung tahun nie.. Wah.. Teruja rasanya..

    ReplyDelete
  3. Seronok dpt jumpa kawan blogger .....

    ReplyDelete
  4. Alfatihah buat Officemate shikin.
    Seronoknya jumpa blogger Sha. Dia mmg minat buku kan

    ReplyDelete
  5. alfatihah untuk arwah.

    bestnya dapat jumpa geng blogger lepas tu jmpe syafiq lakk. berganda2 happy kan. kirim slam kat dia ye

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers