Oleh-oleh kenangan yang selalu kita ambil..

1:42 PM



Assalamualaikum wbt..

Bila kita bercuti, pasti kita akan menginap sama ada hotel bertaraf 5 bintang ataupun paling tidak 1 bintang atau lebih dikenali sebagai hotel bajet.. Ataupun bagi yang berkeluarga besar, rasa macam tidur di homestay pun satu kemestian bila kita pergi bercuti... Untuk sesetengah orang, ada di kalangan kita nie bila dah tidur kat hotel, memang tak sah jika kita tak bawak balik barangan percuma sebagai tanda kenang-kenangan dan semestinya takde sesiapa pun yang marah jika kita ambik barangan percuma tue.. 

Nak tau apa barangan yang selalu kita ambik..? Jom..

Credits : Sumber gambar ini adalah daripada Miss Google


Kelengkapan dandanan diri - Terlupa nak bawak syampu rambut, ubat gigi,shower cap ataupun sabun badan? Awak tak perlu risau kerana barangan seperti ini selalunya memang akan disediakan pihak hotel untuk keselesaan kita malah boleh mintak extra lagi jika tak mencukupi. Ianya disediakan dalam bentuk yang kecik dan mudah dibawak ke mana-mana dan ini membuatkan tetamu hotel mudah mengambilnya untuk kegunaan lain. 




Buku panduan perjalanan, peta - Setiap sudut lobi hotel banyak disediakan buku panduan perjalanan ataupun peta untuk kemudahan pengunjung. Kadangkala pengunjung tidak terlalu memerlukan buku panduan berkenaan tapi selalu diambil kerana terdapat banyak gambar yang menarik serta saiznya yang comel.



Botol air mineral - Kebanyakan botol air mineral di hotel mempunyai label hotel tersebut. Meskipun hanya sebotol air mineral, memang ada di kalangan kita yang akan ambil untuk dijadikan kenangan.. Bukan disebabkan airnya kerana kesemua air mineral rasanya sama aje, apa yang penting adalah label pada botol air tue, terhad sangat-sangat..


Sarapan pagi - Bila dah menyewa bilik hotel, kita pasti akan dapat kupon sarapan pagi secara percuma dengan syarat pastikan sarapan pagi tue memang dah termasuk semasa awak menempah hotel... So, bila dah duduk kat hotel yang ada sarapan tue, awak turunlah makan sebabnya rugi tau kalau tak makan kerana ianya disediakan secara percuma. Apa yang paling best tue, awak boleh menambah makanan berkali-kali tanpa bayar satu sen pun.. Rugi kan kalu tak makan..?



WiFi - Walaupun WiFi bukanlah dikategorikan sebagai satu barangan, tapi ianya satu perkhidmatan percuma. Sekarang nie, kalu kita nak menempah hotel, pasti kita akan melihat kemudahan ini samada disediakan ataupun tak, sebabnya kemudahan nie menjadi satu keperluan masa kini. Biasanya pihak hotel tak kenakan sebarang caj untuk perkhidmatan WiFi.. Mesti seronok masa bercuti nie, ada WiFi yang boleh diakses..



Akhbar - Biarpun kita tak baca lagi surat khabar lantaran pada zaman sekarang, kemudahan akhbar boleh diperoleh melalui secara talian, tapi akhbar yang dihantar di depan pintu bilik kita tue adalah percuma. Sekurang-kurangnya awak boleh simpan surat khabar tue untuk digunakan lain-lain perkara seperti membungkus barang.. 



Kopi, Teh Dan Gula - Jika kita menginap melebihi sehari semalam, pasti room service akan menggantikan cadar dan tuala, akan top-up kelengkapan dandanan dan jugak air minuman.. Kebanyakan hotel pasti akan sediakan satu set lengkap untuk buat minuman seperti kopi dan teh.. Jadi memandangkan barangan ini percuma, pasti kita akan mengambilnya untuk kegunaan kita di rumah..

So, awak ada ambik yang mana..? Hihi baik awak ngaku.. 

#teambloggerpantaitimur


You Might Also Like

10 lovely notes

  1. selalunyaaa syampoo sabun jeee jd pilihan hahaha

    ReplyDelete
  2. da tuka header la..peewitt..
    nad biasa ambik syampu,sabun sbb kecik comel je

    ReplyDelete
  3. Saya juga suka ambil... dah bayar kan.. hihi

    ReplyDelete
  4. rabia suka syampu kat hotel tu..wangii jer

    ReplyDelete
  5. Selalu amik syampu yang dalam botol or minuman 3in1 yang tak pernah jumpa.. kenangan haruslah menda yang unik and limited.. hehehe

    ReplyDelete
  6. hahaha.. selalunya shampoo dengan sabun je jadi pilihan Nurul ^^

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/11/pakej-perkahwinan-yang-termurah-untuk.html

    ReplyDelete
  7. tak pernah pulak ambik air mineral buat kenangan, selalu minum habis buang mintak lagi, hehe

    ReplyDelete
  8. hahahahha kalau g hotel suka ambik sabun hahahhaha

    ReplyDelete
  9. Suka ambil sabun dan juga pen . .boleh simpan kenang kenangan

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators