Novel adaptasi drama bomba 'Hero'

Thursday, May 11, 2017

Assalamualaikum wbt..

Selamat tengahari.. Saya nak kongsi sikit pasal sebuah novel.. Awak masih ingat lagi tak drama bersiri bomba yang ditayangkan di TV2 pada sekitar awal tahun nie..? Ada berita gembira untuk pada sesiapa yang terlepas peluang untuk menonton drama ini...

Pihak NS Star Sdn Bhd telah menerbitkan sebuah novel adaptasi daripada drama bersiri bomba yang juga dinamakan hero dan sekarang telah berada di pasaran dengan berharga RM29.90 senaskhah..


Sinopsis

Kematian arwah Zaki memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Khalid, malah kepada seluruh pasukannya. Keseronokan menjalankan tugas dalam pasukan seolah-olah direntap apabila melihat Zaki tumpas di hadapan mata. Umpama mimpi ngeri yang menakutkan, Khalid seolah-olah trauma dengan kejadian tersebut.

Pemergian sahabat baiknya ini telah mengubah perwatakan Khalid. Daripada seorang lelaki yang periang dan suka mengusik, karektornya berubah menjadi serius dan terlalu berhati-hati dalam setiap tindakan. Dia tidak mahu peristiwa yang sama berulang. Tanpa sedar, dia seumpama menjadi pengawal kepada orang- orang di sekelilingnya.

Kehadiran Wana untuk menggantikan tempat arwah Zaki juga kurang disenangi pada awalnya. Khalid berasakan Wana tidak layak untuk bergandingan dengannya kerana sifat semulajadi Wana yang agak feminin. Sebenarnya, dia kurang selesa berpasangan tugas dengan wanita. Tunangan Khalid, Mastura, banyak bersabar dan sentiasa memberikan sokongan meskipun lelaki itu lebih fokus terhadap kerjayanya.


Kemarahan Khalid semakin memuncak apabila mengetahui kematian Zaki adalah berpunca daripada khianat dan api dendam. Antara amanah dengan pembelaan terhadap kematian arwah Zaki, mampukah Khalid mengawal dirinya tatkala berhadapan dengan situasi tersebut?


So, pada yang minat baca nie, dapatkan buku ini di pasaran sekarang.. 


9 comments

  1. wikk wikk.. ada novel baru.. tp bio leee dulu.. kasi pendam dulu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. harap harap nanti dibuat drama sebab sha malas nak baca novel ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha, citer nie dah kluar dah kat tv.. Awak boleh baca kat entri bawah nie.. Novel nie dibuat pada sesiapa yang tak dapat tonton drama yang kluar kat tv2 masa awal tahun nie..

      http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/09/drama-bersiri-kebombaan-bertajuk-hero.html

      Delete
  3. Sha kalau tahu mesti dia beli kan. Hehe

    ReplyDelete
  4. Wah.. Bestnya.. dah keluar buku pula..

    ReplyDelete
  5. hadoi. citer ni aida x tgk.
    buku? hadoi shikin. aida ni bukan pembaca buku tegar :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. drama hero ada uplode kt youtube

    https://www.youtube.com/watch?v=x3k3IdavSOc - eps 1

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧