Re-post : Feeza Corner Shah Alam

Thursday, May 25, 2017

Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi awak..! 🙋 Ingat tak semalam saya bagitau nak citer aktiviti kami selepas ke pesta buku..? Ala pada 👉 entri nie la 👈... Okey, kita sambung balik citer semalam...

Selepas saja kami memborong buku, agenda kami seterusnya adalah misi jalan-jalan cari makan.. Sebenarnya kak Ayu lah yang ternampak satu post kat fesbuk tentang ada satu kedai makan yang menghidangkan udang galah yang besar dan nampak sedap dimakan.. Memandangkan saya nie menjadi pemandu peribadi kak Ayu, hihihi (sori kak 😋), misi jalan-jalan cari makan bermula.. 


Kedai makan nie berada di Shah Alam dan berdekatan dengan Shah Alam Walk.. Nama kedai nie adalah Feeza Corner Shah Alam dan rekomen saya untuk kedai nie, MEMANG TERBAIK!!!!

Image result for feeza corner shah alam
*Sumber gambar daripada Google

http://starlavenderluna.blogspot.my

Menu utama kedai ini adalah udang galah yang besar dan segar, memang tak rugi bila menjamu selera kat sini.. Masa kami sampai kat kedai nie, orang masih belum ramai lagi sebab masa tue jarum jam belum mencapai pukul 1 tengahari tapi bila jarum jam dah mencapai angka 1, orang mula memenuhi kedai nie hingga ada yang booking siap-siap.. 

Kami berdua order set nasi memandangkan hari nie kami berdua belum jumpa nasi lagi.. Saya ambik hidangan set udang galah masak merah manakala kak Ayu pulak ambik hidangan set udang galah masak pedas.. Harga satu set nie cuma RM9.90 saja dan memang puas hati bila makan kat kedai nie.. Hidangan set nie tak termasuk air tau, ianya hanya set nasi dengan lauk saja, harga air dijual berasingan.. 


Ada pelbagai lagi hidangan tengahari di sini, seperti tomyam udang, maggie udang dan macam-macam lagi, tapi takdelah saya snap kan gambarnya sebab hanya kami berdua saja yang makan, tak terdaya nak makan banyak-banyak... Tapi gambar kat bawah adalah sumber daripada google..

Image result for feeza corner shah alam
*Sumber daripada Google - Maggie udang

Image result for feeza corner shah alam
*Sumber daripada Google

Image result for feeza corner shah alam
*Sumber daripada Google
Image may contain: food
*Sumber daripada facebook Feeza Corner, Shah Alam
Image may contain: food
*Sumber daripada facebook Feeza Corner, Shah Alam

Kat mana lokasi kedainya :  Kiosk C1 Shah Alam Walk, Jalan Majlis, 40000 Shah Alam.


Lepas makan dan perut pun dah kenyang, kami pun bergerak ke Taman Tasik Shah Alam untuk bergambar berlatar belakang Masjid Biru Shah Alam, hihi dan kemudian bersolat Zohor di sana.. Kami bergerak balik ke Putrajaya / Salak Tinggi pada jam 3.45 petang dan akhirnya melabuhkan tirai perjalanan kami... 

Itulah kisahnya.. 



9 comments

  1. Besarnya udang. Puas makan ni. Terliur ana tgk.

    ReplyDelete
  2. Besar gedebak udang tu =D bbaloi dgn harga kalo mcm tu =D

    ReplyDelete
  3. ye la. besar ekk udang nyer!!!
    aduhai... megi udang. mesti sedap.
    aida ni alergi udang, tapi minat udang tau, shikin...

    lama x ke shah alam. lom ada keperluan mendesak.
    dulu time anak dara, kakak dok di klang.
    mesti kami ke shah alam shopping raya.

    ReplyDelete
  4. jom join GA ni. Dapat gambar polaroid free free je. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/giveaway-july-2017.html

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, terliur tengok semua menu-menu yang mereka sajikan di sana. Dahlah tengah berpuasa ni...

    ReplyDelete
  6. Terliur Sha tengok.. Mengancam sungguh udang-udang tuh..

    ReplyDelete
  7. Sy allergic udang, tapi kalau ada depan mata sumbat ja dalam perut. Mengancam sungguh gambar udang galah tu time posa ni 😂

    ReplyDelete
  8. Opsssssss... bio le tengok sekali lalu aje.. Tak kuat untuk skroll 2 kali.. hahha.. adoiii.. tergugat iman..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧