Kenapa setiap rumah wajib ada tepung jagung yang bukan hanya guna untuk masakan tetapi...

Wednesday, May 31, 2017


Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, antaranya adalah tepung jagung.. Berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung ;

1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan

2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.

3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung dan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.

4. Semasa awak memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.

5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.

6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa awak.

7. Jika awak ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap awak. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu awak.

8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding awak, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.

9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.

10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding awak, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.


7 comments

  1. Tepung jagung memang ada di rumah, tapi untuk tujuan memasak. Tak tau pula boleh untuk tujuan membersih

    ReplyDelete
  2. waaaaa banyak betul kegunaan tepung jagung rupenye.. ingat utk masak jerk semata.. hahaha tq shikin share info ni..

    ReplyDelete
  3. Banyak kegunaan tepung jagung. Baru saya tahu.

    ReplyDelete
  4. sebelum ni ju cuma tahu tepung jagung untuk masakan sj, xperna tfikir ada juga kgunaan lain xD
    btw trima kasih atas share tau =D

    ReplyDelete
  5. Yang bab basuh kuali periuk tu. boleh cuba lah nanti kak. Sebenarnya siqah tak pernah beli tepung jagung 😅

    ReplyDelete
  6. Banyak kegunaannya ye.. Nice info

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧